X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cadangan Kadar Nafkah Ikut Jumlah Anak & Pendapatan Bapa Selepas Bercerai, Elak Culas Dari Tanggungjawab

4 min bacaan
Cadangan Kadar Nafkah Ikut Jumlah Anak & Pendapatan Bapa Selepas Bercerai, Elak Culas Dari Tanggungjawab

Nafkah anak selepas bercerai sering menjadi isu apabila ramai bekas suami mengambil mudah dan culas dengan tanggungjawab setelah berpisah

Perceraian adalah salah satu perkara yang sukar dalam kehidupan keluarga, terutamanya apabila ia melibatkan anak-anak. Dalam Islam, walaupun perceraian berlaku, tanggungjawab terhadap anak-anak tetap wujud, khususnya dalam hal pemberian nafkah.

Nafkah anak selepas bercerai adalah kewajipan yang perlu dipenuhi oleh ibu bapa, terutamanya si ayah, untuk memastikan keperluan asas anak-anak dipenuhi, walaupun mereka tidak lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Nafkah Anak dalam Islam?
  • Cadangan Pentaksiran Jumlah Nafkah Anak
  • Siapa Bertanggungjawab Beri Nafkah Selepas Cerai?
  • Kadar Nafkah Anak Selepas Bercerai
  • Berapa Lama Nafkah Anak Perlu Diberikan?
  • Kesan Jika Nafkah Anak Tidak Ditunaikan

Apa Itu Nafkah Anak dalam Islam?

Nafkah anak dalam Islam merujuk kepada keperluan asas yang harus disediakan oleh ibu bapa, terutamanya si ayah, kepada anak-anak mereka. Keperluan asas ini termasuk makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, dan penjagaan kesihatan. Menurut hukum syarak, walaupun ibu bapa telah bercerai, si ayah masih bertanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada anak-anak.

Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233, Allah SWT berfirman: “Dan kewajipan bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang sepatutnya.”
Ini jelas menunjukkan bahawa si ayah bertanggungjawab memastikan anak-anak mendapat keperluan yang sewajarnya.

Cadangan Pentaksiran Jumlah Nafkah Anak

Cadangan garis panduan formula pentaksiran jumlah nafkah anak yang ingin diwujudkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sebenarnya sudah diimplementasi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sejak tahun 2019.

  1. Tertakluk kepada pertimbangan Mahkamah, pentaksiran jumlah nafkah anak adalah berasaskan kepada nafkah bulanan bagi seorang atau lebih bilangan anak. Sekiranya bilangan anak lebih, kadar akan meningkat bergantung kepada jumlah pendapatan bapa atau suami;
  2. Penentuan kadar nafkah tertakluk pada keperluan asas anak-anak yang merangkumi keperluan tempat tinggal, pakaian, makan minum, perubatan, pendidikan, umur dan jumlah pendapatan bapa sebagaimana ditentukan oleh Mahkamah; dan
  3. cadangan ilustrasi pentaksiran jumlah nafkah adalah sebagaimana berikut:

jumlah nafkah anak, cadangan jumlah nafkah anak bekas suami, suami culas nafkah anak

Advertisement

Siapa Bertanggungjawab Beri Nafkah Selepas Cerai?

Dalam Islam, tanggungjawab utama memberi nafkah anak terletak pada si ayah, meskipun ibu bapa telah bercerai. Tanggungjawab ini tidak akan terlepas, walaupun hak penjagaan anak jatuh kepada si ibu.

Walaupun begitu, ada beberapa situasi di mana ibu mungkin juga terlibat dalam menyumbang nafkah, terutama jika si ayah tidak mampu atau keadaan memerlukan demikian.

Jika si ayah meninggal dunia atau tidak berkemampuan, kewajipan memberi nafkah anak boleh beralih kepada waris lelaki terdekat, seperti datuk atau saudara lelaki anak tersebut. Namun, ini hanya berlaku dalam keadaan yang luar biasa dan setelah dinyatakan oleh pihak berkuasa agama.

Kadar Nafkah Anak Selepas Bercerai

Islam tidak menetapkan jumlah tertentu yang harus diberikan sebagai nafkah anak kerana keadaan ekonomi dan keperluan setiap keluarga adalah berbeza. Namun, kadar nafkah anak seharusnya ditentukan berdasarkan kemampuan si ayah dan keperluan sebenar anak-anak. Nafkah tersebut perlu mencukupi untuk menampung kos asas seperti:

  1. Makanan dan Minuman: Si ayah perlu menyediakan makanan yang mencukupi dan berkhasiat untuk anak-anak.
  2. Pakaian: Pakaian yang sesuai dengan cuaca dan umur anak-anak perlu disediakan.
  3. Tempat Tinggal: Si ayah bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk anak-anak, sama ada dengan membayar sewa rumah atau memberikan tempat tinggal yang sedia ada.
  4. Pendidikan: Kos pendidikan seperti yuran sekolah, buku, dan peralatan sekolah adalah tanggungjawab si ayah.
  5. Kesihatan: Bayaran rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan anak-anak juga termasuk dalam nafkah yang perlu diberikan.

Berapa Lama Nafkah Anak Perlu Diberikan?

Nafkah anak perlu diberikan sehingga anak mencapai usia baligh dan mampu berdikari. Namun, dalam situasi tertentu, nafkah boleh diteruskan selepas usia baligh, terutamanya jika anak masih menuntut ilmu atau mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan mereka tidak mampu berdikari.

Anak lelaki biasanya dianggap sudah berdikari apabila mereka mencapai usia baligh dan mampu mencari nafkah sendiri. Namun, bagi anak perempuan, si ayah perlu terus memberi nafkah sehingga anak itu berkahwin, kerana dalam Islam, tanggungjawab nafkah anak perempuan akan beralih kepada suami setelah perkahwinan.

Kesan Jika Nafkah Anak Tidak Ditunaikan

Kegagalan memberi nafkah anak selepas bercerai adalah satu kesalahan dalam pandangan Islam. Si ayah yang enggan atau cuai dalam memberi nafkah anak boleh dikenakan tindakan undang-undang di mahkamah syariah. Tindakan yang boleh diambil termasuklah perintah mahkamah untuk membayar tunggakan nafkah atau pemotongan gaji.

Dari sudut agama, tanggungjawab memberi nafkah anak bukan sahaja satu kewajipan undang-undang, tetapi juga tanggungjawab moral dan spiritual. Si ayah yang mengabaikan tanggungjawab ini bukan sahaja berdosa, tetapi juga akan dipersoalkan di akhirat kelak

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

JKSP Pahang, Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Sudah Tawar Hati & Ingin Berpisah, Lelaki Ini Kongsi Cara Cerai Paling Cepat/ Fast Track

Baca juga:  Hukum Menceraikan Isteri Ketika Hamil, Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti

Baca juga:  Isteri Minta Cerai Kerana Tiada Persefahaman, Ini 10 Sebab Biasa Buatkan Isteri Ingin Berpisah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Cadangan Kadar Nafkah Ikut Jumlah Anak & Pendapatan Bapa Selepas Bercerai, Elak Culas Dari Tanggungjawab
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham