Penjagaan Wajah Yang Terbaik Buat Wanita Hamil Untuk Kulit Mulus & Lembap

Wanita hamil sering berhadapan dengan kulit yang kering kerana perubahan hormon. Jadi penjagaan wajah amat penting. Jadi, apakah produk yang sesuai dengan kulit anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita memang mengambil berat tentang penjagaan wajah. Apatah lagi bagi mereka yang sedang hamil. Biasanya ibu hamil akan mengalami masalah kulit kusam, tidak bermaya, kering dan pelbagai lagi. Ini terutama buat ibu hamil yang mengalami alahan teruk pada awal kehamilan (trimester pertama).

Keadaan seperti mabuk, muntah-muntah dan juga keletihan boleh menyebabkan kulit wajah ibu tidak berseri-seri. Alternatifnya, ibu hamil perlulah mencuri masa dengan memberi tumpuan terhadap kulit wajah mereka. Sepertimana ibu hamil perlu mengambil berat tentang pemakanan mereka, ramuan dalam penjagaan wajah juga perlu diteliti sebelum diguna.

Adalah sangat penting memastikan produk yang digunakan benar-benar selamat dan tidak merbahayakan ibu begitu juga bayi didalam kandungan. Bahan semulajadi, tanpa pewarna dan bauan tiruan menjadi pilihan utama dalam pemilihan produk penjagaan wajah.

Antara bahan dalam produk penjagaan wajah yang perlu dielakkan oleh ibu hamil adalah seperti:

#1 Retinol

Ibu hamil perlu mengelakkan penggunaan produk penjagaan wajah yang mengandungi retinol atau retin-A dan retinyl palmitate. Tidak dinafikan Vitamin A memang penting untuk perkembangan janin namun lebihan dos pada kuantiti tertentu boleh menyebabkan kelahiran cacat dan keracunan hati.

#2 Benzoyl peroxide

Ibu hamil sering mengalami masalah jerawat. Ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormo. Oleh yang demikian jika ibu hamil mengambil produk penjagaan wajah untuk mengurangkan masalah jerawat. Pastikan ianya tidak mengandungi benzoyl peroxide yang boleh membahayakan janin.

Dapatkan nasihat daripada doctor terhadap sebarang produk perawatan wajah terutama yang berkaitan dengan jerawta. Ini terutama ketika sedang kehamilan.

#3 Minyak terapi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita biasanya menggunakan minyak terapi untuk mendapat ketenangan diri. Ini terutama dari segi urutan dan aromaterapi. Untuk ibu hamil sangat tidak digalakkan sebenarnya kerana ianya boleh mendatangkan bahaya.

Contohnya seperti tea tree oil ianya boleh menjadi racun sekiranya tertelan dan rosemary oil pula boleh meningkatkan tekanan darah atau memicu kontraksi. Ibu hamil disarankan sebelum penggunaan minyak terapi perlulah mendapat nasihat daripada doktor.

#4 Salicylic acid

Kandungan yang merbahaya dalam perawatan wajah adalah salicylic acid. Bahan ini biasanya ada pada produk pembersihan wajah. Kelebihan salicylic scid ini biasanya dapat meresap sehingga ke liang pori. Tujuannya adalah untuk  membersihkan segala lebihan minyak dan membuang sel mati tanpa mengakibatkan liang pori tersumbat.

Menurut kajian ibu hamil yang menggunakan salicylic acid pada dos rendah, tidak akan ada sebarang risiko buruk seperti kelahiran pra-matang, kecacatan janin dan kelahiran bayi tidak cukup berat. Bagaimanapun menurut MedicalNewsToday, para Doktor telah menyarankan agar tidak menggunakan produk yang mengandungi Salicylic Acid melebihi 2%.

Oleh yamng demikian adalah penting untuk wanita hamil, mencari dan memilih pembersih wajah yang benar-benar selamat terutama dari segi ramuan yang digunakannya.

#5 Hydroquinone

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan Hydroquinone biasanya digunakan dalam produk mencerahkan kulit. Wanita hamil yang mengalami kulit kusam seeloknya perlu mengelakkan penggunaan produk pemutihan kulit. Ini kerana ianya boleh mendatangkan kemudaratan kepada janin.

Teliti dahulu bahan yang ada dalam produk penjagaan wajah sebelum diguna. Ini kerana terdapat begitu banyak produk penjagaan wajah di pasaran. Pilih yang benar-benar selamat dan yakin dengan ramuan semulajadi didalam formulasinya. Antara produk penjagaan wajah yang disyorkan adalah Mama’s Choice Gentle Face Wash dan juga Mama ‘s Choice Daily Face Moisturizer.

Mama’s Choice Gentle Face Wash

Dihasilkan daripada rice extract yang dapat membantu serta mencerahkan kulit muka secara semulajadi. Sememangnya penggunaan rice extract dalam produk penjagaan wajah sangat popular di negara Jepun dan Korea.

Selain itu formulasi dari Hydrolyzed Collagen extract kaya dengan khasiat sekaligus memberi kelembapan serta kelembutan kulit. Ekstrak ini juga dapat mengekalkan keanjalan kulit wajah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang penting Mama’s Choice Gentle Face Wash bebas sulfat, bebas paraben, hypoallergenic dan telah diuji secara dermatologi.

Penggunaan setiap hari, dengan cara:

  1. Basahkan wajah. Picit sedikit amaun yang diperlukan di telapak tangan.
  2. Urut ke seluruh wajah dengan membuat gerakan membulat ke atas bagi meningkatkan aliran darah
  3. Bilas sehingga bersih.

Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan selamat digunakan untuk ibu hamil dan juga yang sedang menyusukan anak.

Boleh dapatkan produk Mama’s Choice Gentle Face Wash di Shopee.

Untuk hasil yang terbaik boleh gunakan Mama ‘s Choice Daily Face Moisturizer pada waktu siang hari.

Mama ‘s Choice Daily Face Moisturizer

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu hamil boleh menggunakan pelembap muka Mama ‘s Choice Daily Face Moisturizer bagi mengelakkan kulit kering dan juga bertindak sebagai pelindungan kesan buruk sinaran matahari uva dan uvb hingga spf 20 ++.

Produk ini juga boleh membantu mencegah tanda awal penuaan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit dan pelembap ini tidak berminyak. Ini kerana ianya diformulasi daripada bahan-bahan yang selamat terutama kulit yang sensitif.

Dihasilkan daripada rice extract iaitu sumber nutrien kuno yang kaya dengan manfaat dan mempunyai kesan anti-radang. Formulasi ini juga membantu memberikan penghidratan kulit untuk jangka masa yang lebih lama.

Dengan Mineral sunscreen iaitu spf 20 pa + + boleh melindungi kulit daripada kerosakan kesan sinaran matahari. Selain itu boleh mencegah kulit daripada menjadi kusam. Salah satu lagi ramuan iaitu Acid️ Asid hyaluronic yang boleh mencegah kulit daripada berlakunya penuaan awal.

Produk ini bebas alkohol, bebas paraben dan tiada wangian tiruan. Ianya juga telah diuji secaa dermatologi, bebas hidrokuinon dan juga bebas dari bahan kimia pelindung matahari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara penggunaannya sangat mudah, iaitu:

  1. Cuci dan bersihkan wajah terlebih dahulu.
  2. Secara lembut sapukan lapisan krim secara nipis dan ratakan di bahagian wajah dan leher.
  3. Urut lembut dengan membuat gerakan membulat ke atas.

Korang boleh dapatkan Mama ‘s Choice Daily Face Moisturizer daripada Shopee.

Namun sekarang di Shopee turut ditawarkan Mama’s Choice 2-in-1 Face Care Package (Face Wash & Face Moisturizer) yang mana anda boleh membeli kedua produk penjagaan wajah ini pada harga pakej yang lebih murah dan berbaloi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Memilih Produk Stretch Marks Yang Selamat di Pasaran