Pneumonia atau radang paru-paru adalah antara punca utama kematian bayi dan kanak-kanak di negara Filipina. Mujurlah penyakit ini boleh dielak dan dirawat. Atas sebab itu, ibu ayah harus lebih peka dalam mengenal tanda tanda pneumonia pada bayi dan mengetahui langkah mudah untuk mencegah penyakit ini.
Hakikatnya setiap ibu ingin melihat anak-anak membesar dengan sihat. Namun sekiranya anda berdepan keadaan ini, pastikan si manja memperoleh rawatan segera di hospital yang berdekatan.
Pneumonia pada bayi: ibu ayah kena waspada 12 tanda penyakit ini
Pneumonia adalah penyakit radang paru paru yang melibatkan pundi udara. Pundi-pundi udara yang dijangkiti bakteria (nanah) dan mengakibatkan tanda-tanda pneumonia pada anak seperti demam, sukar bernafas dan menggigil.
Antara gejala penyakit pneumonia dan ciri ciri pneumonia pada bayi yang lainnya adalah:
- Kesukaran bernafas
- Demam dengan suhu bawah 38.5 C
- Rasa tidak selesa
- Simptom selesema seperti sakit tekak, menggigil, sakit kepala
- Batuk kering dan tanpa henti
- Bernafas dengan laju dan berdehit
- Sakit perut
- Sakit dada
- Menggigil
- Muntah
- Hingus berdarah atau dengan warna hijau atau kuning
- Hilang selera makan (untuk kanak-kanak) dan menolak susu (untuk bayi)
Gejala pneumonia pada bayi dan anak kecil adalah berbeza-beza bergantung pada bahagian paru-paru yang telah dijangkiti kuman.
Biasanya, radang paru paru pada bayi dengan jangkitan di bahagian tengah dan atas akan mengakibatkan kesukaran bernafas; manakala paru-paru dengan jangkitan di bahagian bawah mampu mengakibatkan muntah, loya dan sakit perut.
Penyebab pneumonia pada bayi atau anak kecil
Penyebab pneumonia adalah berpunca daripada bakteria, fungus, virus atau parasit.
Bakteria yang mengakibatkan penyakit pneumonia adalah streptokokus dan mikoplasma (pneumonia yang biasa digelar “walking pneumonia”). Virus pula adalah virus demam selesema (influenza) dan virus sinsitium pernafasan (RSV).
Bagi individu dewasa dengan sistem ketahanan badan (imun) yang lemah, penyakit pneumonia atau radang paru paru ini boleh berpunca daripada organisma “pneumocystis jiroveci”.
Organisma ini mengakibatkan serangan radang paru paru pada pesakit HIV. Atas sebab itu, doktor akan meminta anda menjalani ujian HIV.
Gejala pneumonia pada bayi yang dijangkiti juga berpunca daripada:
- Menghidu udara yang telah dijangkiti pneumonia atau bakteria tertentu.
- Menghidap jangkitan pada sistem pernafasan seperti selesema
- Mengalami komplikasi akibat penyakit lain seperti cacar air atau campak
- Dalam kes sawan dan strok, jangkitan terjadi akibat menarik nafas dengan jus gastrik dalam perut, perut dipenuhi makanan, atau muntah dalam paru-paru.
*Perhatian: Virus atau bakteria yang mengakibatkan penyakit radang paru paru sering muncul di dalam hidung. Apabila virus atau bakteria ini merebak ke paru-paru, individu yang sihat juga mampu dijangkiti gejala pneumonia.
Ia sering terjadi selepas selesema atau ketika menghidap penyakit paru-paru obstruktif yang kronik.
Gejala pneumonia pada anak juga boleh tersebar melalui komuniti (seperti di sekolah atau tempat kerja) atau tempat penjagaan kesihatan (seperti di klinik atau hospital).
Kedua-dua konsep penyebaran memerlukan rawatan yang berbeza. Dalam artikel ini, perbincangan akan difokuskan pada penyebaran melalui komuniti kerana kanak-kanak lebih cenderung dijangkiti di sekolah berbanding di fasiliti penjagaan kesihatan.
Penyebab pneumonia pada bayi membawa risiko tinggi jika:
- Anak kecil menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung, asma, atau penyakit paru-paru obstruktif kronik.
- Berusia bawah dua bulan. Pada usia ini, sistem ketahanan badan si manja masih lemah, atau memiliki isu kesihatan sedia ada yang memudahkan jangkitan pneumonia.
- Sukar untuk bernafas
- Dehidrasi dan sering kali mengantuk
- Memiliki tahap oksigen dalam darah yang rendah
- Suhu badan lebih rendah daripada biasa
- Pernah menerima rawatan di hospital, seperti berada dalam wad ICU dengan alat bantuan pernafasan.
Demam adalah salah satu tanda-tanda penyakit yang boleh dipantau, bagi mengesan penyakit pneumonia.
Pantau suhu badan si manja anda setiap pagi dan petang. Hubungi doktor jika suhu badan anak mencecah 38 C (bagi bayi baru lahir) dan 38.9 C ke atas (bagi bayi 6 bulan ke atas & kanak-kanak).
Ujian dan diagnosis bagi mengesan pneumonia pada bayi atau kanak kanak
Pneumonia boleh dikesan menerusi pemeriksaan fizikal yang dijalankan oleh doktor. Doktor akan mendengar bunyi pernafasan dan bunyi “crackling”. (bunyi crackling salah satu tanda pneumonia)
Penyakit radang paru paru ini juga boleh dikesan melalui pemeriksaan X-ray dada, ujian darah, ujian kahak (sampel cecair dalam paru-paru, atau kahak dianalisis); dan ujian oksimetri nadi (mengukur tahap oksigen dalam darah).
Rawatan di rumah dan langkah pencegahan
- Berikan air kosong dan makan sup reneh dengan banyak, untuk mengeluarkan toksin dari badan.
- Jika kanak-kanak sakit dada, demah dadanya.
- Pastikan kanak-kanak mengambil ubat-ubatan dengan betul, untuk menghapus bakteria.
- Basuh tangan dengan kerap dan betul
- Elakkan daripada guna cawan, pinggan atau perkakas yang sama dengan pesakit
- Memiliki sistem imunisasi yang terkini, untuk mengelak jangkitan lain
- Meningkatkan sistem imun kanak-kanak yang dijangkiti dengan memberi mereka tidur dan senaman yang mencukupi, malah diet yang seimbang.
Tanda tanda sembuh dari pneumonia atau radang paru paru
Pneumonia ringan biasanya boleh dirawat di rumah dengan rehat, antibiotik (jika kemungkinan disebabkan oleh jangkitan bakteria) dan dengan meminum banyak cecair. Kes yang lebih teruk mungkin memerlukan rawatan hospital.
Melainkan profesional penjagaan kesihatan memberitahu anda sebaliknya, anda harus sentiasa menghabiskan antibiotik yang ditetapkan, walaupun anda berasa lebih baik.
Jika anda berhenti mengambil antibiotik melalui kursus, bakteria boleh menjadi kebal terhadap antibiotik.
Seberapa cepat si manja bertambah baik bergantung pada tahap radang paru-paru. Ini sebagai panduan umum buat ibu ayah dalam mengetahui tanda tanda sembuh dari pneumonia:
- 1 minggu – suhu tinggi sepatutnya hilang
- 4 minggu – sakit dada dan pengeluaran lendir sepatutnya berkurangan dengan ketara
- 6 minggu – batuk dan sesak nafas sepatutnya berkurangan dengan ketara
- 3 bulan – kebanyakan gejala sepatutnya telah hilang, tetapi anak mungkin masih berasa sangat letih (keletihan)
- 6 bulan – kebanyakan orang akan berasa kembali normal
Ia mungkin mengambil masa untuk pulih daripada radang paru paru. Sesetengah anak kecil berasa lebih baik dan dapat kembali ke rutin biasa mereka dalam masa seminggu.
Bagi kanak-kanak lain, ia boleh mengambil masa sebulan atau lebih. Rehat yang mencukupi adalah penting untuk memulihkan kesihatan anak.
Sekiranya si manja sudah menunjukkan tanda-tanda sembuh dari pneumonia, ibu ayah hendaklah mengehadkan hubungan anak dengan ahli keluarga dan rakan agar dapat mengelakkan kuman merebak kepada orang lain. Selain itu pakaikan mereka pelitup muka, buang tisu yang telah digunakan ketika batuk ke dalam bekas tertutup.
Tanda-tanda sembuh dari pneumonia ringan akan menghilangkan gejalanya dalam masa 2 hingga 3 minggu. Anak anda mungkin memerlukan 6 hingga 8 minggu atau lebih lama untuk pulih jika kes radang paru paru yang teruk.
Penjagaan susulan adalah bahagian penting dalam rawatan dan keselamatan anak. Pastikan anda membuat temu janji dan membawanya berjumpa doktor di klinik berdekatan bagi menilai kesihatan selepas masalah ini.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!
Baca juga: Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!
Baca juga: 4 Sebab Bedak Baby Berisiko Pada Kesihatan Anak, Salah Satunya Boleh Menyebabkan Pneumonia