X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kandungan 10 Minggu: Ini Perkembangan Janin Dalam Perut Anda, Baby Dah Ada Kuku!

7 min bacaan
Kandungan 10 Minggu: Ini Perkembangan Janin Dalam Perut Anda, Baby Dah Ada Kuku!

Di usia kandungan 10 minggu, bayi mulai ada sendi lengan yang sudah berfungsi, dan rusuk serta tulang sudah mulai terbentuk.

Selamat datang ke minggu ke-10 kehamilan. Seperti yang anda sudah tahu, kehamilan terbahagi kepada 3 bahagian, dipanggil sebagai “trimester”. Jadi apabila kandungan 10 minggu, bermakna anda juga hampir di penghujung trimester pertama. Seronoknya!

Di usia kandungan 10 minggu, jari kaki dan tangan bayi anda mula terbentuk begitu juga dengan kuku mereka! Itulah sebahagian daripada perkembangan janin yang sedang berlaku. 

Teruja untuk ketahui lagi apa perkembangan janin 10 minggu? Jom teruskan membaca perkongsian di bawah ini. Pastinya akan membuatkan anda semakin tidak sabar untuk berjumpa dengan bayi anda!

Isi Kandungan

  • Kandungan 10 minggu: Ini yang Ibu Patut Tahu
  • Bentuk Perut Hamil 10 Minggu
  • Scan Baby 10 Minggu, Bayi Besar Mana?
  • Janin 10 Minggu Sudah Bergerak?
  • Simptom Mengandung Bagi Kandungan 10 Minggu
  • Cara Menjaga Kandungan 10 Minggu
  • Checklist

Kandungan 10 minggu: Ini yang Ibu Patut Tahu

Memandangkan anda telah hamil 10 minggu, anda mungkin semakin teruja untuk mula melihat perkembangan terbaru si kecil anda kan? Apa yang lebih menyeronokkan, bayi bukan lagi dipanggil sebagai embrio, tetapi mereka secara rasmi dianggap sebagai janin. Ini bermakna janin 10 minggu anda menjadi lebih seperti bayi, dan anda semakin hampir untuk meninggalkan trimester pertama. Bermakna juga, tinggal 6 bulan sahaja lagi untuk anda bertemu anak anda. Best, kan?

10 minggu berapa bulan maknanya? Secara ringkas, anda sudah hamil kira-kira dua bulan dan dua minggu. Tetapi ingat, doktor lebih suka mengesan kehamilan mengikut minggu, bukan mengikut bulan. Ini kerana tempoh kehamilan adalah 40 minggu, seperti yang dikira dari hari pertama haid terakhir anda, dan itu lebih daripada sembilan bulan!

Di usia kandungan 10 minggu, bayi mulai ada sendi lengan yang sudah berfungsi, dan rusuk serta tulang sudah mulai terbentuk. Kuku jari dan rambut juga mula kelihatan! Dan lebih menarik, bayi anda juga mungkin sedang sibuk berlatih menelan dan menendang di dalam perut anda itu. 

Selain itu, tunas gigi janin anda turut membuat kemunculan ketika kandungan 10 minggu. Perut bayi anda mula menghasilkan sistem pencernaan, buah pinggang menghasilkan kuantiti air kencing yang lebih banyak dan, jika ia lelaki, anak kecil anda sudah menghasilkan testosteron.

Bentuk Perut Hamil 10 Minggu

perut kandungan 10 minggu

Apa pula yang jadi pada ibu yang kandungannya memasuki 10 minggu? Okay, jom sambung baca di bawah.

Biasanya, kehamilan pada pertengahan trimester pertama atau minggu ke-10 mungkin terasa lebih berat buat ibu. Anda akan mula berasa letih dan bagi sesetengah wanita hamil, morning sicknessnya pula bertambah teruk.

Pada 10 minggu hamil, embrio adalah janin dan sudah bersaiz strawberi. Lokasi janin 10 minggu adalah di dalam rahim. Manakala, kedudukan kaki adalah dalam arah yang sama dengan serviks. 

Pada usia ini, ibu belum dapat merasakan janin kerana saiznya yang kecil. Baby aktif dalam perut dah ke pada usia ini? Ya, janin 10 minggu sudah bergerak dan boleh menendang walaupun ibu belum dapat merasakannya. Untuk dapat merasai pergerakan janin, secara amnya ia hanya akan bermula pada minggu ke-16 kehamilan.

Bagi bentuk perut ibu pula, dalam usia kehamilan ini perut anda belum keras dan juga masih tidak nampak besar lagi. Maknanya, baby bump pun mungkin belum kelihatan lagi, namun ada juga sesetengah ibu mengandung sudah mula menunjukkan baby bumpnya di usia kehamilan ini. Perut anda mungkin kelihatan lebih bulat, terutamanya jika ini bukan kehamilan pertama anda atau anda menjangkakan kembar. Bagaimanapun, saiz perut tetap bergantung pada banyak perkara, termasuk jenis badan anda.

Berat badan anda juga mungkin telah bertambah beberapa kilogram. Pakar mengesyorkan kenaikan berat badan kehamilan sebanyak 1 hingga 5 kg pada trimester pertama, tetapi sesetengah wanita mendapat lebih banyak dan ada yang kurang.

Untuk memastikan perut anda selesa, sila pakai pakaian yang longgar kerana walaupun perut mungkin belum membesar, namun anda mungkin terasa tidak menyenangkan apabila mengenakan pakaian yang ketat.

Scan Baby 10 Minggu, Bayi Besar Mana?

scan kandungan 10 minggu

Mesti anda juga sudah tertanya-tanya mengenai saiz bayi dalam kandungan kan? Apabila sedang mengandung 10 minggu, bayi anda, atau janin, kini berukuran sekitar 30mm panjang dari kepala ke bawah, iaitu kira-kira saiz aprikot kecil. Bayi akan membuat pergerakan tersentak dan pergerakan bayi boleh dilihat ketika anda membuat ultrasound scan.

Bayi anda sedang melalui satu lagi perkembangan besar. Kepala masih terlalu besar untuk badan, mata separuh tertutup tetapi boleh bertindak balas terhadap cahaya, telinga mula terbentuk, mulut kini mempunyai bibir atas yang halus dan hidung mempunyai 2 lubang hidung kecil. Tulang rahang juga membentuk, dan mengandungi versi kecil gigi susu bayi anda.

Ouh, jantungnya berdegup sangat cepat pada 180bpm, iaitu kira-kira 3 kali kadar denyutan jantung anda tau!

Janin 10 Minggu Sudah Bergerak?

bentuk perut kandungan 10 minggu

Ya, seperti yang dinyatakan di atas tadi, janin 10 minggu sudah mula bergerak dan boleh menendang walaupun ibu masih belum dapat merasakannya.  

Untuk ibu, anda hanya dapat merasai pergerakan janin, secara amnya hanya apabila kandungan sudah memasuki 16 minggu kehamilan. 

Simptom Mengandung Bagi Kandungan 10 Minggu

gejala bagi kandungan 10 minggu

“Apa yang saya akan rasakan pada kandungan 10 minggu?”

Jawapannya, penat dan sangat meletihkan. Dua setengah bulan selepas kehamilan anda, anda mungkin mengalami simptom kehamilan yang lebih ketara.

Anda mungkin berasa letih, sakit di sekeliling hormon. Kadangkala anda akan berasa teruja dengan perubahan yang dialami oleh badan anda, dan pada masa lain anda mungkin berasa kecewa. Jangan risau, semua ini adalah baik-baik saja dan sangat normal.

Di bawah ini antara simptom-simptom yang anda akan alami apabila kandungan sudah memasuki 10 minggu.

  • Anda masih rasa mual dan ianya seperti tak akan hilang!
  • Anda juga rasa seperti banyak angin dalam badan hingga membuatkan anda malu kerana asyik sendawa dan kentut (kuat pula tu)!
  • keletihan melampau sepanjang hari
  • berlaku perubahan emosi
  • sering sakit-sakit kepala
  • sensitif dengan bau makanan
  • keluar cecair putih susu dari faraj anda
  • kulit lebih berminyak dan berjerawat
  • rambut lebih tebal dan berkilat

Cara Menjaga Kandungan 10 Minggu

  • Untuk melawan rasa mual, cuba makanan berlainan untuk melihat apa yang dapat melegakan mual. Sesetengah ibu makan biskut masin atau teh halia untuk bantu mereka melalui hari-hari mereka. Tak pun, anda boleh minta nasihat doktor untuk mendapatkan vitamin B6 atau B12, yang dikatakan boleh melegakan rasa mual.
  • Jangan makan makanan yang mentah dah tak dimasak dengan baik. Anda mungkin tak nak berisiko untuk mendapat keracunan makanan kerana ia akan menyebabkan kontraksi dan dehidrasi.
  • Jika anda perasan ada darah atau lendir luar biasa, minta nasihat dari doktor. Pada minggu awal kehamilan, janin masih belum stabil.

Checklist

  • Banyakkan makanan sihat seperti bayam, buah dan susu untuk pastikan badan anda dalam keadaan baik.
  • Senaman seperti berjalan dengan perlahan adalah baik untuk perjalanan darah dan udara segar boleh membantu untuk stabilkan mood anda.
  • Lakukan senaman yoga pranatal. Yoga memberi tumpuan kepada regangan, kesedaran tentang nafas, dan melibatkan minda dan jiwa. Yoga pranatal disesuaikan secara khusus untuk ibu hamil menyediakan senaman yang selamat dan membantu persediaan untuk bersalin, kelahiran dan keibubapaan. Anda boleh mencari kelas dalam talian ataupun melakukan sendiri di rumah mengikut panduan dan cara yang sesuai untuk ibu hamil.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

What to Expect (Sept 30, 2022). 10 Weeks Pregnant. www.whattoexpect.com/pregnancy/week-by-week/week-10.aspx

Better Health (n.d). Week-by-week guide to pregnancy. www.nhs.uk/start4life/pregnancy/week-by-week/1st-trimester/week-10/

Baby Center (March 15, 2022). Baby development at 10 weeks. www.babycenter.com/pregnancy/week-by-week/10-weeks-pregnant

The Bump (n.d). Pregnancy Week by Week. www.thebump.com/pregnancy-week-by-week/10-weeks-pregnant

Artikel asal ditulis oleh Jasmin Yeo; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sejak Hamil, Asyik Nak Muntah? Jom Cuba 7 Tips Hilangkan Loya Ketika Mengandung Ini!

Baca juga: Perkembangan Janin Ketika Trimester Pertama: Minggu Pertama Hingga 12, Ibu Wajib Tahu

Baca juga: Ciri Janin Lapar Dalam Kandungan Yang Perlu Ibu Alert, Jangan Tahan Lapar & Makan Dengan Kerap

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Kandungan 10 Minggu: Ini Perkembangan Janin Dalam Perut Anda, Baby Dah Ada Kuku!
Kongsikan:
  • Tanda Hamil 2 Bulan - Sudahkah Anda Mula Rasa Tanda-Tanda Ini?

    Tanda Hamil 2 Bulan - Sudahkah Anda Mula Rasa Tanda-Tanda Ini?

  • 12 Gambar Proses Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Dari 1 Bulan Sampai Lahir)

    12 Gambar Proses Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Dari 1 Bulan Sampai Lahir)

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Tanda Hamil 2 Bulan - Sudahkah Anda Mula Rasa Tanda-Tanda Ini?

    Tanda Hamil 2 Bulan - Sudahkah Anda Mula Rasa Tanda-Tanda Ini?

  • 12 Gambar Proses Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Dari 1 Bulan Sampai Lahir)

    12 Gambar Proses Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Dari 1 Bulan Sampai Lahir)

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.