Prebiotik Dan Kesihatan Usus: Kenapa Usus Sihat Penting Untuk Tumbesaran Anak?

lead image

Prebiotik untuk kesihatan usus amat penting bagi menyokong tumbesaran si manja secara optimum dan meningkatkan sistem imun mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila menyentuh tentang kesihatan anak, kebanyakan ibu bapa mungkin lebih fokus pada berat badan, tinggi, atau perkembangan mental. Tapi tahukah anda bahawa kesihatan usus juga memainkan peranan yang sangat penting dalam tumbesaran si manja?

Usus yang sihat bukan sahaja berkait rapat dengan penghadaman, tetapi juga dengan sistem imun, penyerapan nutrien, dan perkembangan keseluruhan anak. Di sinilah prebiotik memainkan peranan utama.

Apa Itu Prebiotik Untuk Kesihatan Usus?

Prebiotik adalah sejenis serat khas yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia. Fungsi utama prebiotik adalah menjadi makanan kepada bakteria baik dalam usus, yang membantu mengekalkan keseimbangan mikroflora usus.

Dengan kata lain, prebiotik ini adalah ‘baja’ yang memastikan bakteria baik dalam usus anak kekal sihat dan berfungsi dengan baik.

Sumber Prebiotik Untuk Anak

Berikut beberapa sumber prebiotik untuk anak:

1. Buah Pisang

Salah satu makanan yang kaya dengan prebiotik ialah pisang. Buah ini mengandungi inulin, sejenis serat yang membantu bakteria baik berkembang dalam usus. Selain itu, pisang juga mudah dihadam dan memberikan tenaga segera kepada anak. Ia boleh diberikan secara segar, dijadikan puri, atau dicampur dalam smoothie dan bubur.

2. Oat

Oat juga merupakan pilihan makanan prebiotik yang sangat baik. Ia kaya dengan beta-glukan, sejenis serat larut yang membantu menyokong kesihatan sistem pencernaan dan meningkatkan pertumbuhan bakteria baik. Oat boleh disediakan sebagai bubur, dimasukkan ke dalam biskut, atau dicampur dalam yogurt untuk sarapan anak.

3. Bawang Merah & Bawang Putih

Selain itu, bawang merah dan bawang putih turut dikenali sebagai sumber prebiotik semula jadi. Kedua-duanya mengandungi fruktooligosakarida (FOS) dan inulin yang menjadi makanan kepada bakteria baik dalam usus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain membantu sistem pencernaan, bawang merah dan bawang putih juga berperanan dalam meningkatkan imuniti anak serta mengurangkan risiko jangkitan.

Cara mudah untuk memperkenalkan bahan ini kepada anak ialah dengan menambahnya dalam makanan seperti sup, bubur, atau tumisan.

4. Sayur Asparagus

Sayur asparagus juga merupakan sumber prebiotik yang baik untuk kesihatan usus. Sayur ini kaya dengan serat prebiotik yang membantu bakteria baik berkembang, sekali gus meningkatkan kesihatan sistem pencernaan anak.

Asparagus boleh dikukus dan dijadikan puri untuk bayi atau dicampurkan dalam makanan seperti nasi goreng dan sup untuk anak yang lebih besar.

5. Buah Epal

Selain itu, epal turut mengandungi pektin, sejenis prebiotik yang membantu menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus dan memastikan sistem penghadaman anak berfungsi dengan lancar. Epal boleh diberikan sebagai snek segar, dijadikan puri, atau dicampur dalam oat dan yogurt untuk menambah khasiatnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Barli

Bagi pilihan bijirin, barli juga kaya dengan beta-glukan yang bertindak sebagai makanan kepada bakteria baik dalam usus. Barli sangat sesuai untuk dijadikan bubur atau dicampurkan dalam sup bagi memberikan tekstur yang lebih lembut dan enak untuk anak.

7. Ubi Keledek

Akhir sekali, keledek adalah sumber prebiotik yang baik untuk kesihatan usus. Selain mengandungi serat yang tinggi, keledek juga membantu meningkatkan jumlah bakteria baik dalam sistem pencernaan. Ia boleh dimasak dengan cara direbus, dikukus, atau dijadikan puri untuk bayi yang baru mula makan.

Selain daripada makanan semula jadi, terdapat juga produk yang diperkaya dengan prebiotik seperti susu formula dan snek sihat untuk kanak-kanak.

Pastikan anda membaca label makanan untuk memastikan produk tersebut mengandungi prebiotik yang baik.

Kenapa Kesihatan Usus Penting Untuk Tumbesaran Anak?

Berikut beberapa sebab mengapa kesihatan usus penting bagi tumbesaran si manja:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Penyerapan Nutrien Yang Optimum

Usus yang sihat membantu badan menyerap nutrien penting seperti vitamin dan mineral dengan lebih baik. Nutrien seperti kalsium, zat besi, dan vitamin D sangat penting untuk pertumbuhan tulang, gigi, dan otot anak. Jika usus tidak sihat, penyerapan nutrien ini boleh terjejas, menyebabkan tumbesaran yang kurang sempurna.

2. Menguatkan Sistem Imun

Kesihatan usus penting untuk anak kerana membantu menguatkan sistem imun.

Sebahagian besar sistem imun kita terletak di dalam usus. Mikroflora usus yang seimbang membantu menghasilkan antibodi dan melawan patogen berbahaya. Dengan memastikan mikroflora usus dalam keadaan seimbang, anak lebih terlindung daripada jangkitan dan penyakit seperti demam, batuk, dan selsema.

3. Meningkatkan Fungsi Penghadaman

Kesihatan usus penting untuk anak dalam membantu mencegah masalah seperti sembelit, cirit-birit, dan kembung perut, memastikan mereka sentiasa selesa dan ceria. Masalah penghadaman yang berpanjangan boleh menyebabkan anak menjadi kurang selera makan dan lemah.

4. Menyokong Perkembangan Mental

Usus dan otak saling berhubung melalui apa yang dikenali sebagai “gut-brain axis”. Usus yang sihat membantu pengeluaran serotonin, hormon yang berkait rapat dengan mood dan fungsi kognitif.

Anak yang mempunyai usus yang sihat lebih cenderung untuk mempunyai mood yang stabil dan kemampuan belajar yang lebih baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Mengelakkan Masalah Alergi dan Kulit

Kesihatan usus penting untuk anak bagi mengelakkan masalah alergi dan kulit.

Kajian menunjukkan bahawa usus yang sihat boleh membantu mengurangkan risiko alahan dan masalah kulit seperti ekzema. Ini kerana keseimbangan bakteria baik dalam usus membantu mengawal tindak balas imun yang berlebihan.

Bagaimana Prebiotik Membantu Kesihatan Usus?

Prebiotik membantu kesihatan usus dengan cara:

1. Merangsang Pertumbuhan Bakteria Baik

Prebiotik menjadi makanan kepada bakteria baik seperti bifidobacteria dan lactobacillus, yang membantu mengekalkan keseimbangan mikroflora usus.

2. Memperbaiki Pergerakan Usus

Dengan meningkatkan jumlah bakteria baik, prebiotik membantu memastikan pergerakan usus yang teratur, mengurangkan risiko sembelit.

3. Mengurangkan Keradangan

Prebiotik membantu mengurangkan keradangan dalam usus, yang boleh menyebabkan masalah penghadaman.

4. Menghasilkan Asid Lemak Rantai Pendek (SCFA):

Prebiotik membantu bakteria baik menghasilkan SCFA, yang berperanan dalam mengekalkan integriti dinding usus dan mencegah kebocoran usus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda Anak Perlukan Prebiotik dan Probiotik

Kesihatan usus anak sangat penting kerana ia bukan sahaja mempengaruhi sistem pencernaan, tetapi juga imuniti dan perkembangan keseluruhan mereka. Jika bakteria baik dalam usus tidak mencukupi, anak mungkin mengalami beberapa masalah kesihatan.

Berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan anak memerlukan prebiotik dan probiotik dalam diet mereka:

1. Kerap Sembelit atau Cirit-Birit

Jika anak kerap mengalami masalah sembelit atau cirit-birit, ini mungkin petanda bahawa keseimbangan bakteria dalam usus mereka terganggu.

Prebiotik membantu meningkatkan serat yang menyokong pergerakan usus yang sihat, manakala probiotik membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik untuk sistem pencernaan yang lebih stabil.

2. Perut Kembung dan Tidak Selesa

Anak yang sering mengadu sakit perut atau mengalami kembung boleh jadi mempunyai masalah dalam sistem pencernaan. Ini boleh berlaku apabila bakteria baik dalam usus tidak mencukupi, menyebabkan makanan tidak dapat dicerna dengan baik.

Probiotik boleh membantu mengurangkan kembung dan meningkatkan penghadaman.

3. Kerap Mengalami Alahan atau Ekzema

Sistem imun yang lemah boleh dikaitkan dengan usus yang tidak sihat. Jika anak mudah mengalami alahan kulit, ekzema, atau ruam, ini mungkin petanda bahawa keseimbangan mikrobiota usus mereka terganggu. Probiotik boleh membantu menguatkan sistem imun dan mengurangkan tindak balas alahan.

4. Mudah Dijangkiti Penyakit

Anak yang kerap demam, selesema, atau mendapat jangkitan mungkin mempunyai sistem imun yang lemah akibat ketidakseimbangan bakteria baik dalam usus mereka.

Makanan kaya probiotik seperti yogurt dan tempe boleh membantu meningkatkan imuniti mereka secara semula jadi.

5. Nafas Berbau dan Mulut Kering

Masalah nafas berbau yang berpanjangan bukan sahaja berpunca daripada kebersihan mulut yang kurang baik, tetapi juga boleh berkait dengan kesihatan usus. Jika bakteria jahat lebih banyak daripada bakteria baik, ia boleh menyebabkan bau mulut yang kurang menyenangkan.

6. Kurang Selera Makan

Jika anak sering memilih makanan, tidak berselera untuk makan, atau cepat merasa kenyang, ini boleh menjadi tanda bahawa sistem penghadaman mereka tidak berfungsi dengan baik. Probiotik boleh membantu meningkatkan penghadaman dan selera makan mereka.

7. Kerap Letih dan Tidak Bertenaga

Kesihatan usus juga berkait rapat dengan tahap tenaga anak. Jika mereka kelihatan sering letih, lesu, atau kurang bermaya, ini mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam sistem pencernaan yang menghalang penyerapan nutrien dengan baik.

Cara Mudah Memberi Prebiotik kepada Anak

  1. Tambahkan pisang atau epal dengan kulit dalam sarapan mereka

  2. Sajikan oat sebagai bubur atau smoothie

  3. Masukkan bawang putih dan bawang merah dalam masakan harian

  4. Berikan asparagus yang dikukus sebagai snek sihat

  5. Pilih produk susu yang diperkaya dengan prebiotik

  6. Sediakan yogurt dengan campuran buah-buahan sebagai pencuci mulut sihat

Perkara Yang Perlu Dielakkan

1. Makanan Terproses Berlebihan

Makanan tinggi gula dan lemak trans boleh mengganggu keseimbangan mikroflora usus.

2. Antibiotik Tanpa Nasihat Doktor

Penggunaan antibiotik yang berlebihan boleh membunuh bakteria baik dalam usus.

3. Kurang Serat dalam Diet

Diet yang kurang serat boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi perlahan dan menjejaskan kesihatan usus.

Kesimpulannya, prebiotik untuk kesihatan usus anak amat penting bagi memastikan tumbesaran anak yang sihat dan ceria. Dengan memasukkan lebih banyak makanan kaya prebiotik dalam diet harian anak, anda bukan sahaja membantu menguatkan sistem imun mereka, tetapi juga memastikan mereka mendapat nutrien yang mencukupi untuk perkembangan fizikal dan mental. 

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: 8 Jenama Probiotik Untuk Bayi Yang Bagus, Sangat PENTING Untuk Kesihatan Usus Kanak-Kanak

Baca juga:  Anak Sakit Perut & Infeksi Pencernaan: Kenali 5 Jenis Masalah Penghadaman, Gejala & Rawatan

Baca juga:  5 Cara Rangsang Perkembangan Otak Anak, Salah Satunya Adalah Jaga Kesihatan Ususnya!