Antara salah satu laksa yang populor di Malaysia ialah laksa Johor. Ia sebenarnya memiliki sejarah dan identiti tersendiri kerana amat berbeza dengan laksa yang lain. Jika tiada idea untuk masak berbuka nanti, apa kata anda semak resepi laksa Johor oleh Chef Wan dan Che Nom ini!
Mengikut cerita orang dulu-dulu, laksa Johor menggunakan mi dari spagheti kerana isteri Sultan Johor pada ketika itu ialah wanita Inggeris, namun berkuahkan gaya orang melayu.
Isi Kandungan
Resepi laksa johor yang sedap menggunakan ikan segar
Kalau ikut secara tradisinya juga, resepi laksa Johor menggunakan isi ikan parang yang dibakar dan memerlukan masa sehingga dua hari untuk menyediakan bahan-bahan serta kuahnya.
Meskipun menggunakan santan, namun ia agak seimbang apabila disajikan bersama ulam-ulaman segar. Manakala sambal belacan wajib dihidangkan sekali dengan laksa Johor ini. Bukan itu sahaja jika kuahnya tidak habis, anda boleh masak dengan api kecil dan dikacau selalu.
Meskipun penyediaannya agak rumit dan bahan yang digunakan adalah dari gabungan pelbagai unsur menarik seperti kerisik, rempah kari dan isi ikan kurau masin, namun nikmat ketika merasainya sangat berbaloi!
Rujukan asal adalah dari resepi Chef Wan, tapi Che Nom olah sedikit mengikut sukatan sendiri.
Bahan-bahan:
- 1kg ikan parang atau sardin (boleh campur). Direbus dan asingkan isi. Sila simpan air rebusan
- Santan dari 1 biji kelapa
- 2 sudu besar rempah kari daging
- 1 batang serai- dititik
- 3 sudu besar kerisik
- 1 ikat daun kesum
- 1 kuntum bungan kantan- dibelah 4
- 5 helai daun pudina- dihiris nipis (jika suka)
- 2-3 asam keping
- Gula melaka
- Minyak
- Sedikit garam
Bahan untuk stok udang
- Kulit dan kepala udang dari semangkuk udang (asingkan isi untuk bahan kisar B)
- 2 ulas bawang putih- dihiris nipis
Bahan untuk kisar halus (A)
- 1.5 inci kunyit hidup
- 2 inci lengkuas
- 2 inci halia
- 15-20 tangkai cili kering- buang biji dan rendam air panas
- 8-10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 4 batang serai- dihiris nipis
- 1 sudu besar belacan bakar
- 1 1/2 sudu besar udang kering, rendam sampai lembut
Bahan-bahan untuk kisar halus (B)
- Isi udang- anggaran semangkuk kecil
- 100g isi ikan kurau masin- rendam sampai lembut
- Isi ikan rebus (dari bahan di atas)
Bahan-bahan untuk spaghetti
- 1 paket spaghetti
- 1 sudu besar garam
- Air secukupnya
- Sedikit minyak
Bahan-bahan hiasan/ ulaman (dihiris nipis kecuali taugeh, limau kasturi dan lobak masin)
- Taugeh
- Timun
- Daun kesum
- Kacang panjang
- Bawang besar
- Limau kasturi
- Lobak masin- dicelur dan rincik halus
- Bunga kantan- hiris nipis
- Daun selasih- hiris nipis
Bahan untuk sambal belacan
- 6-8 biji cili merah
- 10-15 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- Belacan bakar-sebesar ibu jari
- Air perahan jus limau kasturi
- Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
#1. Untuk stok udang: Kisar semua bahan sehingga halus dan tapis airnya
#2. Untuk spaghetti: Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering sehingga lembut. Toskan.
#3. Cara buat kuah laksa Johor:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus A hingga naik bau
- Masukkan serai dan serbuk kari. Kacau dengan api perlahan hingga garing dan pecah minyak
- Masukkan pula bahan kisar halus B bersama air stok udang dan air rebusan ikan sehingga ia mendidih
- Tambah santan, kerisik, daun kesum, bunga kantan, daun pudina, asam keping, gula melaka dan garam secukup rasa
- Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai tahap kepekatan yang diinginkan. Hidang bersama spaghetti, ulaman dan sambal belacan
#4. Cara buat sambal belacan:
- Kisar cili merah, cili padi, belacan dan bawang putih. Tidak perlu tambah air dan jangan kisar terlalu halus
- Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedia untuk dihidangkan
Tips laksa johor sedap
- Pemilihan jenis ikan akan mempengaruhi rasa laksa Johor. Biasanya ikan parang lebih sedap kerana isi yang manis, tetapi anda boleh campur juga dengan ikan lain seperti selar, kembung atau sardin
- Kuah perlu direneh perlahan-lahan setelah dimasukkan santan agar ia pekat cantik dan tidak terlalu pecah minyak dari lemak santan
Sumber: Resepi Che Nom
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Jajan Sedap & Rangup Berasaskan Makaroni, Guna Satu Bahan Boleh Jadi 5 Perisa!
Baca juga: Makan laksa ketika pantang: Doktor kata BOLEH, Pakar Pemakanan kata TAK, mana betul ni?
Baca juga: Resepi Laksa Sarawak Terbaik Asli Untuk Dicuba & Lokasi Kedai Makan Di Lembah Klang