Resepi Lauk Pantang Untuk Ibu Bersalin Yang Best & Sedap, Confirm Berselera Makan

Lauk pantang untuk ibu selepas bersalin tidak perlu guna kaedah bakar kosong sahaja. Kini cara masakan yang betul boleh menarik selera anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menyediakan lauk pantang adalah antara cabaran kepada mereka yang menjaga ibu selepas bersalin. Malah lebih mencabar jika ibu itu berpantang sendiri. Pasti buntu fikirkan resepi lauk pantang selama 30 hari kan?

Melalui tempoh berpantang selepas melahirkan anak adalah waktu yang cukup mencabar. Mana tidaknya, bukan semua makanan boleh dimakan kerana dikhuatiri akan melambatkan proses penyembuhan selepas bersalin.

Resepi lauk pantang yang sedap, menyelerakan

Sebenarnya terdapat pelbagai hidangan yang boleh dimasak sebagai lauk pauk sepanjang tempoh berpantang.

Menu yang kami ingin kongsi ini bukan sahaja dapat menyihatkan badan, malah rasanya memang padu! Tidaklah asyik makan ikan kering bakar, lada hitam dan kunyit tumbuk sahaja.

Selain sihat untuk ibu berpantang, resepi lauk pauk ini juga boleh dimakan oleh seisi keluarga lain. Boleh menjimatkan masa dan bajet bukan? Jadi bolehlah cuba!

#1. Daging goreng lada hitam

Bahan-bahan untuk resepi lauk pantang:

  • 300 gm daging batang pinang (hilis nipis)
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam (tumbuk kasar)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • ½ inci halia (hiris)
  • Minyak masak secukupnya
  • Gula dan garam secukupnya
  • Sedikit air

Cara memasak lauk pantang bersalin:

  1. Perap daging dengan ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan pula daging yang diperap serta lada hitam yang ditumbuk kasar. Boleh ditambah sedikit air dan renehkan supaya daging lebih empuk.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

#2. Pegaga masak lemak lada hitam

Bahan-bahan untuk resepi lauk pantang:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 200gm daun pegaga
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan ikan bilis
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 ulas bawang merah (hiris)
  • 1 batang serai (titik)
  • 1 sudu lada hitam (tumbuk halus)
  • Gula dan garam secukupnya

Cara memasak lauk pantang:

  1. Cuci daun pegaga dan ketepikan.
  2. Panaskan santan bersama ½ cawan air. Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris dan serai. Masukkan juga ikan bilis dan lada hitam. Kacau sebati.
  3. Masukkan daun pegaga, kacau sekati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

#3. Ikan merah singgang

Bahan-bahan ikan lauk pantang:

  • 1 keping ikan merah
  • 2 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 2 ulas bawang merah (hiris halus)
  • 1 batang serai (titik)
  • ½ inci halia (hiris)
  • ½ inci lengkuas (hiris halus)
  • 2 keping asam gelugur
  • ½ sudu teh kunyit
  • 2 cawan air
  • Gula dan garam secukupnya

Cara memasak ikan lauk pantang:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Basuh ikan merah sebersihnya. Ketepikan.
  2. Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
  3. Masukkan juga serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

#4. Ayam panggang halia

Bahan-bahan lauk pantang ayam:

  • 1/3 ekor ayam (bahagian paha)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 3 inci halia
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Daun pisang secukupnya

Cara memasak lauk pantang ayam:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
  2. Kemudian gaulkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekata. Lumur rata pada ayam dan perapkan sebentar. Ketepikan.
  3. Alaskan daun pisang di dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan pan atau ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
  4. Sedia dinikmati lauk pantang czer dan normal!

#5. Sup lobak putih dan merah

Bahan-bahan lauk pantang czer & normal:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 batang lobak putih
  • 1 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 tangkai daun sup dan daun bawang.
  • 1 sudu ikan bilis
  • ½ sudu lada sulah
  • Garam dan gula secukupnya
  • 3 cawan air

Cara memasak lauk pantang czer & normal:

  1. Lobak putih dan merah dibuang kulit, dibelah dua dan dihiris ½ lebar. Ketepikan.
  2. Panaskan air di dalam periuk, setelah mendidih masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris, masukkan ikan bilis dan juga lobak merah dan putih.
  3. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga lobak empuk. Sekiranya perlu boleh ditambah air.
  4. Akhir sekali tambahkan lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan lauk pantang bersalin.

#6. Ikan gelama masak asam

Bahan-bahan ikan lauk pantang:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 2 ekor ikan gelama
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • ½ inci halia
  • 1 inci daun kunyit
  • Gula dan garam
  • 2 cawan air

Cara memasak ikan lauk pantang:

  1. Didihkan dua cawan air atau boleh lebihkan air jika perlu.
  2. Masukkan asam gelugur, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris. Masukkan juga daun kunyit dan halia serta serai yang telah dititik. Masak di atas api dan kacau perlahan.
  3. Setelah itu masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Renehkan seketika.
  4. Angkat dan sedia dinikmati lauk pantang bersalin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berapa Lamakah Tempoh Pantang Bersalin Yang Wajib? Ini Penjelasan Dari Pakar

Baca juga: 30+ Makanan Pantang Bersalin Yang Mudah & Berkhasiat, Sesuai Untuk Bayi Jaundice

Baca juga: Menu Pantang Sendiri Berasaskan Ayam & Ikan, Tinggi Protein Bantu Pulihkan Luka Bersalin

Penulis

Lala Annuar