Mee kari adalah hidangan mi kari yang terkenal di Malaysia dan Singapura. Ia merupakan pilihan yang sempurna untuk hidangan keluarga. Namun jika ada anak kecil, apa kata cuba resepi mee kari mesra kanak-kanak yang tidak pedas dan sedap ini.
Isi Kandungan
Resepi Mee Kari Mesra Kanak-Kanak
1. Mee Kari Kerang Untuk Anak
Bahan A (kisar)
- Sebiji bawang besar
- 7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- 2 batang serai potong kecik
- 2 sudu besar serbuk cili merah ( ada dijual dalam pek plastik di pasaraya) Satukan semua bahan dan kisar sampai halus
Bahan B (Bahan penumis)
- 2 batang serai diketuk
- 2 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- Rempah kari daging + rempah ikan (50 gram setiap satu peket kecik
- Dua kotak kecil santan kotak
- Sebiji ubi kentang (potong dadu 1 keping asam keping
Bahan C
- Isi Kerang
Bahan D
- Taugeh
- 2 pek mee kuning dibasuh dan ditoskan Hirisan cili
- Tauhu goreng
- Kacang Panjang
- Daun bawang
- Bawang goreng
- Telur Rebus
Cara menyediakannya:
- Panaskan periuk dan masukkan minyak 1/2 cawan.
- Tumis Bahan B sehingga naik bau.Barulah ditambah Bahan A tadi dan kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan rempah kari daging dan ikan bersama 4 sudu makan air dan kecilkan api supaya rempah tak hangit.Kacau hingga terbit minyak.Barulah masukkan segelas air dan biarkan mendidih
- Tambah segala jenis lauk , ubi kentang yang dilenyek, air stok udang, fishball, fish cake , asam keping.Besarkan api ke tahap sederhana besar.Masak hingga mendidih kuahnya.
- Bila dah mendidih masukkan dua santan kotak dan sesuaikan kepekatan ikut selera.Sentiasa kacau suapaya santan tak berketul.Perasakan dengan gula,garam dan serbuk perasa.Masak hingga mendidih sekali lagi. Siap!
2. Mee Kari Ayam Untuk Anak
Bahan-bahan:
- 1 kg mee kuning
- 500 gram ayam – potong kecil
- 13 biji bebola ikan (fish cake)
- 300 gram udang – buang kulit
- 4 sudu besar rempah kari ayam – bancuh menjadi pes pekat
- 2 cawan santan pekat
- 3 keping kek ikan (cake fish)
- 1 biji kentang – rebus dan lecek halus
- 1 kg kerang – rebus dan ambil isi
- 2 cawan air dari rebusan udang yang dibuang
- 2 cawan santan cair
- 2 keping asam gelugor
Bahan dikisar (Halus)
- 4 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili kering- rebus dan toskan
- 6 biji bawang merah
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 2 sudu besar udang kering – rendam hingga lembut
- 1 batang serai – hiris nipis
Bahan untuk rempah tumis
- 5 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum cengkih
- 2 tangkal daun kari
- 1 batang kayu manis
Bahan untuk hiasan
- 4 biji telur – potong 2 bahagian
bawang goreng - 4 biji tauhu digoreng dan dihiris
- Daun bawang
- Cili merah
- liamu kasturi – potong 2 bahagian
- taugeh
- 2 tangkai sawi – potong dan rebus
Cara Buat Mee Kari Mesra Kanak-Kanak
- Panaskan air sampai mendidih kemudian celur mee kuning seketika. angkat dan toskan
- Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana. tumis bahan rempah sampai naik bau kemudian masukan juga bahan kisar halus dan pes rempah kari. kacau sampai sedikit agak garing dan sampai pecah minyak
- Selepas tu masukan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. tuang sanatan cair dan air rebusan udang. selepas tu masak sampai kuah mendidih
- Masukan udang, kek ikan, kerang, kentang, asam keping, bebola ikan, dan santan pekat. kacau kembali kuah tadi supaya semasa proses memasak tidak pecah minyak.
- Masukan sedikit gula dan garam secukup rasa dan akhir sekali, hidangkan mee bersama hiasan dan kuah secukupnya.
3. Chinese Style Mee
Bahan-bahan:
- Mee kuning- dicelur
Bahan kuah:
- 100gm cili kering – rebus dan kisar
- 3 biji bawang besar – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 2 batang serai – diketuk
- 3 sudu besar serbuk kari ayam/daging
- 1/2 ekor ayam (potong kecil)
- 1 kotak kecil santan
- Tauhu apung
- Fish cake
Bahan sambal:
- 300gm cili kering – rebus
- 4 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
Bahan hiasan:
- Telur rebus
- Taugeh – celur
- Sawi – celur
- Sambal
- Limau Nipis (potong separuh)
Cara Buat Kuah Mee Kari Mesra Kanak-Kanak:
- Panaskan minyak dan goreng serai sekejap.
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak.
- Masukkan serbuk kari dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak.
- Masukkan santan sekotak kecik dan air (sukatan air agak-agak sahaja mengikut selera mahu kuah pekat atau cair)
- Biar kuah mendidih dan perisakn dengan garam dan serbuk perasa. Tambahkan tauhu apong dan fishcake. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu apung.
Cara menyediakan sambal:
- Rebus cili kering. Bila sudah masak, kisar bersama bawang besar dan bawang putih
- Tumis hingga wangi. Perisakn dengan garam dan gula.
Tips Mee Kari Tak Pedas Dan Mesra Kanak-Kanak
Untuk membuat kari yang tidak pedas dan mesra kanak-kanak, pertimbangkan tips berikut:
1. Kurangkan Penggunaan Rempah Pedas
Pilih serbuk kari yang labelnya “mild” atau “tidak pedas”. Ini mengurangkan rasa pedas dalam hidangan.
2. Tambah Santan
Santan memberikan rasa lemak dan kelembutan kepada kari, serta meneutralkan rasa pedas. Gunakan santan penuh atau ringan mengikut keperluan.
3. Kurangkan Penggunaan Bawang Merah dan Bawang Putih
Bawang putih boleh memberikan rasa yang kuat jika digunakan dalam jumlah yang banyak. Gunakan dengan sederhana.
4. Tambah Sayur-Sayuran Manis
Sayur-sayuran seperti lobak merah, jagung bayi, atau labu boleh memberikan rasa manis yang semula jadi kepada kari, menjadikannya lebih menarik untuk kanak-kanak.
5. Gantikan Garam dengan Kicap
Jika anda ingin mengurangkan garam, pertimbangkan untuk menggunakan kicap rendah garam sebagai perasa tambahan. Ini memberikan rasa tanpa menambah kepedasan.
Selamat mencuba resepi mee kari yang kami kongsikan ini.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Menu Sihat Berasaskan Ikan Untuk Ibu Mengandung, Bantu Kuatkan Otak & Tulang Janin
Baca juga: Resepi Makanan Bayi 1 Tahun Yang Mudah & Berkhasiat, Si Manja Mesti Akan Suka!
Baca juga: Perlu Idea Untuk Menu Menjamu Tetamu Raya Ini? Boleh Cuba Resepi Laksa Yang Pelbagai Variasi Ini