Resipi Kentang Putar Yang Sedap & Mudah Ala KFC, Tanpa Guna Banyak Bahan

Resipi kentang putar dengan sos gravy yang sedap boleh dihidangkan bersama coleslaw atau ayam goreng ala KFC kesukaan seisi keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kentang putar ala KFC menjadi kegemaran ramai kerana teksturnya yang lembut dan rasa berkrim. Kini, anda tidak perlu lagi pergi ke restoran untuk menikmati hidangan ini kerana kami kongsikan resipi kentang putar yang sedap dan mudah disediakan di rumah.

Resipi Kentang Putar

Bahan-Bahan Resipi Kentang Putar

  • 8 biji kentang
  • 1 kotak kecil susu segar
  • sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
  • secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara Buat Kentang Putar

  1. Ubi kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana
  2. Bila kentang sudah empuk, toskan air. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
  3. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
  4. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata. (Boleh guna hand blender untuk mendapatkan tekstur halus)

Bahan-Bahan Resepi Sos (Gravy)

  • 1 labu bawang besar (dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dadu)
  • 4 sudu butter
  • 2 sudu tepung gandum @ jagung
  • 1 kiub ayam
  • lada hitam dan sulah
  • 2 cawan air

Cara Buat Sos Gravy Kentang Putar

  1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ). Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )
  2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati. Tutup api dan masukkan dalam pengisar. Kisar sampai semua hancur. Masak balik atas api sederhana.
  4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
  5. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.

Rahsia Mendapatkan Tekstur Kentang Putar Sempurna

Tekstur kentang putar yang sempurna adalah lembut, halus, dan berkrim. Berikut adalah beberapa tips buat kentang putar yang begitu sedap:

  1. Jangan Terlalu Pukul Kentang: Jika anda menggunakan pengadun elektrik, pastikan anda tidak kisar ubi kentang terlalu lama kerana ini akan menyebabkan kentang menjadi bergetah.
  2. Gunakan Mentega Dan Susu Pada Suhu Bilik: Untuk hasil terbaik, pastikan mentega dan susu berada pada suhu bilik atau suam sebelum dicampurkan dengan kentang. Ini akan membantu dalam menghasilkan kentang putar yang lebih halus dan berkrim.
  3. Tambah Susu Sedikit Demi Sedikit: Semasa mencampur susu ke dalam kentang, tambah sedikit demi sedikit sehingga anda mencapai konsistensi yang diingini. Ini akan memberi anda lebih kawalan ke atas kelembutan kentang putar anda.

Cara Menghidangkan Kentang Putar

Kentang putar adalah hidangan serbaguna yang boleh dihidangkan dengan pelbagai hidangan utama. Berikut adalah beberapa cadangan cara menghidangkannya:

  • Dengan Ayam Goreng: Sudah tentu, cara yang paling klasik untuk menikmati kentang putar ala KFC adalah bersama ayam goreng rangup. Anda boleh meniru hidangan KFC sepenuhnya dengan menyediakan ayam goreng di rumah dan menghidangkannya bersama kentang putar dan sos gravy.
  • Sebagai Sampingan untuk Stew: Kentang putar ini juga sesuai dijadikan sampingan untuk hidangan stew daging atau ayam. Ia akan menyerap kuah stew dengan baik dan menambah kekayaan pada hidangan.
  • Dengan Sayuran Panggang: Untuk hidangan yang lebih ringan, anda boleh menghidangkan kentang putar bersama sayuran panggang seperti wortel, sayur brokoli, dan asparagus.
  • Shepherd’s Pie: Anda juga boleh menggunakan kentang putar ini sebagai dasar untuk membuat shepherd’s pie, di mana ia akan menambah tekstur berkrim pada hidangan daging dan sayuran yang dibakar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Resipi Coleslaw Ala KFC Ikut Cara Che Nom, Anak Mesti Suka!

Baca juga:  6 Menu Berasaskan Ayam Goreng KFC Yang Menyelerakan, Pasti Makan Sambil Menjilat Jari!

Baca juga:  8 Resepi Untuk Kanak-Kanak Yang Ringkas & Mudah Disediakan Ibu Dari Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan