Murtabak Maggi sering menjadi kegemaran seisi keluarga kerana hidangan ini mudah, ringkas, dan cepat untuk disediakan. Resipi murtabak maggi menggabungkan mee segera dengan gaya penyediaan murtabak yang biasa kita nikmati di gerai mamak atau pasar malam.
Dengan rasa yang enak serta bahan yang mudah didapati, murtabak Maggi sesuai dinikmati sebagai sarapan, hidangan petang, atau makan malam.
Isi Kandungan
Resipi Murtabak Maggi
Bahan Murtabak Maggi
- 1 paket mee segera perisa kari
- 4 biji telur
- 1 biji bawang besar ( potong dadu)
- 1 batang sosej (rebus sekejap)
- 1 keping daging burger (rebus)
- Sedikit hirisan kubis
- Sedikit hirisan cili
- Sedikit potongan daun bawang
- Garam jika perlu/maggi secukup rasa
- 2 keping keju
Cara Buat Murtabak Maggi
- Pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk. Masukkan perencah mee segera dan sedikit air. Kacau sebati.
- Tambahkan kubis, bawang, daun bawang dan cili.
- Perasakan dengan secubit garam atau secukup rasa.
- Rebus mee segera sehingga lembut dan toskan airnya. Masukkan mee segera ke dalam bahan-bahan tadi dan kacau sehingga sebati.
- Sediakan acuan dan masukkan bancuhan mee segera.
- Ambil dua keping keju. Potong kecil-kecil dan letakkan atasnya.
- Kemudian masukkan ke dalam air fryer.
- Bakar suhu 180 selama 1o minit atau sehingga masak sekata (bergantung pada air fryer masing-masing)
- Apabila sudah masak, keluarkan dari acuan. Sedia untuk dihidang bersama sos cili atau bawang jeruk. Resepi ini boleh dapat dalam 8 atau 9 keping. Jika ingin lebih banyak, gandakan bahannya.
Tips Buat Murtabak Maggi Sedap
- Tambahkan Keju Mozzarella atau Keju Cheddar: Jika anda peminat keju, taburkan sedikit keju dalam campuran inti. Apabila digoreng, keju akan cair dan menambah kelazatan.
- Campuran Sayur-sayuran: Boleh tambahkan lobak merah yang disagat atau kubis untuk lebih variasi dan nilai pemakanan.
- Gunakan Ayam atau Daging Berempah: Untuk rasa lebih menarik, perap ayam atau daging dengan serbuk kari atau serbuk jintan sebelum dimasak.
- Sos Pencicah: Hidangkan murtabak dengan sos cili, sos bawang putih, atau kuah kari sebagai pelengkap rasa.
Hidangan Sampingan Yang Sesuai
Murtabak Maggi boleh dinikmati dengan pelbagai hidangan sampingan seperti:
- Acar Timun: Tambahan segar dan berasid untuk mengimbangi rasa mi dan telur.
- Teh Tarik atau Kopi O: Hidangan ini sesuai dinikmati dengan minuman panas untuk sarapan atau minum petang.
- Kuah Kari Ringkas: Boleh disediakan sebagai sos pencicah bagi mereka yang gemarkan hidangan berkuah.
Resipi murtabak Maggi adalah pilihan ideal untuk anda yang mahukan hidangan sedap tetapi ringkas. Dengan mi segera Maggi sebagai bahan asas, resipi ini bukan sahaja mudah tetapi juga fleksibel mengikut selera.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resipi Bengkang Roti/ Bingka Roti Yang Mudah, Sedap & Lemak Manis, Letak Bijan Lagi Perfect!
Baca juga: Resipi Coleslaw Ala KFC Ikut Cara Che Nom, Anak Mesti Suka!
Baca juga: Variasi Resepi Sambal Ayam Penyet Homemade Sedap & Tahan Lama