Cuti Sekolah Musim Anak Bersunat, Bolehlah Sedekah Pulut Kuning & Rendang Ayam!

Aneka resepi rendang ayam boleh anda cuba. Cuti sekolah dah nak dekat, mungkin ada anak bakal bersunat, bolehlah sedekah pulut kuning.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tibanya musim cuti sekolah, pasti ramai yang mahu sunatkan anak lelaki mereka. Biasanya orang akan sedekah pulut kuning apabila anak bersunat. Pulut kuning enak dimakan bersama rendang. Jadi kali ini kami kongsikan resepi rendang ayam untuk anda cuba.

Bolehlah sedekah pulut kuning bagi anak-anak yang bakal bersunat nanti. Selain itu, pagi raya menu wajib yang ada di atas meja tentulah rendang, ketupat dan lemang serta beberapa hidangan lain yang membangkitkan selera kita pada pagi 1 Syawal. 

Kalau belum tahu cara memasak rendang, apa kata anda semak resipi rendang yang sudah kami siapkan untuk anda belajar cara-cara memasak rendang yang betul. Biar satu keluarga kenyang sepanjang hari!

Resipi rendang ayam pilihan yang mudah, sedap 

#1. Rendang Ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu kerisik
  • 2 helai daun kunyit diracik halus
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:

  • 21 batang cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ketul kunyit hidup
  • 1 sudu ketumbar
  • 2 biji buah keras
  • 4 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

Cara-cara membuat:

1. Tumis bahan dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan santan dan ayam. Kemudian gaul rata. Tutup kuali dengan tudung kukus dan biarkan ia seketika. Guna api kecil.
3. Masukkan kerisik dan kacau rata. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan daun kunyit. Rendang siap untuk dihidangkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Rendang Ayam Pencen Tanpa Tumis

Bahan-bahan A:

  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai
  • Cili kering
  • Cili api
  • Jintan kasar
  • Biji ketumbar

Bahan B:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 2 ke 3 sudu gula merah
  • 2 sudu kerisik
  • asam keping
  • daun kunyi dihiris halus
  • santan
  • garam dan gula

Cara-cara membuat:

1. Kisar semua bahan A.
2. Masukkan ke dalam kuali bahan yang dikisar sekali dengan ayam.
3. Biar masak sampai mendidih dan ayam keluarkan minyak.
4. Terus masukkan santan, kerisik dan gula merah.
5. Perlahankan api dan biarkan selama satu jam hingga ayam empuk.
6. Bila sudah empuk masukkan gula dan garam. Kemudian tabur daun kunyit.

Selain rendang ayam, pulut kuning juga boleh dimakan dengan pelbagai jenis rendang lain. 

#3. Rendang Daging Minang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • 1 kg santan
  • 30 biji bawang merah
  • 10 biji bawang putih
  • 3 sudu senduk nasi cili kering yang dah dikisar
  • 5 batang serai
  • Daun kunyit
  • 1 inch halia
  • 1 inch lengkuas dihiris
  • Bunga cengkih
  • Cili api (ikut suka kepedasan)
  • Daun limau purut

Cara-cara membuat:

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
2. Kisar cili api
3. Tumis semua bahan 1 dan 2 tadi.
4. Masukkan cili kering, cili api, serai, dan lengkuas. Tumis hingga naik aroma.
5. Masukkan santan dan daun kunyit.
6. Masak santan hingga naik minyak sedikit.
7. Masukkan daging
8. Bila hampir kering santan, masukkan daun limau purut, cengkih dan air asam jawa
9. Garam secukup rasa dan biar masak sampai kering.

#4. Rendang Tok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 2 Kg daging dipotong kiub
  • 5 biji kelapa untuk santan
  • 1 1/2 sudu besar jintan halus yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
  • 3 sudu besar biji ketumbar digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
  • 6 sudu besar jintan manis digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
  • 1-2 senduk cili kisar
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 ketul gula melaka
  • 3 helai daun kunyit yang dihiris
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1 barang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit belacan
  • Garam dan serbuk perasa

Bahan kisar:

  • 20 ulas bawang merah
  • 9 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5-7 batang serai
  • 2 inci lengkuas

Cara-cara membuat:

1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, gula melaka, garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.
2. Kemudian perap daging selama 4 jam. Nak lebih sedap perap semalaman.
3. Masak dan didihkan perlahan-lahan sehingga air kering dan kemudian baru masukkan santan.
4. Renehkan selama 3-4 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kemudian kacau dengan kerap sehingga daging mula empuk, berubah hitam dan kering.
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping serta kacau rata.

Nota: Rendang ini lebih sedap rasanya selepas sehari dimasak kerana rempah ratusnya semakin meresap ke dalam daging.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Udang Galah

Bahan A:

  • 4 Biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 2 ketul kunyit hidup
  • 6 batang serai dipotong kecil
  • 30 biji cili padi

Bahan B:

  • 1 1/2 kg udang galah
  • 4 helai daun kunyit dihiris halus
  • 5 helai daun limau purut dihiris halus
  • 2 mangkuk santan pekat
  • Gula melaka atau gula perang secukup rasa
  • 3 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 3 hingga 5 asam keping
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara membuat:

1. Kisar bahan A hingga lumat dan panaskan minyak. Kemudian masuk bahan kisar dan tumis sampai naik bau.
2. Masukkan kerisik dan kacau sehingga sebati
3. Tambahkan santan dan kacau hingga merenah atau pecah minyak.
4. Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan asam gelugur. Kacau sebati.
5. Masukan bahan utama udang galah dan gaul rata. Masak hingga udang berubah warna.
6. Tambah santan dan air secukupnya jika perlu.

#6. Rendang Kerang

Bahan-bahan:

  • 2 kg kerang direbus dan buang kulit
  • 5 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulang bawang putih
  • sedikit cili api
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 helai daun kunyit
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam, gula dan serbuk perasa

Cara-cara membuat:

1. Kisar serai, halia, kunyit hidup, lengkuas, bawang dan bawang putih serta cili api. Kemudian tumis sampai naik bau.
2. Masukkan santan, asam keping, garam,gula, perasa dan kerisik
3. Kacau hingga kuah menjadi pekat
4. Masukkan kerang dan kacau lagi
5. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit
6. Siap untuk dihidangkan!

#7. Rendang Telur

Bahan-bahan:

  • 30 biji telur rebus
  • 5 batang halia
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 11 ulas bawang merah
  • Cili kering atau cili api
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1sudu makan serbuk jintan manis
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1/2 cawan santan kotak
  • 2 helai daun kunyit
  • Asam keping
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara membuat:

1. Kisar bawang, halia, lengkuas, serai, cili dan sehelai daun kunyit
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan rempah daging, serbuk jintan manis dan tumis sampai pecah minyak.
4 Masukakan santan, kerisik, asam keping dan tambah air.
5. Perasakan garam dan gula. Kacau sebati.
6. Bila kuah mendidih, masukkan telur. Gaul rata dan tunggu hingga masak dan kuah sedikit kering
7. Taburkan hirisan daun kunyit. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber : Wanisukarno 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Mudah Buat Ketupat Guna Daun Pandan, Rasa Berlemak & Harum Semerbak!

Baca juga: Nak Masak Rendang Daging Raya Nanti? Ini 5 Cara MELEMBUTKAN DAGING Dengan Cepat!

Baca juga: Resepi Pulut Kuning Lembut, Sedap Dan Mudah, Boleh Cuba!