X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sakit Pinggang Ketika Hamil Buat Ibu Rasa Tidak Selesa, Ini 7 Cara Mengatasinya Dengan Berkesan

6 min bacaan
Sakit Pinggang Ketika Hamil Buat Ibu Rasa Tidak Selesa, Ini 7 Cara Mengatasinya Dengan Berkesan

Sakit pinggang atau belakang adalah perkara biasa yang terjadi pada ibu mengandung. Kadang-kadang ia boleh menganggu aktiviti seharian anda

Pengorbanan seorang ibu bermula sebaik saja mereka disahkan mengandung. Buktinya, lihat saja bagaimana wanita terpaksa menghadapi rasa sakit pinggang ketika hamil, walaupun usia kandungan baru masuk beberapa bulan.

Rasa sakit pinggang, pinggul atau sakit belakang ini bukan sakit biasa-biasa. Ada yang parah hingga tak boleh bangun! 

Masalah sakit pinggang ketika mengandung

Sakit pinggang ketika hamil trimester 1 boleh berlarutan hingga selepas bersalin. Ia biasanya boleh membuatkan ibu rasa tidak larat untuk bangun atau sukar melelapkan mata dengan baik.

Sakit belakang ketika hamil seperti di kawasan pinggang dan pinggul adalah perkara biasa. Rasa sakit itu disebabkan oleh saiz kandungan yang semakin membesar dalam rahim anda. 

Kebarangkalian sakit pinggang ketika hamil trimester 1 akan lebih tinggi jika ibu tersebut:

  1. mempunyai berat badan berlebihan
  2. berusia 30-an
  3. hamil kali ke-2
  4. hamil anak kembar

Bahagian sakit pinggang 

#1. Belah kiri

Sakit pinggang sebelah kiri semasa hamil merupakan keluhan yang sering dialami oleh ibu hamil. Ini disebabkan oleh pelbagai perubahan semula jadi yang berlaku semasa kehamilan.

Kira-kira 50-75 peratus wanita hamil merasakan aduan ini dan kebanyakannya pada trimester ketiga. Semasa kehamilan, tubuh mengalami banyak perubahan yang boleh mencetuskan kemunculan sakit pinggang sebelah kiri.

Salah satunya ialah perubahan dalam sistem otot. Keterukan sakit pinggang kiri semasa hamil berbeza-beza, dari ringan hingga mengganggu aktiviti seharian.

#2. Belah kanan

Sakit pinggang sebelah kanan boleh terjadi apabila ibu mengalami masalah kembung perut atau sembelit.

Masalah pencernaan dipengaruhi oleh naik-turunnya kadar hormon selama kehamilan. Di trimester ketiga, kenaikan berat badan dapat memberi tekanan pada saluran pencernaan (perut dan usus) hingga menyebabkan sakit pinggang sebelah kanan.

#3. Pinggang belakang

Sakit pinggang belakang boleh terjadi ketika awal atau penghujung kehamilan. Biasanya pada minggu ke-10 atau 11, perut ibu mengandung tidak terlalu besar. Namun bahagian ligamen sudah mula mengembang.

Seiring perkembangan janin, pusat graviti mengalami peralihan hingga meningkatkan tekanan pada bahagian bawah tulang belakang ibu yang hamil.

Selain itu, sakit pinggang belakang yang dialami wanita hamil juga disebabkan perubahan pusat graviti dan postur.

Ada kes, kehamilan boleh menjejaskan postur menyebabkan sesetengahnya membulat pertengahan ke atas belakang ke hadapan, dipanggil kyphosis kerana payudara juga membesar ketika kehamilan dan selepas bersalin.

Punca sakit pinggang ketika mengandung

Ada beberapa punca sakit pinggang ketika hamil. Antaranya adalah:

  • Perubahan hormon kerana sendi pinggul melonggar dan ligamen pinggul melembut (untuk menyediakan badan bagi bersalin)
  • Punca sakit pinggang: Pusat graviti badan yang semakin tidak stabil 
  • Pertambahan berat badan boleh membuatkan ibu kerap sakit pinggang
  • Postur badan yang lemah dan salah
  • Punca sakit pinggang: Ibu hamil mengangkat sesuatu yang berat
  • Punca sakit pinggang: Tekanan yang berlebihan

Cara elak terjadi sakit pinggang ketika hamil

Ada beberapa cara untuk elakkan kerap sakit pinggang ketika hamil. Antaranya adalah:

  • Anda boleh mengelak kesakitan ini dengan tidak terlalu kerap menunduk. Malah, jangan duduk atau berdiri dengan terlalu lama juga.
  • Pemilihan kasut yang bersesuaian adalah amat penting. Pakai kasut yang tidak terlampau rata dan tidak terlampau tinggi untuk memberi keselesaan pada tumit kaki yang menampung berat.
  • Sebelum bangun dari katil, cuba berpusing ke sebelah kanan, ambil posisi duduk dan baru bangun.
  • Pastikan ketika anda duduk atau berdiri, postur badan anda menegak dengan tepat. Jangan angkat sebarang benda-benda berat.
  • Cuba berbaring di sebelah kiri setiap kali anda ingin tidur. Letak bantal bagi menyokong badan anda. Dapatkan tilam yang selesa.

Cara hilangkan sakit pinggang 

sakit pinggang ketika hamil, sakit pinggang semasa hamil, sakit belakang ketika hamil

  • Tuam pinggang atau belakang badan dengan air panas atau heating pad
  • Cara hilangkan sakit pinggang: Letak kompres yang sejuk di bahagian sakit untuk melegakan otot (ketulan ais jangan sejuk sangat)
  • Mandi air panas
  • Berehat di atas katil
  • Cara hilangkan sakit pinggang: Urut 
  • Pakai tali pinggang untuk wanita mengandung
  • Bersenam perlahan-lahan
  • Cara hilangkan sakit pinggang: Cuba amalkan teknik relaksasi seperti tai chi dan yoga
  • Mandi air panas dengan minyak lavendar (jangan guna minyak ini ketika trimester pertama)
  • Akupuntur

Bila anda patut berasa risau?

Oleh sebab sakit pinggang ketika mengandung adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi jika ini kehamilan kedua dan anda berusia 30-an, maka janganlah terlalu risau.

Akan tetapi, jika anda mengalami beberapa perkara berikut, sila dapatkan nasihat pakar dengan segera. Ini agar sakit belakang itu tidak memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan anda.

  1. Sakit belakang sampai anda terbangun waktu malam
  2. Sakit belakang beserta pendarahan vagina dan sakit perut (ini mungkin tanda keguguran)
  3. Sakit seakan terbakar di bahagian kaki, lutut dan buku lali
  4. Sakit belakang, tekanan darah tinggi, pening dan ada spotting di vagina (mungkin kerana kehamilan ektopik)

Tips bila kerap sakit pinggang 

sakit pinggang ketika hamil, sakit pinggang semasa hamil, sakit belakang ketika hamil

  • Senaman: Senaman lantai pelvis dan senaman perut dapat mengurangkan tekanan. Turun ke posisi merangkak dan tegakkan belakang anda. Tarik nafas dan kemudian, apabila menghembus nafas, kemutkan otot lantai pelvis dan tarik pusat ke dalam dan keatas. Teruskan mengemut untuk selama kira-kira lima hingga 10 saat tanpa menahan nafas dan tanpa menggerakkan belakang anda. Relakskan otot-otot perlahan-lahan pada akhir senaman.
  • Urutan: Urutan dapat melegakan otot-otot yang letih dan lenguh. Bongkokkan badan ke hadapan menghadap belakang kerusi atau baring mengiring. Minta suami urut bahagian bawah belakang dan otot-otot yang mengunjur sepanjang kedua-dua sisi tulang belakang anda perlahan-lahan. Untuk bantuan lanjut, anda boleh dapatkan khidmat tukang urut terlatih atau ahli fisioterapi.
  • Postur yang baik: Jika anda mengalami kesakitan pada tulang tongkeng, elakkan dari duduk membongkok dan bengkokkan belakang anda sejauh yang anda rasa selesa. Cuba duduk di atas kusyen lembut yang berbentuk baji atau berbentuk cincin.
  • Berenang: Sertai kelas akuanatal jika ada. Kelas seperti ini boleh membantu melegakan sakit belakang semasa hamil.
  • Akupunktur: Adalah penting bagi anda mendapatkan pengamal akupunktur yang terlatih dan berpengalaman merawat wanita hamil.
  • Bantal materniti: Tidur mengiring dengan bantal berbentuk baji diletakkan di bawah perut dapat membantu.
  • Kehangatan dan air: Mandian hangat, tuaman panas atau pancuran air panas dapat melegakan ketidakselesaan.

Tali pinggang sokongan: Tali pinggang ini dapat menampung berat bayi dan mengurangkan tekanan terhadap otot-otot perut dan belakang anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  10 Pengalaman Sakit Ketika Mengandung Yang Ramai Tak Tahu

Baca juga: Minum Air Gula Ketika Mengandung, Ini Tips Untuk Ibu Berjaya & Elak Kena Repeat

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Baca juga: Sakit Gigi Geraham Ketika Hamil? Ini 6 Cara Untuk Anda Kurangkan Sakit

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Sakit Pinggang Ketika Hamil Buat Ibu Rasa Tidak Selesa, Ini 7 Cara Mengatasinya Dengan Berkesan
Kongsikan:
  • 10 Jenis Sakit Ketika Mengandung Yang Tidak Diketahui Orang Ramai, Anda Yang Mana?

    10 Jenis Sakit Ketika Mengandung Yang Tidak Diketahui Orang Ramai, Anda Yang Mana?

  • Mengapa Selalu Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Mudah untuk Merawat di Rumah!

    Mengapa Selalu Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Mudah untuk Merawat di Rumah!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 10 Jenis Sakit Ketika Mengandung Yang Tidak Diketahui Orang Ramai, Anda Yang Mana?

    10 Jenis Sakit Ketika Mengandung Yang Tidak Diketahui Orang Ramai, Anda Yang Mana?

  • Mengapa Selalu Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Mudah untuk Merawat di Rumah!

    Mengapa Selalu Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Mudah untuk Merawat di Rumah!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.