X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Persiapan Menyambut Ramadhan, Ini Senarai Barang Dapur Untuk Sebulan Wajib Ada

4 min bacaan
Persiapan Menyambut Ramadhan, Ini Senarai Barang Dapur Untuk Sebulan Wajib Ada

Senarai barang dapur untuk sebulan penting bagi persediaan menyambut Ramadhan. Ibu tidak perlu kalut memikirkan menu apa yang ingin dimasak

Tidak lama lagi kita bakal disapa oleh bulan mulia, bulan Ramadhan iaitu waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam sekalian alam. Tapi, kadang-kadang pening fikir nak masak apa untuk bulan puasa, kan? Jadi, kami kongsikan kepada anda senarai barang dapur untuk sebulan yang boleh disediakan jika hendak ‘berperang’ di dapur Ramadhan kali ini.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ramadhan bakal tiba lagi! Ini senarai barang dapur untuk sebulan untuk kemudahan anda
  • 2 bahagian senarai barang dapur yang boleh anda sediakan
  • Gunakan cara ini untuk pastikan barang dapur tahan lebih lama
  • Mengapa perlu membeli barangan dapur untuk sebulan, tidak membazir ke?

Sudahkah anda bersiap sedia untuk menempuh bulan Ramadhan ini? Moga-moga Ramadhan kali ini lebih mudah, lagi-lagi dengan persediaan awal dengan membeli barangan yang mencukupi untuk sebulan.

Ramadhan bakal tiba lagi! Ini senarai barang dapur untuk sebulan untuk kemudahan anda

Senarai barang dapur untuk sebulan

Keperluan dapur bagi setiap rumah pasti berbeza; ada yang tidak gemar membeli makanan laut kerana alergi, ada yang lebih cenderung untuk membeli sayuran dek kerana had pemakanan.

Sebelum membeli barang dapur, senaraikan barangan kepada dua bahagian iaitu bahan dapur kering dan bahan dapur basah. Seperti kita ketahui, bahan dapur kering boleh tahan lebih lama berbanding bahan dapur basah, dan ini boleh menentukan kuantiti barangan yang perlu dibeli agar dapat mengelakkan pembaziran.

Jenis barang dapur yang wajib ada untuk memasak

Antara bahan dapur kering yang boleh disimpan untuk durasi yang lama termasuklah:

  • Gas dapur
  • Minyak masak
  • Sardin dalam tin
  • Rempah kari
  • Garam
  • Gula
  • Tepung
  • Ajinamoto
  • Bawang
  • Lada
  • Susu pekat
  • Sup bunjut
  • Mi segera
  • Telur
  • Biskut
  • Milo
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap
  • Sos tiram
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bihun
  • Beras
  • Cili kering
  • Teh
  • Bunga cengkih

Manakala, bahan dapur basah pula, iaitu bahan yang tidak boleh disimpan lama dan perlu dimasak segera.

  • Ayam
  • Ikan
  • Daging
  • Udang
  • Sotong
  • Makanan sejuk beku
  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan

Anda pasti lebih tahu kuantiti yang sering dimasak dan dimakan oleh seisi keluarga, Jadi, bagi barang basah, belilah mengikut kuantiti yang mencukupi bagi seisi rumah supaya dapat mengelakkan pembaziran makanan rosak.

persiapan bulan ramadhan

Walaupun begitu, kini ramai yang berkongsi tips-tips untuk menyimpan makanan basah supaya tahan lebih lama. Anda juga bolehlah mencuba tips-tips ini untuk bulan hadapan!

Gunakan cara ini untuk pastikan barang basah tahan lebih lama

Perkongsian ini sangat bermanfaat kerana ia bukan sahaja menjimatkan kos membeli barang dapur, tetapi ia juga dapat menjimatkan ruang kerana kebanyakan barang basah sebenarnya boleh disimpan dalam satu bekas yang sama. Jadi, mudahlah untuk anda susun dalam peti nanti!

  • Semua jenis lauk, termasuklah makanan laut, seperti ayam, ikan, daging, sotong, udang dan sebagainya perlulah dicuci bersih terlebih dahulu dan kemudian letakkanlah dalam bekas-bekas plastik yang anda hendaki.
  • Sebelum memasukkan bekas ke dalam peti sejuk, masukkanlah air kosong ke dalam bekas plastik tersbebut agar ia akan beku apabila masuk ke dalam peti.
  • Sekiranya hendak menggunakan lauk tersebut, cuma perlu alirkan air hinggalah ais cair dan bahan basah anda tadi masih kekal segar.
  • Bagi sayuran pula, anda boleh mengalas tisu kering dalam bekas sayuran disimpan agar tisu tersebut dapat menyerap sebarang cecair dari sayur agar sayuran akan tahan lebih lama.

Mengapa perlu membeli barangan dapur untuk sebulan, tidak membazir ke?

Sebenarnya, membeli barangan dapur selama sebulan terus lebih menjimatkan dari membeli barangan dapur 2 minggu sekali. Bukan sahaja jimat dari segi masa, tapi anda juga akan jimat secara kewangan.

Dari segi masa, anda tidak perlulah sentiasa keluar rumah untuk mencari barangan yang tidak cukup dan anda juga tidak perlu beratur panjang ketika hendak membayar kos barang dapur anda.

barang dapur untuk 30 hari

Kewangan anda juga akan terjaga apabila anda membeli barang dapur secara bulanan kerana segala perkara yang kita lakukan perlulah ada perancangan, kan?

Jadi, jika anda hendak membeli barang dapur bulanan, anda pasti tidak akan membeli lebih dari yang diperlukan dengan adanya rancangan kewangan yang tip-top.

Kami harap bulan Ramadhan anda kali ini akan dipenuhi dengan penuh keberkatan, dan semoga perkongsian kami hari ini bermanfaat untuk anda!

Kredit foto: aku sis lin

Resepi.me

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Puasa Di Bulan Ramadan, Ini Cara Nak Menggalakkan Mereka

Baca juga: 5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah

Baca juga: Ramai Suami Keliru Bila Beli Barang Dapur, Sebab Itulah Isteri Kena Tulis Lengkap & Jelas!

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Persiapan Menyambut Ramadhan, Ini Senarai Barang Dapur Untuk Sebulan Wajib Ada
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham