TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hati-Hati Guna Nano Spray Gun, Terutama Di Kawasan Permainan Anak, Salah Cara Boleh Buat Anak Sesak Nafas!

13 Sep, 2021
Hati-Hati Guna Nano Spray Gun, Terutama Di Kawasan Permainan Anak, Salah Cara Boleh Buat Anak Sesak Nafas!

Penggunaan spray gun bagi membasmi virus Covid-19 semakin trending di kalangan masyarakat, namun ia perlu digunakan dengan sangat berhati-hati.

Memang ramai yang dilihat menggunakan Nano spray gun bagi melalukan sanitasi pada pelbagai permukaan kerana bimbang virus Covid-19 yang ada di mana-mana ketika ini.

Bagaimanapun, setiap apa yang disembur pada permukaan pasti ada risikonya dan ia mungkin berbahaya kepada manusia terutama sekali kanak-kanak dan bayi. 

Jadi adakah benar spray gun ini memberi kesan buruk kepada kesihatan dan ia tidak digalakkan digunakan di rumah?

Hati-hati guna spray gun, salah cara bawa mudarat!

Menurut doktor tiada pun yang menghalang atau menggalakkan penggunaan alat ini untuk nyahinfekssi Covid-19 di ruang umum, tetapi jika digunakan ia harus digunakan dengan sangat berhati-hati.

Menurut Dr Izzar, ada banyak jenis alat ini ia termasuklah electrostatic sprayer, fogger, misters, atau vaporizer. Alat-alat ini berfungsi dengan menukar cecair chemical disinfection itu ke bentuk aerosol, lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan itu ventilasi tidak bagus.

Chemical dalam bentuk aerosol ini boleh memudaratkan kulit, mata, atau pernafasan kita sekiranya tidak digunakan dengan sangat berhati-hati.

Boleh buat anak sesak nafas 

spray gun

Kredit: orami

Disebabkan itulah anda perlu pastikan penggunaannya adalah mengikut tatacara yang sepatutnya dan bukan dibuat sewenang-wenangnya terutama sekali di kawasan permainan anak.

Jika electrostatic sprayer atau fogger digunakan :

  • Perlu digunakan oleh orang yang terlatih
  • Menggunakan chemical disinfection yang approved
  • Mengikut arahan pengeluar (keselamatan, penggunaan, contact time)
  • Memakai PPE yang cukup untuk melindungi keselamatan operator, orang sekeliling, dan pengguna bilik lepas tu.
  • Guna dengan sangat berhati-hati jika di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak-anak bermain.

Risiko penggunaan:

  • Pendedahan kepada disinfectant chemical dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan
  • Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak-anak bermain.
  • Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza

Katanya, dalam kebanyakan keadaan, mencuci permukaan dengan sabun atau detergen sudah untuk mengurangkan Covid-19. Jika mahu lebih sikit, nyahinfeksi boleh dibuat dengan kaedah biasa seperti lap dengan cecair, wipes atau disinfectant spray bottles. Ia sudah memadai tu. Walaupun tidak canggih macam spray gun, tetapi ia lagi selamat penggunaannya.

Cara disinfeksi di rumah dengan selamat

spray gun

kredit: aitofirework

Disinfeksi merupakan salah satu kaedah yang boleh mengawal dan mencegah penularan wabak COVID-19, dengan menggunakan teknik dan bancuhan yang betul.

Menurut laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara, Bancuhan disinfeksi adalah 1 bahagian cecair peluntur (mengandungi sekurang-kurangnya 5% kepekatan Sodium Hypochlorite) dan 9 bahagian air paip.

Lakukan disinfeksi di permukaan-permukaan yang kerap disentuh atau mudah tercemar. Setelah selesai, pastikan anda membuang bancuhan disinfeksi dan membilas peralatan dengan air bersih serta dikeringkan.

Alat pelindung diri pakai buang seperti topeng muka dan apron perlulah dibuang.

Selamat jika dibuat dengan cara betul

spray gun

kredit: siraplimau

Menurut Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, proses disinfeksi atau membasmi kuman tidak sukar dan boleh dilakukan sendiri oleh orang ramai dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.

Tidak perlu untuk pening kepala memikirkan kos bagi melakukan proses sanitasi di rumah kerana kita sendiri boleh melakukannya hanya menggunakan cecair peluntur dan dicampurkan dengan air menggunakan sukatan yang ditetapkan.

Bahan kimia hipoklorit yang ada pada cecair peluntur itu sudah cukup untuk membasmi kuman di kawasan-kawasan yang kerap disentuh dan digunakan hanya dengan mengelap seperti tombol pintu, suis lampu, dan tandas.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Bagaimanapun, kerja-kerja disinfeksi itu perlu lebih berfokus dengan mengutamakan kawasan atau bilik yang digunakan untuk kuarantin pesakit Covid-19 selain pakaian mereka juga perlu dicuci berasingan daripada ahli keluarga lain untuk mengelak jangkitan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anda Guna Candy Detergent Di Rumah? Hati-Hati, Ia Boleh Sebabkan Keracunan Teruk!

Baca juga: Pengalaman Bersalin Ibu Positif Covid-19, Dapat Tengok Bayi 2 Saat Saja, 10 Hari Dikuarantin

Baca juga: Waspada Tanda-Tanda Covid-19 Pada Kanak-Kanak, Anak Kecil Perlu Rawatan Rapi Jika Dijangkiti

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Hati-Hati Guna Nano Spray Gun, Terutama Di Kawasan Permainan Anak, Salah Cara Boleh Buat Anak Sesak Nafas!
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham