Stok Makanan 'Wajib' Ibu Mengandung & Menyusu, Bantu Bekal Tenaga Ketika Puasa

Stok makanan wajib untuk ibu menyusu dan mengandung sepanjang puasa Ramadan. Bukan sahaja berkhasiat, makanan ini mampu bekalkan tenaga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan mudah untuk ibu menyusu bayi dan yang sedang mengandung mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan. Jika doktor membenarkan dan ibu berupaya mengerjakannya, boleh teruskan untuk berpuasa. Namun kami cadangkan anda sediakan beberapa jenis stok makanan penambah tenaga ini.

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Stok makanan wajib ada untuk ibu menyusu dan ibu mengandung

Pemilihan makanan ketika sahur serta berbuka amat penting bagi membolehkan tubuh ibu menerima khasiat yang mencukupi dan sekaligus mengelakkan berlakunya sebarang masalah kesihatan.

Stok makanan wajib ada untuk ibu menyusu dan ibu mengandung

1- Kurma

Selain makanan sunnah yang sentiasa ada di rumah terutama waktu puasa Ramadan, kurma juga mengandungi khasiat seperti serat. Ia membantu melancarkan pencernaan. Malah kurma juga mampu menambah tenaga kepada ibu menyusu anak kerana kandungan glukosa yang tinggi.

Mengambil beberapa biji kurma juga membuatkan ibu berasa kenyang. Untuk mereka yang menghadapi masalah diabetes, adalah digalakkan bertanya pendapat daripada doktor anda mengenai kuantiti yang boleh dimakan setiap hari.

2- Oat

Mengandungi nutrisi seperti karbohidrat dalam bentuk kanji, serat larut, lipid, protein, vitamin dan mineral.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dikatakan pengambilan oat juga berupaya mengurangkan paras kolesterol serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Ia juga mengandungi serat yang tinggi membantu ibu untuk kenyang lebih lama.

Makan oat juga boleh mengenyangkan serta membekalkan tenaga dan melancarkan sistem penghadaman.

3- Roti wholemeal

Ia mengandungi serat yang tinggi sekali gus membantu memperlahankan pencernaan makanan. Selain itu, ia juga mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral. Memakan roti wholemeal juga membantu kenyang lebih lama.

4- Telur rebus

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Merupakan salah satu makanan mempunyai kandungan protein yang tinggi selain vitamin dan mineral. Jadi ia boleh membuatkan perut anda kenyang lebih lama.

Selain itu, telur juga memberi kebaikan buat ibu serta perkembangan janin yang sihat.

5- Susu dan yogurt

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu kaya dengan kalsium yang dapat membina tulang dan gigi serta menambah bekalan kalsium dalam badan. Semasa mengandung, berat badan bertambah maka protein dan kalsium daripada susu dapat membantu tisu serta otot yang sihat.

Kebaikan protein daripada susu kepada ibu mengandung seperti pembentukan rahim, penghasilan darah yang baik, payudara bersedia mengeluarkan susu badan, perkembangan bayi jadi sihat selain mengawal paras gula dalam darah dan selera makan.

6- Buah-buahan

Biasa kalau berkunjung ke bazar Ramadan, selalu rambang mata hendak membeli hidangan contohnya kuih. Apa kata tukarkan pembelian kuih ini kepada membeli buah-buahan. 

Buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti buah tembikai, betik dan buah naga memiliki vitamin C membantu supaya ibu-ibu kekal hidrat. Daripada beli air manis, ibu juga boleh mengisar buah menjadi jus untuk berbuka nanti.

7- Sayur-sayuran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak kebaikan dan khasiat yang terdapat di dalam sayur bahkan, ia juga membantu ibu-ibu supaya kenyang lebih lama jika anda sedang berpuasa.

Pengambilan sayuran hijau yang mempunyi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat membuatkan proses penghadaman menjadi perlahan. Ia menjadikan ibu berasa kenyang untuk tempoh yang lebih panjang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perlu Amal Makan Makanan Tambah Darah Merah Jika Anda Ada Simptom-Simptom Ini!

Baca juga: Senarai Makanan Dalam Pantang, 7 Kategori Makanan Yang Boleh & Tak Boleh Diamalkan

Baca juga:  Menu Sarapan Pagi Untuk Ibu Berpantang Yang Sihat & Mudah, Suami Pun Boleh Buat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan