X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

12 Style Rambut Budak Perempuan Yang Ibu Boleh Cuba Untuk Si Puteri

7 min bacaan
12 Style Rambut Budak Perempuan Yang Ibu Boleh Cuba Untuk Si Puteri

Ibu boleh mencuba pelbagai style rambut budak perempuan yang terkini dan pastinya akan membuatkan si kecil anda lebih menawan.

Bila dah dapat anak perempuan ni, golongan ibu pasti akan lebih teruja untuk menggayakan anak mereka dengan pelbagai fesyen, terutamanya jika puterinya dah mula membesar. Tidak hanya dari segi pemakaian ala-ala princess sahaja, ibu juga seronok menggayakan rambut si manja mengikut style rambut budak perempuan yang trending!

Ramai ibu bermain dengan rambut puterinya dengan mencuba pelbagai fesyen rambut budak perempuan bagi memastikan anak nampak lebih comel, cantik dan tentunya kemas. 

Jadi ibu, jika anda sudah buntu style rambut perempuan apa lagi yang boleh dicuba pada anak anda untuk hari-hari mendatang, apa kata anda rujuk perkongsian artikel ini untuk mendapatkan idea yang lebih banyak. 

Selamat mencuba!

Style Rambut Budak Perempuan Yang Trending 2023

Berbeza dengan rambut anak lelaki yang biasanya lebih pendek, simple dan kemas, rambut anak perempuan biasanya panjang dan boleh dikenakan dengan pelbagai gaya. Contohnya layer, bob, poni ala korea, wavy dan banyak lagi, semuanya boleh dicuba oleh ibu bila-bila masa sahaja!

Ketika anak masih kecil dan belum meningkat remaja inilah ibu boleh meluangkan masa bermain dengan rambut puteri anda. Kalau dah besar nanti mungkin agak sukar. Mana tidaknya, anak perempuan anda itu pastinya sudah memiliki cita rasa mereka sendiri, bahkan juga mungkin dah pandai buat bermacam-macam gaya pada rambut mereka tanpa bantuan anda.

Jadi inilah masanya! Selain dapat mengeratkan lagi kasih sayang dengan bermain-main rambut anak, anda juga boleh mengasah skill anda secara tidak langsung.

Jom tengok gaya rambut budak perempuan apa yang anda boleh cuba buat:

#1. Piggy tail

style rambut budak perempuan piggy taik

Piggy tail adalah salah satu style rambut yang paling popular kerana ia mudah disesuaikan untuk jenis apa sahaja rambut sama ada kerinting atau lurus. Malah, gaya ini juga sangat senang dan cepat untuk dilakukan. 

Simple sahaja, anda hanya perlukan dua utas getah dan jika ingin lebih menarik, tambahkanlah reben untuk dipakaikan kepada rambut si manja anda itu.

Memandangkan ia mampu membuatkan anak perempuan anda nampak lebih comel dan kemas, maka gaya ini juga sesuai dikenakan ketika ke pergi sebarang majlis formal.

#2. Pigtails hair bun

style rambut budak perempuan piggytail hair bun

Gaya rambut ini tentunya akan membuatkan anak anda nampak sangat comel. Untuk melakukan fesyen rambut ini, anda perlu memiliki dua klip rambut dan juga getah. 

Caranya mudah juga, bahagikan rambutnya kepada dua secara sama rata. Kemudian, gunakan getah dan ikat rambutnya. Selepas itu, ambil bahagian hujung rambut kemudian pusingkan hingga habis seolah-olah membalutkannya dan gunakan sepit rambut tadi untuk memastikan ia tidak tertanggal semula. 

Buat yang sama untuk bahagian rambut lagi satu dan hias menggunakan reben. 

#3. French braid

Style rambut budak perempuan french braid

Biarpun ia boleh membuatkan wajah si manja anda kelihatan lebih cantik dan comel, ada ibu bapa beranggapan gaya rambut ponytail adalah sesuatu yang boleh mengganggu aktiviti si manja. Kadang-kala anak akan lebih mudah terasa panas dan mudah berpeluh kerana style rambut jenis ini. Lebih-lebih jika cuaca bahang dan panas. 

Lalu, apa kata cuba style ponytail yang lebih advance dengan menjadikan ia lebih bergaya dan kemas?

Style ini dipanggil sebagai French braid. Caranya adalah kumpulkan rambut kepada tiga bahagian kecil.

Kemudian mula melakukan teknik jalinan. Lakukan ini sehingga anda mencapai hujung rambut anak anda dan kemudian ketatkan semula tocang. Akhir sekali gunakan reben atau klip rambut sebagai hiasan.

#4. Tied up braid

style rambut budak perempuan tied up braid

Gaya rambut ini juga sesuai untuk anak yang berambut panjang terutamanya jika dia seorang yang aktif bermain dan memiliki rambut yang mudah kusut.

Caranya adalah dengan membahagikan rambut kepada dua bahagian dan buat tocang pada setiap bahagian tersebut. Kemudian ikat hujung rambut apabila anda selesai mendandan rambut anak anda, dan sambungkannya pada setiap sisi yang berbeza menggunakan pin rambut. 

Style rambut budak perempuan yang ini pastinya akan membuatkan si manja anda kelihatan bergaya dan kemas!

#5. Ballerina bun

style rambut budak perempuan ballerina bun

Ballerina bun sangat sesuai dikenakan kepada anak perempuan yang memiliki rambut panjang dan aktif. Caranya juga sangat mudah, anda cuma perlu ikat, pusing dan sanggulkan sahaja rambut anak itu ala-ala gaya rambut ballerina. Kemudian selamatkan rambut itu dengan menggunakan getah di tengah rambut. Anda juga boleh menyelitkan hujung rambut di bahagian bawah sanggul nanti untuk nampak lebih kemas.

Untuk menjadikannya lebih menawan, tambahkan aksesori seperti reben pada sanggul anak anda.

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

#6. Double french braid

Double french braid style rambut budak perempuan

Selain mudah, gaya rambut ini juga tentunya boleh membuatkan anak anda nampak lebih kemas malah sesuai digunakan untuk pergi ke sekolah.

Mudah sahaja, bahagikan rambut ke dua bahagian, kemudian buat jalinan atau dandan pada rambut anak anda itu dari atas hingga bawah. Ikat hujung rambut anak anda menggunakan getah atau penyepit rambut untuk mengemaskannya. 

#7. Side ponytail

style rambut budak perempuan side ponytail

Rambut anak anda panjang? Jadi, anda juga boleh gayakannya dengan style ponytail ini. Mudah sangat! Anda hanya perlu ikat rambut anak anda di bahagian berhampiran dengan leher. Kemudian, hiaskanlah dengan reben atau sepit rambut kesukaannya. 

#8. Criss-cross braid

style rambut budak perempuan cross-braid

Ini juga satu style baru dan menarik yang anda boleh cuba untuk rambut puteri anda itu. Caranya, bahagikan rambut kepada 4 bahagian atas dan bawah. Ikat dulu di bahagian atas di kedua-dua belah dan buat jalinan dengan kemas. Kemudian, silang rambutnya itu ke arah yang bertentangan dan ikat di bahagian bawah rambut. Tambah aksesori tambahan seperti klip rambut atau reben pada 4 bahagian rambut.

Style Rambut Pendek Budak Perempuan

Kebanyakan gaya di atas tadi lebih sesuai untuk dilakukan jika anak anda memiliki rambut yang panjang. Namun jangan risau, jika rambut si manja anda masih pendek, ada juga gaya yang sesuai dikenakan padanya.

#1. Angled bob

style rambut budak perempuan bob haircut

Rambut anak tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek? Anda boleh cuba style rambut pendek perempuan ini untuk si manja anda.

Gaya rambut yang semakin kedepan semakin panjang ini biasanya akan membuatkan wajah anak anda nampak lebih fresh, menarik dan penampilannya juga kemas. 

Bahkan lebih menarik, gaya ini juga tidak merimaskan anak anda lebih-lebih lagi jika dia seorang yang aktif. 

#2. Half hair bun

half hair bun style rambut budak perempuan

Ikat dan sanggulkan separuh rambut anak anda di bahagian hadapan. Biarkan lebihan rambut yang tidak diikat lepas menyentuh telinga anak anda. 

Nak jadikannya lebih comel? Apa lagi, tambah sahaja penyepit rambut atau reben pada sanggul anak anda itu. 

#3. Tocang dua

style rambut budak perempuan tocang dua

Jangan risau, meskipun masih belum begitu panjang rambutnya, anda juga boleh membuat tocang dua pada rambut anak kesayangan anda itu. Anda hanya perlukan dua utas getah, bahagikan rambutnya secara sama rata dan ikat di bahagian atas di kedua-dua belah. 

#4. Memakaikan cekak, sepit atau reben

style rambut budak perempuan dengan cekak

Jika terlalu pendek dan tidak boleh diikat, maka anda juga mempunyai alternatif untuk mengenakan cekak, sepit atau reben yang cantik dan comel pada rambut anak anda khususnya jika ingin pergi ke acara formal mahupun tidak formal.

Aksesori ini sangat mudah didapati di kedai. Jadi cari sahaja mana-mana yang anda berkenan dan dirasakan sesuai untuk si kecil anda itu.

Cara Ikat Ponytail Budak

Di bawah ini kami kongsikan beberapa video cara ikat tocang budak yang anda boleh cuba rujuk dan guna:

#1

 

#2

#3

#4

 

#5

#6

#7

#8

 

Banyakkan gaya menarik yang boleh anda cuba pada rambut anak anda? Bolehlah buat lepas ini!

Dalam pada itu, ketika usia yang masih kecil, anda mungkin tidak perlu mewarnakan rambut anak anda menggunakan warna rambut perempuan memandangkan dia masih ke sekolah. Hanya gayakan sahaja rambutnya dengan pelbagai gaya yang ada dan buatlah ikut keselesaan anda dan si manja. 

Sumber

Country Living (Apr 20, 2020). 22 Kids Hairstyles That Any Parent Can Master. www.countryliving.com/life/kids-pets/g27613531/easy-kids-hairstyles/

Youtube (n.d). How To Do Ponytails for Kids. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sikat Rambut Bayi Pun Kena Pilih Yang Betul, Ini Antara Yang Terbaik Dan Selamat Untuk Kulit Kepala Si Comel!

Baca juga: Comelnya Cekak Rambut Baby Ni! Ibu, Ini Antara Pilihan Cekak Yang Selesa dan Selamat Dipakai

Baca juga: Ibu Risau Makin Hari, Rambut Bayi Makin Nipis? Sikat Ketika Basah Antara Sebab Rambut Gugur!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Athirah

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • 12 Style Rambut Budak Perempuan Yang Ibu Boleh Cuba Untuk Si Puteri
Kongsikan:
  • Ini Sebab Kemahiran Berfikir Penting Untuk Anak-Anak Capai Kehidupan Yang Lebih Berjaya

    Ini Sebab Kemahiran Berfikir Penting Untuk Anak-Anak Capai Kehidupan Yang Lebih Berjaya

  • Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa

    Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa

  • Mudah & Berkesan, Ini Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Menulis Anak

    Mudah & Berkesan, Ini Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Menulis Anak

  • Ini Sebab Kemahiran Berfikir Penting Untuk Anak-Anak Capai Kehidupan Yang Lebih Berjaya

    Ini Sebab Kemahiran Berfikir Penting Untuk Anak-Anak Capai Kehidupan Yang Lebih Berjaya

  • Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa

    Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa

  • Mudah & Berkesan, Ini Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Menulis Anak

    Mudah & Berkesan, Ini Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Menulis Anak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.