X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Hamil Perlukan Susu Ibu Mengandung Yang Lengkap Dengan Nutrisi Penting, Ini 8 Pilihan Yang Terbaik Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

Susu ibu mengandung sememangnya penting untuk ibu hamil. Usah runsing mencari kerana kami ada senaraikan susu terbaik untuk ibu hamil.

Selain asid folik, susu ibu mengandung sangat penting dalam tempoh seawal kita baru mula hamil. Ibu perlu memastikan mendapat nutrisi yang secukupnya, baik kepada janin mahupun kepada kesihatan ibu itu sendiri.

Memang ada di antara kita yang tidak sukakan susu, namun susu juga adalah sumber penting untuk membekalkan nutrien yang penting seperti Omega 3, Omega 6, Vitamin B6, DHA, EPA dan zat besi.

Lagi-lagi dalam tempoh kehamilan kerana ibu hamil memerlukan kalsium yang tinggi. Iaitu kira-kira 1000-1300 mg kalsium setiap hari.

 Apatah lagi, jika ibu mengalami mual, kurang tenaga dan tidak berselera pada trimester pertama.

Khasiat Susu Untuk Ibu Hamil

susu ibu mengandung

  1. Mencegah Osteoporisis. Osteoporisis adalah penyakit tulang reput yang boleh menyebabkan patah tulang. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko ibu mendapat penyakit osteoporosis, pastikan mengambil cukup makanan yang berkalsium tinggi.
  2. Menguatkan tulang dan gigi. Semasa mengandung, bayi yang sedang berkembang dalam rahim menyerap nutrisi yang banyak dalam tubuh badan ibu. Susu kaya dengan kalsium yang dapat membina tulang dan gigi yang kuat serta dapat menambah bekalan kalsium dalam tubuh. Semasa berbadan dua, berat badan bertambah maka protein dan kalsium dari susu dapat membantu tisu serta otot yang sihat.
  3. Menyokong proses perkembangan janin. Jika tidak mengambil kalsium yang secukupnya, ia boleh membantutkan pembentukan dan tumbesaran tulang dan gigi bayi.
  4. Mengurangkan risiko penyakit diabetes Tahap 2. Doktor menyarankan ibu mengandung mengambil 2-3 cawan setiap hari. 
  5. Meningkatkan IQ Bayi. Kandungan iodine yang terdapat dalam susu membantu merangsang perkembangan otak dan melahirkan anak yang bijak dan cerdas.
  6. Mengelakkan masalah gastrik pada ibu.
  7. Membekalkan air pada badan ibu hamil.
  8. Anak membesar dengan ketinggian yang sihat dan terhindar dari risiko kencing manis apabila dewasa kelak.
  9. Antara kebaikan protein dalam susu seperti pembentukan rahim, penghasilan darah yang baik, payudara bersedia mengeluarkan susu badan, perkembangan bayi jadi sihat dan mengawal paras gula dalam darah serta selera makan.

Pentingnya Pengambilan Susu Ibu Mengandung Dalam Tempoh Kehamilan

Nak dikatakan, memang ramai ibu yang tak suka minum susu, tapi kena juga minum bila sudah tahu diri hamil. Sebenarnya susu ibu mengandung ini perlu diamalkan supaya tubuh ibu mendapat bekalan kalsium yang mencukupi.

Namun begitu, ramai ibu yang baru hamil tidak tahu jenama susu ibu mengandung yang terbaik dan boleh diamalkan sepanjang sembilan bulan kehamilan.

Untuk itu, kami di theAsianparent Malaysia ingin berkongsi jenama susu untuk ibu hamil terbaik buat anda.

8 Susu Ibu Mengandung Yang Anda Boleh Cuba

Memang terdapat banyak pilihan susu ibu mengandung di pasaran yang anda boleh cuba, tapi di sini kami senaraikan 8 susu untuk ibu hamil yang menjadi pilihan dan susu yang sesuai untuk ibu mengandung dengan bajet untuk ibu!

[product-comparison-table title="Susu Ibu Mengandung Terbaik"]

Mama's Choice Almond Milk Booster - Chocolate

Terbaik untuk perkembangan otak bayi seawal kehamilan

 

Nak pastikan ibu menghasilkan susu badan yang banyak, tidak semestinya kena tunggu selepas bersalin baru nak usahakan. Seawal kehamilan lagi ibu sudah boleh mengambil susu Mama's Choice Almond Milk Booster ini. 

Ia merupakan milk booster pertama yang menggabungkan DHA dengan galaktagogue, serbuk susu badam ini membantu ibu meningkatkan penghasilan susu badan dan memperbaiki kualiti susu ibu.

Mama's Choice Almond Milk Powder diperbuat daripada bahan semula jadi yang terbukti secara klinikal meningkatkan penghasilan susu badan sekaligus kualiti susu ibu.

Apa yang kami suka?

  • Dengan fenugreek, ia meningkatkan penghasilan susu ibu
  • Diperkaya dengan DHA, baik untuk perkembangan otak bayi
  • Badam membantu memperbaiki kualiti susu ibu
  • Kurma pula kaya dengan vitamin dan mineral serta meningkatkan hormon oxytocin untuk penghasilan susu ibu
  • Daun katuk meningkatkan hormon prolaktin untuk penghasilan susu

Mama's Choice Almond Milk Booster - RM35.90

product recommendedPilihan editor

dari Mama's Choice

4.9/5
product imageshop now
product imageshop now
Nikmati diskaun 50%!
Promo code:MAMATAP50copy image
product imageBeli di Lazada

Mamil Mama

Terbaik untuk menyokong kesihatan ibu

 

susu ibu hamil

Dumex Mamil Mama ini mempunyai rumusan bagi menyokong kesihatan ibu hamil dan menyusu secara keseluruhan. Malah, susu ibu hamil yang bagus ini boleh menjadi milk booster untuk tambah susu badan.

Mamil Mama ini juga dirumus khas dengan Sistem Nutrisi PreciNutri dan kombinasi prebiotik GOS/ IcFos serta dipatenkan antarabangsa. Lebih menarik lagi, susu ibu mengandung yang bagus ini menyokong kesihatan usus ibu hamil dan memenuhi keperluan pemakanan anak.

Apa yang kami suka?

  • Kurang manis dan berkhasiat
  • Diformulasi dengan sistem Nutrisi PreciNutri  dan kombinasi prebiotik GOS / lcFos dalam nisbah 9: 1
  • Boleh jadikan sebagai milk booster untuk penyusuan

Mamil Mama - RM34

dari Dumex

product imageBeli di Shopee

Enfamama A+

Terbaik untuk menyokong tumbesaran janin

susu untuk ibu mengandung

Susu ini bagus untuk ibu hamil yang berada dalam fasa trimester satu hingga tiga. Susu ini kaya dengan kandungan asid folik yang berfungsi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin. Selain itu, ia mampu mengurangkan risiko kecacatan kongenital.

Ia juga memiliki kandungan kalsium yang tinggi, zat besi, Vitamin B complex dan Vitamin C.

Apa yang kami suka?

  • Jenama yang dipercayai ramai
  • Mengandungi prebiotik baik untuk usus
  • Kaya dengan nutrisi
  • Mengandungi DHA yang tinggi

Enfamama A+ Vanilla - RM64

dari Mead Johnson

5/5
product imageBeli di Shopee

Frisomum Gold

Terbaik untuk membekalkan nutrisi

susu untuk ibu hamil

Susu ini merupakan keluaran Dutch Lady yang diadun khas bagi membekalkan nutrisi dan pemakanan ibu hamil. Ia boleh dikatakan satu susu yang sesuai sebagai susu untuk ibu hamil 0-3 bulan.

Antara khasiat yang terkandung seperti ALA, LA, Nucleotides, asid folik, kalsium dan zat besi. Malah ia juga dapat mengurangkan rasa mual dan menjadikan anda lebih cergas serta produktif.

Apa yang kami suka?

  • Perisa Vanilla
  • Sesuai untuk ibu mengandung yang menjaga badan dan mengekalkan berat seimbang kerana mengandungi Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
  • Mengurangkan masalah sembelit

Frisomum Gold - RM52.90

dari Dutch Lady

product imageBeli di Shopee

Prenagen Mommy

Terbaik pelbagai perisa

susu ibu mengandung

Susu ini sesuai diamalkan bermula dari satu bulan hingga sembilan bulan kehamilan. Apa yang lagi best, susu ini mempunyai perisa susu yang pelbagai seperti coklat, vanila, mocha dan strawberi.

Malah, susu ini merupakan salah satu jenama susu yang kurang gula dan natrium / garam.

Antara lain khasiatnya seperti asid folik, zat besi, protein, kalsium, Vitamin D, magnesium, fosforus, omega 3 dan 6 serta insulin.

Apa yang kami suka?

  • Kurang gula dan natrium/garam
  • Sesuai untuk ibu yang kurang menggemari susu
  • Lengkap dengan nutrien penting

Prenagen Mommy - RM35.90

dari Prenagen

product imageBeli di Shopee

Anmum Materna

Terbaik tanpa gula tambahan

susu ibu mengandung

Anmum Materna dikeluarkan oleh Fernleaf yang dapat menyokong keperluan pemakanan ibu hamil dan membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

Ada ibu yang suka minum Anmum adalah kerana susunya berperisa asli tanpa gula tambahan. Selain rendah lemak.

Khasiat lain yang ada dalam Anmum Materna seperti Gangliosida, Asid lemak, Asid Sialik, Asid folik dan lain-lain.

Apa yang kami suka?

  • Jenama yang terkenal
  • Tiada gula tambahan dan rendah lemak
  • Diperkaya dengan zat besi, folat, kalsium, probiotik, GA & DHA

Anmum Materna - RM34.49

dari Anmum

5/5
product imageBeli di Shopee
product imageBuy from Lazada

Similac Mom

Terbaik untuk perkembangan otak 

Susu Similac ini dirumuas khas bagi memperkuatkan pertumbuhan dan otak semasa awal kehamilan. Malah, ia juga memiliki kandungan lemak yang rendah dan sangat sesuai untuk anda.

Selain daripada itu, Similac Mom juga dirumus dengan sistem nutrisi EyeQ yang dilengkapi dengan Vitamin E dan Lutein Asli bagi mencegah pengoksidaan DHA kerana ia penting bagi pembangunan otak dan pertumbuhan bayi semasa dalam kandungan lagi.

Apa yang kami suka?

  • Susu rendah lemak
  • Dirumus dengan nutrisi EyeQ
  • Memenuhi keperluan nutrisi ibu

Similac Mom - RM29.50

dari Abbott

product imageBeli di Shopee
product imageBuy from Lazada

Karihome Mama Milk

Terbaik sesuai untuk ibu menyusu

Karihome Mama Milk adalah susu kambing untuk ibu hamil yang diformulasikan dengan nutrisi yang lengkap untuk ibu mengandung.  Juga sesuai untuk ibu selepas bersalin. Karihome Mama Milk yang diperbuat dari New Zealand ini berperisa vanila sesuai untuk mengurangkan rasa mual dan membantu pertumbuhan janin dalam rahim membesar dengan sihat.

Apa yang kami suka? 

  • Sesuai untuk ibu menyusu
  • Mengandungi DHA, Vitamin A & E
  • Tinggi dengan kalsium

Karihome Mama Milk - RM53.70

dari Karihome

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Susu Ibu Mengandung

Jenama Harga (RM) Berat
Mama's Choice Almond Milk Booster - Chocolate RM35.90 200g
Mamil Mama RM34.00 600g
Enfamama A+ RM62.60 900g 
Frisomum Gold RM52.88 900g
Prenagen Mommy RM40.50 400g
Anmum Materna RM34.49 650g
Similac Mom RM 33.00 900g
Karihome Mama Milk RM 53.70 400g

Tips Memilih Susu Ibu Mengandung Untuk Ibu Gestational Diabetes Mellitus (GDM)

 

  1. Pilih susu rendah lemak & tinggi protien. Kebiasaannya ibu akan memilih susu lembu tetapi  susu lembu yang rendah lemak adalah pilihan yang tepat.
  2.  Sebaiknya minum susu tanpa gula dan perisa tambahan. Bagi mengelakkan sebarang tinggi gula dalam badan, anda boleh memilih susu jenis ini.
  3. Pilih susu yang kaya kalsium dan vitamin D. Pesakit kencing manis cenderung memiliki struktur tulang yang lemah. Jadi, susu yang tinggi kalsium dan vitamin D boleh membantu menyokong komposisi tulang dengan baik.
  4. Hadkan minum 1 gelas susu untuk ibu mengandung dalam sehari. Susu mengandungi karbohidrat, jadi pengambilan susu yang berlebihan boleh mengumpulkan gula dalam darah. 

Waktu Sesuai Untuk Minum Susu Ibu Mengandung

Anda sekarang sudah mengetahui pentingnya meminum susu ibu hamil dan manfaatnya bagi janin. Sekarang, anda harus mengetahui waktu yang tepat untuk meminum susu mengandung tersebut agar kandungan dan vitamin yang terkandung dapat diserap sempurna oleh tubuh anda.

Waktu terbaik mengambil susu ibu mengandung adalah ketika trimester 1 kerana pada saat ini, perkembangan janin sangat pesat. Minum susu ibu hamil pada trimester awal juga membuat kandungan nutrisi yang anda makan pun akan banyak diserap oleh janin sehingga sangat penting bagi pertumbuhan janin dalam kandungan. 

Ibu hamil yang ingin minum susu, sebaiknya menyesuaikan dengan waktu yang tepat. Menurut pakar perubatan tradisional dari India, Dr. Ashutosh Gautam, mengatakan bahawa ibu hamil yang inginkan tubuh mereka bertenaga perlu meminumnya di pagi hari.

Namun jika anda ingin membuat tidur lebih baik dan meningkatkan memori janin, boleh meminum susu ibu hamil ketika malam hari kerana kandungan susu ibu hamil mengandung asid amino tryptophan iaitu prekursor yang berguna untuk neurotransmitter serotonin. Nah, dari neurotransmitter inilah yang bersifat menenangkan sehingga akan membuat proses tidur anda lebih cepat.

Meminum susu pada waktu malam juga akan membantu meningkatkan penyerapan kalsium sehingga kalsium yang terkandung dapat diserap sempurna oleh tubuh anda. Waktu minum susu ibu hamil sebaiknya dilakukan ketika malam hari sebelum tidur.

Anda boleh minum susu hangat dengan madu sebelum tidur untuk mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik. Selain itu, minum susu ibu hamil pada malam hari juga boleh mempertahankan kadar gula darah yang optimal di malam hari.

Kepentingan Susu Untuk Mengelakkan Sembelit

Produk tenusu boleh menyebabkan sembelit, namun susu berasaskan tumbuhan adalah alternatif yang lebih sihat dan mudah dihadam terutamanya untuk ibu hamil.

Produk tenusu boleh melambatkan transit usus dan menyukarkan untuk mengosongkan kandungannya, terutamanya pada orang yang mengalami intoleransi laktosa.

Atas sebab ini, mengelakkan produk tenusu apabila anda sembelit amat perlu kerana ia juga boleh menyebabkan kesan berbahaya yang lain, seperti kemunculan ekzema, keasidan dan kembung perut atau lendir yang berlebihan.

Susu berasaskan tumbuhan, sebaliknya lebih sihat dan tidak dikaitkan dengan isu kesihatan yang berkaitan dengan susu berasaskan haiwan.

Ia juga membolehkan kita mengekalkan tabiat meminum susu yang baik dengan menggantikannya dengan alternatif berasaskan tumbuhan berbanding langsung tidak meminum susu ketika hamil.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menjelaskan bahawa walaupun susu berasaskan tumbuhan tidak menyebabkan sembelit dan tidak melambatkan transit usus.

Alternatif berasaskan tumbuhan yang paling disyorkan untuk ibu yang mengalami masalah pencernaan ialah susu oat dan susu beras, yang biasanya mengandungi 14% daripada bijirin ini dan, pada tahap yang lebih rendah, susu badam, dengan 4%.

Susu berasaskan tumbuhan yang termasuk kacang juga disyorkan seperti susu beras dan susu kacang hazel kerana ia boleh diterima dengan baik dan mempunyai rasa yang lebih kuat.

Justeru, pilihlah susu mengikut kesesuaian selera anda supaya tubuh dapat menambah kalsium dan protein semasa hamil.

Meskipun ibu mungkin alami mual atau muntah setelah minum susu tapi anda mungkin boleh cuba minum susu yang berperisa supaya gejala itu hilang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu hamil wajib tahu dan minum susu-susu ini jika tak mahu bayi lahir tak cukup zat

Baca juga: Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Baca juga:  Susu Terbaik Untuk Ibu Hamil

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img

Penulis

Nursyamimi

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Ini Rupanya Punca Tompok Hitam Pada Kulit Badan Ketika Hamil, Adakah Akan Hilang?

    Ini Rupanya Punca Tompok Hitam Pada Kulit Badan Ketika Hamil, Adakah Akan Hilang?

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Ini Rupanya Punca Tompok Hitam Pada Kulit Badan Ketika Hamil, Adakah Akan Hilang?

    Ini Rupanya Punca Tompok Hitam Pada Kulit Badan Ketika Hamil, Adakah Akan Hilang?

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.