X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Runsing Hb Sering Rendah? Cuba 6 Makanan Untuk TAMBAH DARAH Ibu Hamil & Elak Anemia!

4 min bacaan
Runsing Hb Sering Rendah? Cuba 6 Makanan Untuk TAMBAH DARAH Ibu Hamil & Elak Anemia!

Ibu hamil selalu alami masalah Hb rendah. Cuba 6 makanan ini untuk tambah darah ibu hamil bagi elakkan anemia yang membahayakan ibu dan kandungan.

Jika duduk di Klinik Kesihatan atau mana-mana klinik yang ibu hamil dapatkan rawatan pemeriksaan setiap bulan antara yang sering menjadi topik perbualan adalah masalah hemoglobin (Hb) rendah dan bagaimana untuk tambah darah ibu hamil akibat perkara itu.

Hemoglobin merupakan molekul protein di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan.

Tambah darah ibu hamil dengan 6 makanan ini

Tambah darah ibu hamil

Kredit: shutterstock

Kadar hemoglobin atau Hb seseorang dapat diketahui dengan melakukan pemeriksaan darah. Terdapat beberapa cara bagi mengukur kandungan hemoglobin dalam darah, kebanyakannya dilakukan secara automatik oleh mesin yang direka khusus untuk membuat beberapa ujian terhadap darah.

Bila baru boleh dikatakan seseorang itu ada Hb rendah? Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan.

Jumlah hemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Sedangkan Hb bagi wanita hamil adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL.

Biasanya jumlah hemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah hemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.

Hb rendah boleh sebabkan risiko kelahiran pramatang

Kepada ibu hamil, sila ambil perhatian kerana anemia boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu hamil yang menghidap anemia sering berasa letih dan lemah.

Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 menjadi alasan utama berlakunya anemia. Bayi di dalam kandungan akan menyerap nutrien yang diambil oleh ibunya.

Oleh yang demikian, ibu hamil perlulah mengambil makanan yang mengandungi zat besi, folat dan vitamin B12 dalan jumlah yang lebih berbanding sebelum hamil untuk mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.

Jika kurang darah, banyak kesan kurang baik. Oleh itu, hindari simptom dan tanda penyakit kurang darah lebih awal.

Makanan tambah darah ibu hamil yang boleh dicuba

Menurut Kementerian Kesihatan, ibu turun darah sebelum minggu ke-20 kandungan. Semasa keguguran, janin atau kandungan di dalam rahim boleh gagal untuk terus hidup.

Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala 20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.

Kali ini kami kongsikan makanan yang dikatakan boleh tambah darah ibu hamil yang dikongsikan ibu-ibu yang pernah mengalam anemia atau Hb rendah ketika hamil:

#1. Jambu batu

“Pengalaman saya makan jambu batu banyak-banyak. Boleh kata setiap harilah saya akan makan jambu batu. Hb masa awal dulu 8 je, tapi lepas 2 minggu makan buah jambu batu hari-hari, naiklah jadi 11.7. Ubat pula saya ambil obimin je. Puan cubalah.. In Shaa Allah, Hb boleh naik.”

#2. Buah naga warna merah

Tambah darah ibu hamil

Kredit: tokopedia

“Makan buah naga kale merah… hb sy selalu 9 lebih je.. bile mkn terus naik ke 12 n last check up 14.4… mmg terkejut…”

#3. Kurma dan kismis

“Makan kurma n kismis, jangan tinggal. Saya mengandung kali ini Alhamdulillah HB okey. Sebelum ni tak pernah cecah 10, Kadang-kadang 9. Sekarang dah 28 weeks preggy.”

Makanan tambah darah yang menepati sunnah ialah kurma. Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.

#4. Buah delima

Tambah darah ibu hamil

Kredit: nona

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

“Sama juga macam Salmah, saya makan kurma banyak-banyak + buah delima. Paling kurang 3 kali seminggu. Memang terbaik.”

Makanan tambah darah yang seterusnya ialah buah delima. Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.

#5. Bayam

“sy makan bayam, bilis goreng,daging, minum susu.. tu je.. naik cpat..”

Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.

#6. Brokoli

Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mmapu melawan penyakit dan jangkitan. Walaupun rasanya tidak sedap, pejam sahaja mata. Bukannya apa, untuk tambah darah juga bukan?

Jadi, ibu hamil yang runsing Hb rendah, anda boleh cuba makan 6 makanan ini ya untuk tambah darah ibu hamil dan elak anemia. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bumbumcak

Baca juga: Ibu hamil ada HB rendah (hemoglobin darah), apa punca dan risiko yang ibu tak tahu?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Runsing Hb Sering Rendah? Cuba 6 Makanan Untuk TAMBAH DARAH Ibu Hamil & Elak Anemia!
Kongsikan:
  • Ibu Hamil HB Rendah? Ini Risiko Yang Ibu Tak Tahu!

    Ibu Hamil HB Rendah? Ini Risiko Yang Ibu Tak Tahu!

  • Ubat Zincofer Buat Saya Pening! Ada Ubat Tambah Darah Lain Yang Selamat Untuk Kehamilan Tak?

    Ubat Zincofer Buat Saya Pening! Ada Ubat Tambah Darah Lain Yang Selamat Untuk Kehamilan Tak?

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Ibu Hamil HB Rendah? Ini Risiko Yang Ibu Tak Tahu!

    Ibu Hamil HB Rendah? Ini Risiko Yang Ibu Tak Tahu!

  • Ubat Zincofer Buat Saya Pening! Ada Ubat Tambah Darah Lain Yang Selamat Untuk Kehamilan Tak?

    Ubat Zincofer Buat Saya Pening! Ada Ubat Tambah Darah Lain Yang Selamat Untuk Kehamilan Tak?

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.