Tanda Hamil 1 Minggu/ Tanda Awal Mengandung Yang Tidak Disadari, Rupanya Dah 'Lekat'!
Tanda hamil 1 minggu atau tanda awal mengandung yang tidak disadari biasanya boleh diperhatikan melalui perubahan dialami oleh tubuh wanita
Kehamilan sering dikenal pasti oleh kebanyakan wanita melalui tanda-tanda mengandung seperti kelewatan haid, loya, atau peningkatan sensitiviti payudara. Namun tidak ramai menyedari tanda hamil 1 minggu kerana ia sering dikelirukan dengan perubahan hormon atau kitaran haid.
Beberapa tanda awal mengandung yang tidak disadari sering kali diabaikan. Minggu pertama adalah masa berlakunya perubahan ketara dalam badan meskipun ketika ini anda dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
Dalam artikel ini kami kongsikan beberapa tanda hamil 1 minggu atau tanda awal mengandung yang tidak disadari, keputihan tanda hamil 1 minggu, sakit pinggang tanda hamil 1 minggu dan penjagaan awal kehamilan.
Isi Kandungan
Tanda Hamil 1 Minggu
Tanda Awal Mengandung Yang Tidak Disadari
Umumnya, gejala kehamilan akan bermula selepas proses persenyawaan berjaya dihasilkan. Meskipun ia terlalu awal untuk mengesahkan kehamilan, namun beberapa gejala ini boleh menjadi tanda hamil 1 minggu.
Mengesan kehamilan boleh menjadi detik penting dalam kehidupan wanita. Walau bagaimanapun, kadangkala tanda-tanda awal kehamilan sukar untuk dikenali, terutamanya pada minggu pertama selepas persenyawaan berlaku.
Berikut adalah beberapa tanda hamil 1 minggu yang boleh anda perhatikan:
1. Kekejangan Perut
Pada minggu pertama kehamilan, sesetengah wanita mungkin mengalami kekejangan perut yang ringan. Ini berlaku sebagai tindak balas kepada perubahan hormon kerana implantasi embrio ke dalam dinding rahim.
Walaupun kekejangan ini biasanya tidak menyakitkan, sesetengah wanita mungkin berasa sedikit ketidakselesaan di bahagian bawah perut.
2. Suhu Badan Meningkat
Tanda awal mengandung yang tidak disadari pada seminggu hamil adalah suhu badan meningkat.
Proses persenyawaan dan implantasi embrio menyebabkan suhu badan basal wanita mungkin meningkat sedikit. Suhu basal badan ialah suhu badan semasa rehat, dan peningkatan ini boleh menjadi tanda awal kehamilan.
3. Mudah Rasa Mengantuk
Tanda hamil seminggu juga biasanya membuatkan anda berasa mudah mengantuk.
Perubahan hormon yang berlaku selepas persenyawaan boleh menyebabkan wanita berasa lebih mengantuk daripada biasa. Mengantuk yang berlebihan pada peringkat awal ini sering dikaitkan dengan peningkatan tahap hormon progesteron.
4. Rasa Berdebar-Debar
Tanda awal hamil adalah rasa berdebar. Sesetengah wanita mungkin merasakan jantung mereka berdegup lebih laju atau berdebar-debar pada minggu pertama kehamilan.
Ini terjadi disebabkan oleh peningkatan aliran darah dalam tubuh untuk menyokong perkembangan terbaru embrio.
5. Sakit Payudara
Salah satu tanda awal mengandung yang tidak disadari seterusnya adalah sakit payudara. Pada minggu pertama kehamilan, payudara anda mungkin terasa lebih besar, lebih berat, atau lebih sensitif daripada biasa.
Perubahan dalam hormon progesteron boleh menyebabkan bengkak dan peningkatan aliran darah ke payudara.
6. Sembelit
Tanda hamil seminggu juga boleh dilihat jika anda mengalami masalah sembelit.
Perubahan hormon yang berlaku semasa awal kehamilan juga boleh menjejaskan sistem pencernaan, menyebabkan sembelit pada sesetengah wanita. Kelewatan dalam pergerakan usus boleh menjadi gejala biasa pada minggu pertama kehamilan.
7. Mabuk Hamil
Walaupun loya dan muntah sering berlaku pada trimester pertama, sesetengah wanita mungkin mula merasakan sensasi mabuk ringan pada minggu pertama kehamilan. Sensasi ini boleh disebabkan oleh perubahan hormon yang cepat dalam badan.
8. Kerap Buang Air Kecil
Selain itu, kerap kencing juga antara tanda hamil seminggu. Ia adalah kerana peningkatan aliran darah ke buah pinggang, yang mula berlaku pada peringkat awal kehamilan.
Anda juga mungkin merasakan keperluan untuk membuang air kecil lebih kerap daripada biasa, walaupun pada minggu pertama kehamilan.
9. Sakit Kepala
Perubahan hormon yang cepat juga boleh menjejaskan peredaran darah, yang menyebabkan sakit kepala pada sesetengah wanita. Tahap hormon progesteron yang tinggi juga boleh menyumbang kepada gejala sakit kepala ini.
10. Pedih Ulu Hati
Peningkatan penghasilan hormon progesteron boleh menyebabkan rasa perut penuh atau pedih ulu hati pada sesetengah wanita. Gejala ini boleh dirasai seperti sensasi terbakar atau ketidakselesaan di kawasan solar plexus.
11. Kekejangan
Tanda awal mengandung seminggu adalah kekejangan perut.
Kekejangan ringan atau ketidakselesaan di bahagian bawah abdomen mungkin berlaku disebabkan oleh implantasi embrio ke dalam dinding rahim. Sensasi ini mungkin disertai dengan keletihan atau ketidakselesaan ringan.
12. Hidung dan Gusi Berdarah
Perubahan hormon yang berlaku semasa awal kehamilan juga boleh menjejaskan saluran darah, menyebabkan hidung atau gusi berdarah ringan pada sesetengah wanita. Ini adalah gejala biasa pada minggu pertama kehamilan.
13. Perubahan Mood
Tanda awal mengandung yang tidak disadari seterusnya adalah perubahan mood.
Perubahan hormon yang pantas boleh menjejaskan mood dan emosi seseorang. Sesetengah wanita mungkin mengalami perasaan cemas, mudah marah, atau kemurungan ringan pada peringkat awal kehamilan.
14. Hidung Tersumbat
Pembengkakan mukosa hidung yang disebabkan oleh perubahan hormon boleh menyebabkan hidung tersumbat pada sesetengah wanita. Gejala ini mungkin terasa seperti selsema biasa.
15. Rasa Logam
Sesetengah wanita mungkin melihat rasa logam di dalam mulut mereka, terutamanya apabila mengambil makanan atau minuman tertentu. Ini adalah simptom biasa yang dikaitkan dengan perubahan hormon pada awal kehamilan.
16. Sensitif Pada Bau
Perubahan hormon juga boleh meningkatkan kepekaan terhadap bau tertentu. Wanita mungkin lebih sensitif terhadap bau makanan, minuman atau bau lain yang biasanya tidak mengganggu mereka.
17. Mengidam
Walaupun ia sering dikaitkan dengan kehamilan pada trimester pertama, sesetengah wanita mungkin mula merasakan keinginan untuk makanan tertentu pada minggu pertama kehamilan.
Ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon atau perubahan keperluan badan.
18. Wajah Berseri
Sesetengah wanita mungkin melaporkan bahawa kulit mereka kelihatan lebih berseri pada awal kehamilan. Perubahan hormon boleh menjejaskan tekstur dan penampilan kulit.
19. Darah Tinggi
Tanda awal mengandung yang tidak disadari seterusnya adalah peningkatan darah.
Peningkatan peredaran darah yang berlaku semasa kehamilan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah pada sesetengah wanita.
Ini adalah gejala penting untuk diperhatikan, terutamanya jika ia disertai dengan gejala lain seperti sakit kepala atau penglihatan kabur.
20. Keputihan
Tanda tanda hamil seminggu adalah keputihan.
Keputihan ringan atau perubahan keputihan mungkin berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku pada peringkat awal kehamilan. Perubahan dalam warna atau konsistensi keputihan juga mungkin berlaku.
21. Sakit Belakang
Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit belakang ringan atau ketidakselesaan pada peringkat awal kehamilan. Ini disebabkan oleh perubahan kedudukan rahim dan penyesuaian badan terhadap perubahan yang berlaku.
22. Kaki Bengkak
Tanda tanda hamil seminggu juga boleh menyebabkan bengkak kaki.
Pengekalan cecair yang berkaitan dengan kehamilan boleh menyebabkan bengkak kaki atau buku lali pada sesetengah wanita. Ini adalah gejala biasa pada trimester pertama.
23. Sesak Nafas
Tanda awal mengandung yang tidak disadari yang lain adalah anda mungkin mengalami sesak nafas.
Peningkatan jumlah darah dan tekanan dalam rongga dada akibat pertumbuhan janin boleh menyebabkan sesak nafas pada sesetengah wanita.
Gejala ini biasanya tidak semestinya muncul sehingga trimester kedua atau ketiga, tetapi sesetengah wanita mungkin menyedarinya pada peringkat awal kehamilan.
Adalah penting untuk diingat bahawa tidak semua wanita mengalami semua tanda hamil 1 minggu ini ini, dan beberapa gejala juga boleh disebabkan oleh faktor lain di luar kehamilan.
Jika anda mengesyaki diri hamil, sebaiknya buat ujian kehamilan dan dapatkan nasihat doktor untuk pengesahan dan rawatan lanjut.
Keputihan Tanda Hamil 1 Minggu
Keputihan pada minggu pertama kehamilan boleh menjadi salah satu tanda awal mengandung yang dialami oleh sesetengah wanita.
Walaupun tidak semua wanita mengalaminya, perubahan dalam keputihan boleh menjadi petunjuk penting bahawa tubuh mengalami perubahan hormon akibat kehamilan.
Ciri-Ciri Keputihan Tanda Hamil 1 Minggu:
- Ketekalan: Keputihan yang dikaitkan dengan kehamilan pada minggu pertama cenderung mempunyai konsistensi yang berbeza daripada keputihan biasa. Kebiasaannya, keputihan ini lebih tebal dan melekit dari biasa.
- Warna: Keputihan awal kehamilan berwarna putih atau sedikit kekuningan. Warna ini mungkin berbeza daripada keputihan biasa wanita, yang mungkin lebih jelas atau putih.
- Kuantiti: Sesetengah wanita mungkin mengalami peningkatan dalam kuantiti keputihan pada minggu pertama kehamilan. Walau bagaimanapun, perubahan ini mungkin tidak ketara dan boleh diabaikan.
- Bau: Keputihan awal kehamilan umumnya tidak mempunyai bau yang kuat atau tidak menyenangkan.
Sakit Pinggang Tanda Hamil 1 Minggu
Bagi sesetengah orang, tanda hamil seminggu juga boleh menyebabkan sakit pinggang. Ini mungkin disebabkan oleh perubahan dalam badan akibat kehamilan baru-baru ini.
Berikut mengapa sakit pinggang tanda hamil 1 minggu:
- Perubahan Hormon: Perubahan hormon boleh membuatkan otot dan ligamen di pinggang menjadi lebih relaks. Ini boleh menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan di kawasan pinggang.
- Implantasi Embrio: Apabila embrio menanam di dalam dinding rahim, ia boleh menyebabkan sedikit kesakitan di kawasan pelvis. Ia biasanya tidak lama.
- Beban Bertambah: Walaupun janin masih sangat kecil, perubahan badan boleh membuatkan pinggang terasa ketat akibat tekanan tambahan rahim yang semakin membesar.
- Perubahan dalam Cecair Badan: Peningkatan pengekalan darah dan cecair badan juga boleh menyebabkan pinggang sakit akibat tekanan tambahan.
Ciri-Ciri Perut Hamil 1 Minggu
Biasanya ciri-ciri perut hamil 1 minggu tidak terlalu tegang. Pada usia kehamilan ini, rahim telah mula berkembang dan meregang.
Bukan itu sahaja, perut akan terlihat lebih kecil ketika anda tidur, mudah rasa kejang apabila dipegang dan perut hamil 1 minggu terasa seolah-olah kembung.
Ciri-Ciri Orang Hamil Dari Raut Wajah
Perubahan pada kulit atau ekspresi muka orang hamil adalah perkara biasa. Namun perubahan ekspresi muka pada orang hamil juga mungkin berbeza dalam setiap tempoh kehamilan. Berikut adalah ciri-ciri orang hamil dari raut wajah:
- Muncul bintik hitam: Bintik hitam sebenarnya adalah masalah kulit biasa. Dalam perubatan, bintik-bintik gelap pada muka semasa mengandung dipanggil melasma dan chloasma. Ibu muda hamil biasanya akan menyedari bintik ini muncul di bahagian dahi, pipi, hidung serta bibir.
- Jerawat: Peningkatan hormon mendorong pengeluaran minyak di wajah dan mencetuskan jerawat. Kebiasaannya, jerawat semasa mengandung agak degil sebab tahan lebih lama dari biasa. Malah, wanita dalam lingkungan 20-30an mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jerawat semasa hamil.
Tanda Hamil Dilihat Dari Mata
#1. Mata menjadi sembap
Keadaan mata sembab tidak dirasai oleh semua wanita hamil. Umumnya, keadaan ini berlaku kerana pembengkakan saluran darah muka.
Keletihan juga boleh menyebabkan mata anda sembab semasa hamil. Biasanya, ciri ini dilihat pada trimester pertama kehamilan.
#2. Bulu mata dan kening gugur
Keadaan ini berlaku kerana kekurangan protein dan vitamin. Di samping itu, kehilangan bulu mata dan kening pada ibu hamil juga dikaitkan dengan gangguan tiroid yang tidak stabil.
Tanda Kehamilan 1 minggu Setelah Berhubungan
Proses kehamilan boleh dianggap sesuatu yang agak misteri kerana tiada siapa yang akan tahu bila ia berlaku. Namun ibu mungkin dapat merasai beberapa tanda kehamilan 1 minggu setelah berhubungan dengan suami.
Dalam hal ini jangan ingat bahawa kerap melakukan hubungan seks dapat menjamin proses kehamilan berlaku. Bagi anda yang tengah menantikan cahaya mata, ada beberapa info menarik yang perlu diketahui.
Menurut Healthline, telur dan sperma boleh bertemu dalam beberapa minit hingga 12 jam selepas ejakulasi dilakukan.
Persenyawaan berlaku apabila telur dan sperma bertemu dalam tiub fallopio. Untuk menjayakannya, wanita mestilah berada dalam tempoh subur. Proses ini menunjukkan bahawa persenyawaan telah mencapai ovulasi.
Jurnal Communicative Integrative Biology menjelaskan terdapat 280 juta sel sperma yang dikeluarkan semasa proses ejakulasi. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa hanya sebahagian kecil sahaja yang boleh ditangkap oleh telur.
Implantasi mungkin berlaku sejurus 5 hari selepas ovulasi. Medical News Today menjelaskan ibu yang merancang untuk hamil biasanya akan lebih sensitif dengan perubahan badan dan tanda kehamilan 1 minggu setelah berhubungan.
Antara tanda kehamilan 1 minggu setelah berhubungan ialah:
- Peningkatan suhu tubuh: Suhu tubuh normal seorang wanita biasanya berada antara 35.5-36°C. Saat tubuh mempersiapkan kehamilan, hormon progesteron akan memicu kenaikan suhu tubuh ±0,5°C secara konsisten hingga waktu menstruasi berikutnya. Jika ia terus menerus lebih tinggi dari biasanya sehingga waktu menstruasi, besar kemungkinan anda sedang hamil.
- Mengalami gejala tidak sedap badan atau terasa ingin demam: Beberapa wanita yang merasakan perubahan ini kadang tidak sadar diri mereka tengah hamil, sesetengahnya mengalami selesema dan badan masuk angin.
Walau bagaimanapun, dalam tempoh ini, anda tidak digalakkan untuk menyemak kandungan dengan ujian kehamilan. Kerana keputusan masih tidak tepat.
Semoga bermanfaat!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tanda Hamil Yang Paling Ketara, Tak Sampai Satu Bulan Dah Boleh Nampak
Baca juga: Selain Suka Makanan Manis, Ini 11 Tanda Hamil Anak Perempuan Sering Dialami Ibu!