14 tanda anda hamil anak lelaki menurut Islam, ibu pasti akan lebih teruja!

Jom semak tanda-tanda ini sekiranya anda impikan bayi lelaki.

Pertama kali merasa gerakan bayi dalam perut, pasti ibu akan rasa teruja dan tak sabar menanti kelahiran cahaya mata, kan? Terutamanya apabila sudah masuk trimester kedua. Pasti anda teringin nak tahu jantina bayi. Apa agaknya tanda hamil anak lelaki menurut Islam?

Malah makin ramai juga orang-orang kampung yang sibuk tanya "bayi lelaki ke perempuan"? atau "nampak bird bird atau nampak burger?". Bunyi macam kelakar tapi itulah hakikat anda harus hadapi apabila bakal bergelar mak-mak.

Namun, tanda hamil anak lelaki menurut Islam ini ada banyak versi yang boleh dipercayai dan ada betulnya. Iyelah, zaman dulu kita tak secanggih kini di mana terdapatnya ultrasound yang mudah untuk ibu melihat jantina anak.

tanda hamil anak lelaki menurut islam, tanda-tanda hamil, tanda hamil anak lelaki, datang haid tanda hamil, tanda ibu hamil anak lelaki

14 tanda hamil anak lelaki menurut Islam

Sekiranya anda mengetahui jantina bayi, setidaknya ia membantu untuk membuat persiapan dari segi pakaian dan keperluan anak. Ada ketikanya, kita tidak boleh percaya pada ultrasound 100%, kerana berkemungkinan ia tidak tepat.

Seperti bila scan nampak lelaki tapi bila keluar jantina perempuan pula. Alahai kesian ibu.

Tapi tak mengapa, lelaki atau perempuan sama sahaja, asalkan anak sihat dan cukup sifat. Itu sudah cukup membahagiakan kedua-dua ibu bapa.

Akan tetapi, tanda hamil anak lelaki menurut Islam ada beberapa yang boleh dijadikan panduan buat anda, seperti: 

tanda hamil anak lelaki menurut islam, tanda-tanda hamil, tanda hamil anak lelaki, datang haid tanda hamil, tanda ibu hamil anak lelaki

  • Ibu yang sedang mengandung mengalami degupan jantung kurang dari 140 beat/minit. 

  • Bahagian perut ibu mengandung akan lebih menonjol atau tajam ke hadapan. 

  • Perut ibu hamil pada bahagian bawah akan kelihatan membesar. 

tanda hamil anak lelaki menurut islam, tanda-tanda hamil, tanda hamil anak lelaki, datang haid tanda hamil, tanda ibu hamil anak lelaki

  • Kulit ibu akan sedikit gelap, kusam. Malah ada juga sebilangannya ditumbuhi jerawat-jerawat kecil. Tapi ia akan hilang selepas bersalin. Jangan risau!

  • Tidak mengalami morning sickness. Tapi mungkin ada cuma tidak berat

  • Ibu lebih menggemari makanan masin dan protein seperti keju dan daging. 

  • Kulit ibu akan kelihatan kering. 

tanda hamil anak lelaki menurut islam, tanda-tanda hamil, tanda hamil anak lelaki, datang haid tanda hamil, tanda ibu hamil anak lelaki

  • Wajah lebih berseri-seri

  • Rambut lebih lebat dan berkilat sepanjang kehamilan 

  • Hidung kelihatan lebih kembang 

  • Payudara kanan lebih besar dari kiri 

  • Sakit kepala sering menyerang ibu mengandung 

  • Bayi lebih suka pergi ke arah sebelah kanan dalam perut ibu. 

  • Garisan hitam pada perut ibu dari bawah ke atas nampak gelap dan tak putus. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Sumber rujukan: Zuriat , Sirap limau, Headlinenews
 
Baca juga: