Tanda- Tanda Autisme Pada Bayi, Ciri-Ciri & Simptom Awal Yang Ibu Ayah Perlu Alert!

Sekiranya ibu ayah perasan tanda tanda autisme pada bayi seperti perubahan tingkah laku atau lambat bercakap, segera dapatkan penilaian awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak ibu ayah rasa macam ada sesuatu yang tak kena pada si kecil? Kadangkala, tanda tanda autisme pada bayi mungkin sukar dikenalpasti. Namun, dengan mengesan lebih awal ibu ayah boleh membantu anak membesar dengan lebih baik.

Apakah Tanda-Tanda Awal Autisme Yang Perlu Saya Ketahui?

Tanda-tanda autisme mungkin tidak begitu jelas pada usia awal, tetapi terdapat beberapa petunjuk yang boleh anda perhatikan:

  • Kurang tindak balas kepada nama walaupun selepas berulang kali dipanggil.
  • Tiada senyuman atau ekspresi kegembiraan pada usia 6 bulan ke atas.
  • Tidak mencapai milestone perkembangan seperti merangkak, mengangkat kepala atau berjalan pada usia yang dijangka.
  • Kurang hubungan mata dan tidak menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan orang sekeliling.
  • Jika anda perasan mana-mana tanda ini, dapatkan nasihat doktor untuk penilaian lanjut.

Apakah Ciri-Ciri Autisme?

Autisme memberi kesan kepada beberapa aspek perkembangan kanak-kanak. Berikut adalah ciri-ciri utama tanda tanda autisme pada bayi yang sering dikenal pasti.

Kemahiran Sosial

  • Sukar untuk membentuk hubungan dengan orang lain, termasuk ibu bapa dan adik-beradik.
  • Tidak menunjukkan minat untuk bermain bersama rakan sebaya.
  • Tidak memahami perasaan atau emosi orang lain.

Kemahiran Komunikasi

  • Lambat bercakap atau langsung tidak bercakap.
  • Sukar memahami bahasa isyarat atau nada suara.
  • Mengulang-ulang perkataan atau frasa tanpa konteks jelas (echolalia).

Minat Dan Kelakuan Yang Aneh

  • Terlalu fokus pada objek tertentu seperti roda mainan yang berpusing.
  • Suka melakukan pergerakan berulang seperti melompat atau menggoyang badan.
  • Menunjukkan ketahanan terhadap perubahan dalam rutin harian.

Simptom Lain Yang Boleh Dialami Oleh Kanak-Kanak Autisme

Selain masalah sosial dan komunikasi, kanak-kanak dengan autisme juga mungkin dengan:

  • Sangat sensitif terhadap bunyi, cahaya, atau sentuhan.
  • Mempunyai tabiat makan yang pelik, seperti hanya makan makanan tertentu.
  • Mengalami masalah tidur, seperti sukar tidur atau bangun terlalu awal.

Bagaimana Doktor Mengesahkan Penyakit Autisme?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Penilaian perkembangan: Doktor akan bertanya tentang milestone perkembangan bayi anda, seperti keupayaan bercakap atau bermain.
  • Pemeriksaan tingkah laku: Pakar akan memerhatikan interaksi sosial dan komunikasi kanak-kanak.
  • Penggunaan alat penilaian khas: Seperti M-CHAT (Modified Checklist for Autism in Toddlers) untuk mengenal pasti risiko ASD.
  • Rujuk Pakar: Jika perlu, bayi anda mungkin dirujuk kepada pakar neurologi atau psikiatri kanak-kanak.

Kesedaran awal tentang tanda tanda autisme pada bayi adalah langkah penting bagi ibu bapa untuk memberikan intervensi yang sesuai dan menyokong perkembangan anak dengan lebih baik.

Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai perkembangan anak anda, segera berjumpa dengan pakar kesihatan untuk mendapatkan panduan dan sokongan yang tepat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tindakan awal boleh membawa perubahan besar dalam kehidupan anak anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 60 Ciri Ciri Autism/ Tanda Autism, Ibu Sila Perhati Jika Ada Kelainan Dalam Perkembangan Anak

Baca juga: Autisme ‘Vs’ Anak Lambat Bercakap (Speech delay)

Baca juga: Tiga Tahap Autism Yang Perlu Difahami, Bantu Ibu Ayah Dapatkan Rawatan Terbaik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah