TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tanda Tanda Depression, Ujian Saringan & Cara Berkesan Mengatasinya

4 min bacaan
Tanda Tanda Depression, Ujian Saringan & Cara Berkesan Mengatasinya

Tanda tanda depression dapat dilihat melalui perubahan ketara seperti rasa sedih yang berpanjangan, keletihan melampau dan tidur berlebihan.

Pernahkah anda merasakan dunia seakan gelap, semuanya serba tak kena dan semangat makin hilang hari demi hari? Kadang-kadang, kita tak sedar itu mungkin lebih dari sekadar keletihan atau tekanan biasa yang mungkin tanda-tanda depression. Ia sering datang secara perlahan tanpa kita sedari.

Penting untuk mengenalinya lebih awal agar anda tidak terus terperangkap dalam kegelapan tanpa bantuan.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Kemurungan?
  • Punca Depression
  • Tanda Depression Dan Gejala Kemurungan Yang Anda Perlu Tahu
  • Ujian MyMinda
  • Cara Mengatasi Kemurungan

Apa Itu Kemurungan?

Kemurungan bukan sekadar rasa sedih biasa. Ia adalah penyakit mental yang menyebabkan:

  • Perasaan sedih atau putus asa berterusan.
  • Hilang minat atau keseronokan dalam aktiviti harian.
  • Cepat letih, sukar tidur atau terlalu banyak tidur.
  • Perubahan berat badan yang ketara.
  • Pemikiran untuk mencederakan diri atau bunuh diri.

Kemurungan juga boleh menjejaskan hubungan sosial, prestasi kerja dan kualiti hidup seseorang jika tidak dirawat dengan segera.

Punca Depression

Kemurungan sering kali berpunca daripada gabungan beberapa faktor. Antara punca yang boleh menyumbang kepada masalah ini termasuk:

1. Perubahan Kimia Dalam Otak

Ketidakseimbangan bahan kimia otak seperti serotonin dan norepinephrine boleh mempengaruhi mood seseorang menjadikannya lebih mudah terdedah kepada kemurungan.

2. Faktor Genetik

Individu yang mempunyai sejarah keluarga dengan masalah kemurungan mungkin mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalaminya.

3. Trauma Atau Kekurangan Sokongan Sosial

Kehilangan orang tersayang, penceraian, atau masalah kewangan tanpa sokongan emosi boleh mencetuskan kemurungan.

4. Pengaruh Ubat-Ubatan

Sesetengah ubat, seperti ubat darah tinggi, boleh menyebabkan simptom kemurungan yang biasanya hilang selepas ubat dihentikan.

5. Penyakit Fizikal

Masalah kesihatan seperti gangguan fungsi tiroid (hypothyroidism), penyakit kronik atau keadaan kesihatan lain boleh meningkatkan risiko kemurungan.

6. Corak Pemikiran Negatif

Cara seseorang melihat dirinya, persekitaran dan kehidupannya secara keseluruhan boleh mempengaruhi kesihatan mental.

Individu yang sering berfikiran negatif atau pesimis lebih cenderung mengalami kemurungan.

7. Penyalahgunaan Bahan Terlarang

Ketagihan terhadap alkohol atau dadah bukan sahaja boleh menyebabkan kemurungan tetapi juga memburukkan lagi simptomnya.

8. Kehilangan Orang Tersayang

Kematian atau perpisahan dengan individu penting dalam kehidupan boleh mencetuskan episod kemurungan yang serius.

Perubahan Hormonal Selepas Melahirkan Anak

Wanita yang baru melahirkan anak mungkin mengalami postpartum depression iaitu kemurungan yang berlaku akibat perubahan hormon selepas bersalin.

Tanda Depression Dan Gejala Kemurungan Yang Anda Perlu Tahu

Antara tanda-tanda kemurungan yang perlu diperhatikan:

  • Rasa sedih atau kekosongan berpanjangan.
  • Kehilangan minat terhadap perkara yang sebelum ini menggembirakan.
  • Kesukaran memberi tumpuan atau membuat keputusan.
  • Gangguan tidur, sama ada insomnia atau tidur berlebihan.
  • Fikiran untuk mencederakan diri atau bunuh diri.
  • Kehilangan tenaga dan rasa letih melampau.
  • Rsa putus asa atau tidak berharga
  • Rasa bersalah yang berlebihan.
  • Hilang selera makan dan berat badan turun mendadak.
  • Sakit kepala, gangguan pencernaan

Ujian MyMinda

Bermula 22 Oktober 2023, aplikasi MySejahtera telah menambah modul baharu iaitu MyMinda, yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan saringan kesihatan mental.

1. Fungsi Utama MyMinda

  • Saringan kesihatan mental menggunakan instrumen PHQ9 & GAD7.
  • Memberikan maklumat psiko-pendidikan dan akses kepada talian bantuan psikososial.

2. Proses Saringan

  • Saringan boleh dilakukan secara kendiri dengan mudah melalui aplikasi.
  • Hasil saringan akan dihantar ke Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (KKM) untuk tindakan susulan oleh kaunselor terlatih.

Cara Mengatasi Kemurungan

Meskipun kemurungan boleh kelihatan seperti masalah yang tidak berpenghujung, terdapat pelbagai cara untuk menanganinya:

  • Rawatan Perubatan
    Mengambil ubat-ubatan seperti anti-depressant mengikut nasihat doktor sangat penting. Lebih daripada 80% pesakit menunjukkan pemulihan positif dengan rawatan yang konsisten.

  • Psikoterapi dan Kaunseling
    Terapi seperti Cognitive Behavioral Therapy (CBT) boleh membantu anda mengubah corak pemikiran negatif dan memperbaiki cara menghadapi tekanan.

  • Amalan Gaya Hidup Sihat
    Aktiviti fizikal seperti bersenam, pemakanan seimbang dan tidur yang mencukupi adalah asas penting untuk kesihatan mental yang lebih baik.

  • Aktiviti Sosial atau Keagamaan
    Sertai kumpulan sokongan, program komuniti atau kegiatan keagamaan untuk mendapatkan rasa kebersamaan dan sokongan emosi.

  • Pengurusan Rutin Harian
    Atur jadual harian dengan memberi fokus kepada perkara yang penting. Ini dapat membantu mengurangkan tekanan dan memberikan rasa kawalan dalam hidup.

    Stories Rakan Kongsi
    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
    Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
    Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
    Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
    ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
    ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Kemurungan bukan tanda kelemahan. Jika anda atau seseorang yang dikenali sedang menghadapinya, jangan segan untuk mendapatkan sokongan.

Rawatan dan sokongan yang betul mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Kalau Anak Selalu Bad Mood, Mungkin Tanda Anak Stres, Ibu Ayah Kena Pantau SEGERA!

Baca juga: Penyebab Baby Blues Selepas Bersalin Buatkan Ibu Kurang Happy & Stres Ada Anak

Baca juga: Apa Itu Murung Dalam Senyum? Tanda-Tanda Kemurungan Orang Sering Abaikan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Tanda Tanda Depression, Ujian Saringan & Cara Berkesan Mengatasinya
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham