TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Umur 7 Tahun Dah Pandai Tebar Roti Canai, Bukan Sikit, 50 Keping Pula Tu Sehari!

14 Jan, 2022
Umur 7 Tahun Dah Pandai Tebar Roti Canai, Bukan Sikit, 50 Keping Pula Tu Sehari!

Kecil-kecil lagi dah pandai tebar roti canai. Hebat betul adik cilik seorang ni. Bukan sekeping dua, tapi 50 keping sehari ya!

Kecil-kecil cili padi bak kata orang. Usianya baru 7 tahun, tapi sudah pandai tebar roti canai! Malah bukan sekeping dua ya, 50 keping dia boleh tebar dalam sehari.

Hebat betul adik ini. Menerusi laporan sebuat portal, kelihatan kanak-kanak cilik ini menebar roti canai di gerai ayahnya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia pandai dan mahir membuat roti canai seperti sudah lama membuatnya.

Tebar roti canai 50 keping sehari

Kanak-kanak ini dilaporkan  belajar menebar roti canai dengan ibu dan ayahnya tiga bulan yang lalu. Kini dia sudah mampu menebar 50 hingga 60 keping roti canai dalam masa sehari.

Ramai yang kagum dengan kemahiran anak kecil ini kerana bukan semua orang boleh menebar roti canai, perlu juga kemahiran untuk berbuat demikian.

Adik ini juga dikatakan bercita-cita untuk memiliki restoran sendiri apabila dewasa kelak mungkin ingin meneruskan legasi ayahnya yang memang membuka restoran sendiri.

Kemahiran asas yang penting diajar pada anak

Anak perlu memiliki kemahiran asas penting untuk mereka meneruskan hidup. Ini penting untuk mereka, sekiranya apa-apa berlaku dan mereka terpaksa teruskan kehidupan berdikari. Jadi apakah kemahiran yang boleh diajar kepada anak?

#1. Memasak

Untuk ajar anak memasak, ibu bapa perlu melibatkan anak secara aktif ketika anda membeli barang dapur dan sebagainya. Beri peluang untuk anak anda kenal barang dapur.

Ajar juga anak mengenai bahaya di dapur dan sebagainya. Biar dia buat yang senang-senang saja. Janganlah sampai nak dia jadi level yang tinggi atau mahir sangat.

Dia sudah tahu asas pun boleh cukup bersyukur dan pastikan kena dengan peringkat umurnya.

#2. Cuci baju

Apabila anak masuk universiti atau kolej nanti, pasti mereka kena cuci pakaian sendiri bukan? Takkan tak cuci langsung! Sebab itu ibu bapa boleh mengajar anak untuk mencuci baju seawal 6 tahun.

Ajarkan anak langkah demi langkah bagaimana untuk menggunakan mesin basuh dan sebagainya. Anak kecil ini adalah individu yang penuh rasa ingin tahu.

Jadi mereka memang akan suka jika anda ajar mereka kemahiran baharu.

#3. Cuci pinggan, kemas meja makan

Tebar roti canai

Cuci pinggan tidak kira lelaki atau perempuan, pastikan anak anda ada kemahiran ini. Pada usia kecil ini mereka mungkin akan cuci tidak sempurna.

Tidak mengapa. practice makes perfect. Semakin mereka membesar, kemahiran ini akan dikuasai dengan semakin baik dari semasa ke semasa. 

Jadi jangan terlalu rigid mahu anak basuh pinggan sama bersih seperti anda. 

#4. Kemas bilik sendiri

Tebar roti canai

Kemas bilik sendiri dan tempat tidur sendiri. Ini adalah kemahiran yang perlu anda pastikan anak anda pandai. Bukanlah nak kemas macam bilik hotel, tetapi rapikanlah katil selepas bangun tidur dan sebagainya.

Ia akan membentuk diri anak-anak ini juga bila mereka meningkat dewasa nanti. Sangat penting untuk ajar mereka uruskan diri sendiri. 

#5. Sidai dan lipat kain

Tak kira lelaki atau perempuan, anak perlu ada kemahiran ini. Lipat kain masing-masing. Ketika dia masih 7-8 tahun ini memanglah belum berapa cantik lipatannya. 

Namun, ia akan mengajar mereka bagaimana untuk melipat baju dengan cara yang betul. Jadi, pastikan anda ajar anak anda cara lipat baju dan sidai kain.

Ini adalah kemahiran asas yang perlu mereka tahu dan kuasai walaupun masih pada usia muda sebegini. 

#6. Uruskan wang

Stories Rakan Kongsi
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
Vitamins and supplements you need during pregnancy
Vitamins and supplements you need during pregnancy
Immunity, The Outdoors & Resilience: How They All Work Together
Immunity, The Outdoors & Resilience: How They All Work Together
Tebar roti canai

Kredit: Ana Suhana

Ini pun penting. Wang antara keperluan hidup yang kita semua perlukan. Jadi mestilah bijak mengurus wang. Jadi perlu pastikan anak anda tahu mengguna dan menguruskan wang.

Jangan ingat mereka kecil anda tak perlu ajar, ajar anak cara gunakan wang dan cara mengira. Ajar mereka kena not duit kertas bagi pastikan mereka mengenali duit ‘not’ RM.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 kemahiran hidup penting yang ibu bapa wajib ajar pada anak!

Baca juga: Pentingnya Ajar Anak Melompat, Ada Kaitan Dengan Kemahiran Membaca & Menulis

Baca juga: Kembangkan Kemahiran Anak Dengan Main Air, Bagus Untuk Kanak-Kanak Prasekolah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Umur 7 Tahun Dah Pandai Tebar Roti Canai, Bukan Sikit, 50 Keping Pula Tu Sehari!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham