X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

10 Tempat Menarik Di Tapah Perak Untuk Percutian Singkat Yang Santai Dan Berbaloi Bersama Keluarga

5 min bacaan
10 Tempat Menarik Di Tapah Perak Untuk Percutian Singkat Yang Santai Dan Berbaloi Bersama Keluarga

Tempat menarik di Tapah yang sesuai untuk percutian keluarga seperti Lata Kinjang, Air Terjun Kuala Who, Lata Kinjang dan banyak lagi.

Tempat menarik di Tapah adalah destinasi percutian yang ramai tidak tahu. Terletak di negeri Perak, bandar Tapah sering dijadikan persinggahan bagi pengunjung yang dalam perjalanan ke Cameron Highlands.

Jadi kalau anda sedang mencari idea percutian singkat yang tenang dan tidak terlalu sesak, jom terokai tempat menarik di Tapah yang pasti berbaloi untuk dikunjungi bersama anak-anak dan insan tersayang.

10 Tempat Menarik Di Tapah Perak

1. Air Terjun Kuala Woh

Terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Tapah, Air Terjun Kuala Woh adalah destinasi semula jadi yang popular dalam kalangan penduduk tempatan.

Ia menawarkan kawasan sungai yang jernih, tempat mandi yang selamat untuk kanak-kanak dan kawasan berkelah yang luas.

Menariknya, kawasan ini turut mempunyai sumber air panas semula jadi yang muncul di celah batu! Sambil anak bermain air, ibu ayah boleh merehatkan kaki di kolam air panas. Seronok kan?

Lokasi: Jalan Pahang, Tapah
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pagi – 6.00 petang
Bayaran masuk: Percuma

2. Tapah Riverfront

Kalau anda suka lokasi santai yang instagrammable, Tapah Riverfront adalah tempat yang wajib dikunjungi. Kawasan ini dihiasi dengan mural cantik, laluan pejalan kaki yang kemas serta ruang riadah untuk seisi keluarga.

Waktu petang adalah masa paling sesuai untuk ke sini kerana cuaca lebih redup dan ada gerai makanan tempatan yang dibuka. Sesuai juga untuk bawa anak-anak beriadah sambil hirup udara segar.

3. Lata Kinjang

Kalau anda memandu dari arah utara ke selatan melalui PLUS Highway, pasti pernah ternampak air terjun tinggi di tepi jalan, itulah Lata Kinjang! Ia merupakan salah satu air terjun tertinggi di Asia Tenggara dan sangat popular dalam kalangan pelancong.

Terdapat jambatan gantung, taman mini serta tempat mandi yang sesuai untuk anak-anak. Untuk pengalaman yang lebih menarik, anda boleh panjat tangga ke tingkat atas air terjun sambil menikmati pemandangan hutan yang menghijau.

Lokasi: Chenderiang, Tapah
Waktu operasi: Setiap hari
Bayaran masuk: RM2 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)

4. Taman Rekreasi Gunung Besout

Bagi keluarga yang sukakan aktiviti lasak ringan, Taman Rekreasi Gunung Besout menawarkan laluan mendaki yang sesuai untuk pemula.

Walaupun tidak terlalu mencabar, trek ini tetap memberi pengalaman menyeronokkan sambil dikelilingi alam semula jadi.

Sampai di puncak, anda boleh menikmati pemandangan hutan serta kawasan ladang yang menghijau. Sangat sesuai untuk terapi minda dan bonding time sekeluarga.

5. Kampung Orang Asli Batu 14

Satu lagi tarikan unik di Tapah ialah Kampung Orang Asli Batu 14. Di sini, pengunjung berpeluang melihat sendiri gaya hidup masyarakat Orang Asli yang masih mengekalkan adat tradisional mereka.

Selain itu, anda juga boleh mencuba hasil kraftangan buatan tangan dan makanan tradisional yang dijual oleh penduduk kampung.

Satu pengalaman baru untuk anak-anak belajar menghargai budaya tempatan.

6. Perkampungan Slim River

Walaupun Slim River lebih dekat dengan sempadan Tapah, ia tetap menjadi pilihan pengunjung yang mahukan suasana kampung yang damai. Anda boleh singgah di gerai-gerai makanan, ladang buah dan melihat kehijauan sawah padi.

Lokasi ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berehat dari kesibukan bandar dan mendekati alam.

7. Batu Puteh

Bagi yang sukakan cabaran, Batu Puteh adalah destinasi yang agak tersembunyi tapi sangat berbaloi untuk diteroka. Ia terletak berhampiran kampung Orang Asli dan memerlukan sedikit pendakian ringan untuk sampai ke lokasi.

Air terjun di sini sangat jernih dan suasananya tenang, sesuai untuk aktiviti mandi manda, berkelah atau sesi fotografi outdoor.

8. Kolam Air Panas Sungai Klah (berdekatan Tapah)

Walaupun terletak sedikit di luar Tapah (kira-kira 30 minit), Kolam Air Panas Sungai Klah tetap menjadi tumpuan ramai dari kawasan Tapah. Ia mempunyai pelbagai kolam, daripada kolam air panas keluarga sehingga kolam VIP dan spa.

Air panas di sini mengandungi kandungan mineral yang dipercayai baik untuk kesihatan kulit dan sendi. Sesuai sangat untuk ibu ayah yang nak relaks sambil anak-anak bermain air.

9. Pekan Tapah

Selepas penat berjalan, anda boleh singgah ke pekan Tapah untuk mencuba pelbagai makanan tempatan seperti mi rebus Tapah, laksa Perak, roti canai banjir, serta kuih-muih tradisional.

Tapah juga terkenal dengan buah-buahan segar seperti durian dan manggis terutamanya ketika musim. Jangan lupa singgah pasar pagi atau pasar malam di sini!

10. Ladang Teh Bharat

Kalau anda nak sambung perjalanan ke Cameron Highlands dari Tapah, bolehlah singgah sebentar di Ladang Teh Bharat. Walaupun secara teknikalnya ia terletak di sempadan Tapah-Cameron, pengalaman melihat ladang teh yang luas dan menghijau sangat menenangkan.

Terdapat juga kafe dan kedai cenderamata di sini. Tempat ini boleh jadi penutup percutian anda yang sempurna!

Siapa sangka Tapah yang selama ini dianggap hanya sebagai ‘bandar persinggahan’ rupanya menyimpan banyak permata tersembunyi untuk diterokai? Dengan kombinasi alam semula jadi, aktiviti keluarga, budaya tempatan dan makanan menarik, Tapah sememangnya destinasi yang sesuai untuk percutian singkat dan santai bersama keluarga.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Jadi lain kali kalau anda mencari tempat untuk short trip, jangan lupa masukkan tempat menarik di Tapah dalam senarai destinasi anda!

Pelancongan.my, Majlis Daerah Tapah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 30 Tempat Menarik Di Melaka Percuma Untuk Seisi Keluarga, Jimat Poket & Berbaloi

Baca juga: 10 Tempat Percutian Terbaik di Malaysia Untuk Family Day Yang Menyeronokkan!

Baca juga: 28 Staycation Malaysia Di 14 Negeri Yang Menarik Untuk Percutian Sekeluarga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 10 Tempat Menarik Di Tapah Perak Untuk Percutian Singkat Yang Santai Dan Berbaloi Bersama Keluarga
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham