Tips Kurus Dengan Cepat & Selamat, Dalam Masa Seminggu Dah Boleh Nampak Hasilnya

Tips kurus dengan cepat dan selamat beberapa cara yang perlu dilakukan secara konsisten. Ramai wanita berkahwin mengalami masalah berat badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memiliki bentuk badan yang ideal merupakan impian kebanyakan wanita terutamanya selepas mendirikan rumah tangga atau melahirkan anak. Adalah normal pada awalnya anda dilanda perasaan kurang yakin untuk berdepan orang sekeliling sehingga setiap hari mencari-cari tips kurus dengan cepat di internet.

Apabila bercakap mengenai berat badan, ia menjadi topik yang agak sensitif kerana bukan mudah untuk mengekalkannya. Lebih-lebih lagi jika dalam keluarga ada yang suka makanan berat, setiap hari anda perlu memasak dan menyediakan hidangan kepada mereka.

Keadaan ini secara tidak langsung buatkan kaum ibu duduk bersama dan 'ikut serta' menikmati hidangan di atas meja makan.

Tips kurus dengan cepat dan selamat

Sebenarnya cara kuruskan badan dalam masa yang singkat memerlukan pengetahuan dan usaha.

Paling utama, anda perlu mengekalkan kiraan kalori yang rendah, sentias aktif dan menjaga pemakanan sihat bagi membolehkan anda kurus secara semulajadi.

Justeru kami kongsikan beberapa tips kurus dengan cepat dan selamat untuk dijadikan sebagai panduan anda:

#1. Elakkan pengambilan gula

Tips kurus yang pertama ialah hentikan pengambilan gula dalam makanan ataupun minuman. Hal ini kerana ia tidak mengenyangkan dan hanya membuatkan anda makan dalam kuantiti lebih banyak.

Bukan itu sahaja, makanan atau minuman yang mengandungi gula menyebabkan peningkatan gula dalam darah (hyperglycemia). Terlalu banyak gula dalam darah akan menyebabkan sel-sel menyimpan gula tersebut sebagai lemak.

Ini sekaligus menyebabkan berat badan anda meningkat. Selain itu, makanan bergula mempunyai kalori yang tinggi tetapi tidak mempunyai apa-apa nutrisi lain seperti vitamin atau serat untuk kesihatan tubuh.

#2. Ambil tahu tentang kalori yang diperlukan

Kalori ialah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menghasilkan tenaga yang sangat penting bagi melakukan rutin seharian.

Untuk kurus atau menurunkan berat badan, kalori yang masuk MESTI lebih rendah daripada kalori yang keluar. Secara umumnya, lelaki dan perempuan memerlukan kalori sebanyak:  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Lelaki : 2000 – 2500 kcal sehari
  • Perempuan : 1600 – 2000 kcal sehari

Kena faham, kalori bukan datang dari karbohidrat semata-mata, tetapi juga datang dari protein dan lemak.

#3. Jangan tahan lapar

Kebanyakan orang yang ingin kurus akan melakukan diet yang melampau sehingga sanggup menahan lapar. Cara ini sebenarnya tidak efektif kerana ia membuatkan anda cenderung makan banyak.

Jika ingin menurunkan berat badan, jangan berlapar. Cara diet yang betul adalah memilih makanan rendah karbohidrat dan tinggi protein.

Makan snek yang rendah kalori di antara setiap waktu makan seperti kekacang atau buah-buahan dapat membuatkan anda berasa kenyang.

#4. Intermittent Fasting (IF)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya pengurangan kalori merupakan suatu perkara yang mudah, sudah pasti kita melakukannya dari dahulu lagi. Oleh itu, anda juga boleh juga mengamalkan intermittent fasting sebagai salah satu tips kuruskan badan tambahan.

Dengan mengurangkan ruang masa makan, anda secara tidak langsung akan mengurangkan pengambilan kalori.

#5. Perbanyakkan air putih

Kajian mendapati minum air dapat meningkatkan metabolisma badan sebanyak 24-30% dalam jangka masa 1 ke 1.5 jam. Apabila metabolisma meningkat, ia dapat membantu tubuh membakar lebih banyak kalori.

Terdapat satu lagi kajian menunjukkan bahawa dengan meminum air setengah liter kira-kira setengah jam sebelum makan, boleh membantu mengurangkan selera makan seterusnya menurunkan berat badan sebanyak 44%, berbanding mereka yang tidak minum air.

#6. Waktu tidur yang mencukupi

Tidur yang tidak cukup setiap hari boleh menyebabkan peningkatan hormon ghrelin. Hormon ini menyebabkan anda berasa lapar.

Peningkatan hormon ini juga akan mengurangkan paras hormon Leptin, iaitu hormon yang menyebabkan anda berasa kenyang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Teh hijau

Teh hijau mengandungi kafein dan catechin iaitu sejenis antioksidan. Kedua-dua komponen ini meningkatkan metabolisme anda.

Teh hijau juga bagus jika diminum sebelum bersenam. Sebuah kajian mendapati bahawa meminum teh hijau sebelum bersenam dapat membakar lebih banyak kalori dan menjadi salah satu cara nak kuruskan badan.

#8. Melakukan senaman dengan konsisten

Berjalan antara senaman yang sesuai dilakukan bagi sesiapa yang ingin mula bersenam. Ia tidak memerlukan peralatan seperti di gim dan tidak membebankan pada anggota badan anda.

Sebagai permulaan, anda boleh cuba berjalan selama 30 minit, 3-4 kali seminggu.

#9. Berpuasa

Ketika berpuasa, hormon insulin akan berada pada paras yang rendah. Ini dapat membantu membakar kalori serta menjadi pilihan cara kuruskan badan kebanyakan orang.

Selain itu, tubuh juga menghantar hormon norepinephrine kepada tisu-tisu lemak untuk ditukar kepada tenaga. Manakala aktiviti jogging dan berlari juga antara senaman yang bagus dipraktikkan untuk membakar kalori.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda disarankan untuk jogging atau berlari selama 20-30 minit, 3-4 kali seminggu jika anda mampu. Selain itu, berenang adalah senaman yang menggunakan seluruh otot badan.

Ia dapat menghilangkan lemak dan menjadi cara nak kuruskan badan, serta meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar: Syarmineisa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Obses makan ubat kurus, usus wanita ini akhirnya bengkak dan HAMPIR PECAH!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Ibu Yang Kerap Menyusu Badan Lebih Mudah Kurus & Kelihatan Awet Muda- Kajian

Baca juga: Cara Menaikkan Berat Badan Wanita Yang Terlalu Kurus, Amalkan Pengambilan Susu Khas Ini