X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Tukar Nama Anak Di JPN, Ini Senarai Dokumen & Panduan Lengkap Buat Ibu Ayah

5 min bacaan
Cara Tukar Nama Anak Di JPN, Ini Senarai Dokumen & Panduan Lengkap Buat Ibu Ayah

Tukar nama anak adalah sunat sekiranya nama anak mempunyai makna yang tidak baik dalam Islam. Berikut beberapa panduan untuk ibu ayah

Ibu ayah moden pada hari ini kebanyakannya cenderung meletakkan nama anak yang panjang meleret tanpa memikirkan kesannya pada kemudian hari. Mungkin ada daripada anda baru menyedarinya dan merancang untuk tukar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sememangnya dalam Islam menasihatkan ibu ayah agar berbincang terlebih dahulu ketika proses meletakkan nama anak. Ini kerana anda perlu memastikan nama mempunyai maksud dan baik kerana nama panggilan untuk mereka diibaratkan sebagai satu doa.

Cara tukar nama anak di JPN

cara tukar nama anak di jpn

Seorang ibu, Diana Hezrique telah berkongsikan pengalaman dan cara tukar nama anak sebagai panduan ibu ayah lain.

Mama yang nak ubah atau potong nama anak tu dah buat ke? Saya dah buat. Mungkin ada yang alami masalah yang sama macam saya dan ingin pendekkan nama anak supaya lebih ringkas.

Di sini saya kongsikan apa yang saya lalui sepanjang prosesnya di JPN.

#1. Dokumen yang diperlukan

Perlu bawa dokumen asal dan sediakan salinan bagi:

  • IC ibu ayah
  • Surat lahir anak
  • Mykid anak
  • Sijil nikah

#2. Mengisi borang

Ambil borang ke bahagian Jabatan Pendaftaran Surat Lahir. Cakap pada orang kaunter urusan ubah nama atau potong nama anak.

#3. Dapatkan cop pesuruhjaya sumpah

tukar nama anak panjang tidak elok

Bila dah isi borang, kena cop ke Suruhanjaya Sumpah.

Macam saya, bingung nak isi borang. Sebab dia nak tahu alasan kita tukar atau potong nama. Alasan paling kukuh, nanti susah bila dia sekolah nanti.

Jadi saya bayar sahaja pada pekerja bahagian urus surat sumpah tu,1 borang RM45. Nanti dia tolong uruskan semua. Kita cuma tinggal datang sana sahaja.

Suami dan isteri dua-dua wajib ada untuk tandatangan. Kemudian bawa semua dokumen yang dah disiapkan ke bahagian daftar surat lahir anak.

#4. Bayaran

Kalau anak masih bawah 1 tahun, bayaran yang dikenakan adalah RM5. Kalau untuk anak umur 1 tahun ke atas, bayarannya RM50.

Tapi nak ubah nama anak ni cuma dibolehkan bagi anak yang berusia 12 tahun ke bawah saja.

Sebarang pertanyaan anda boleh terus layari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.

Sunat tukar nama anak jika maksudnya tidak baik

panduan tukar nama anak

Manakala menurut perkongsian kisah oleh seorang ustaz di Pejabat Agama, dia pernah menerima kehadiran pelanggan yang datang ke pejabat untuk mendapatkan sokongan tukar nama anak.

Tukar nama anak ini menjadi sunat sekiranya nama anak itu adalah nama yang buruk atau erti yang tidak baik.

Ibnu Umar pernah cerita dalam soheh Bukhari yg nabi pernah tukar seorang perempuan nama asiah (dgn huruf Ain) kepada Jamilah. Tapi kalau dah nama yang dipilih ertinya baik, maka tiada keperluan untuk menukarnya.

Adalah dinasihatkan sebelum letak nama anak, fikir-fikirkanlah terlebih dahulu. Nama anak sepatutnya panjang. Memadailah satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan sahaja.

Yang hebatnya ada ibu ayah sanggup letak nama sampai 3,4,5 perkataan tapi bila panggil nama anak, tidak pula panggil nama penuhnya. Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul ula. Bila panggil Man sahaja.

Selain itu kena kesiankan anak untuk tulis namanya sendiri. Bila perlu isi borang atau jawab peperiksaan. Pasti tidak cukup kotak bagi memasukkan huruf.

Nama anak adalah sangat penting kerana Nabi bersabda kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama kamu dan bapamu. Maka, perelokkanlah nama-namamu.

Antara nama yang elok untuk anda pilih adalah:

  • Nama nabi-nabi
  • Nama dalam Asma ul-husna

Namun jika ingin meletakkan nama asma ulhusna, jangan lupa letak nama Abdul di hadapannya. Dalam hadis Nabi ada bersabda:

Sebaik-baik nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman.

Meletakkan nama Muhammad di hadapan bagi anak lelaki

Ada juga orang tanya saya, ada apa-apa fadhilat letak nama Muhammad di hadapan? Orang Melayu sememangnya sinonim meletakkan nama Muhammad di hadapan supaya kononnya nanti dapat syafaat di akhirat kelak.

Saya kata tiada fadhilat apa-apa pun nak letak nama Muhammad. Kalau betul inginkan syafaat, jagalah amalan, rajin-rajinkan berselawat dan buatlah setiap perkara yang sudah Nabi ajar. Ingin peroleh syafaat ini memang tiada kaitan langsung dengan nama seorang manusia.

Kesilapan lain dalam meletakkan nama anak

1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

2. Letak nama dalam isim faeil atau memberi erti nama. Pekerjaan. Contohnya macam Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yang ertinya orang jual kuih.

3. Nama Zaleha, zaleha ni sebenarnya tiada sebarang makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha. Itupun Zulaikha ni nama israeliyyat.

4. Nama yang dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, saya ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabat lain panggil nama dia Abang zani. Zani tu sendiri adalah membawa erti yang tidak elok .

5. Ada juga nama yang membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti jamaluddin dan jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau jamaaaludin جمال الدين pulak , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama.

Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti kadir dan qadir. Kalau kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yang Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf.

6. Tak payah letak nama seperti Bukhari, Nawawi, Baihaqi, Tirmidzi dan sebagainya. Itu semua nama tempat. Mungkin suatu hari org akan letak nama kelantani.

7. Ada juga nama yang nama diidafatkan seperti khairul atau syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat belakang tu nak sandar pada apa? MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL.

8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia muhammad alkhannas. Alkhannas ni bunyi memang best, tapi maknanya anak syaitan.

Justeru sentiasalah berhati-hati dalam memilih nama untuk anak agar tidak tersalah. Semoga bermanfaat!

Gegar, Koleksi Kata-Kata Ustaz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Lengkap Daftar Kelahiran Anak, Ini Dokumen Ibu Ayah Perlu Bawa Bersama

Baca juga: 9 Akaun Bank Untuk Anak Yang Terbaik Bagi Tujuan Pelaburan & Simpanan, Daftar Online Pun Boleh!

Baca juga: Daftar Nama Anak Lelaki Di JPN, Lelaki Terkejut Tengok Ada ‘Binti’ Pada Sijil Lahir

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Cara Tukar Nama Anak Di JPN, Ini Senarai Dokumen & Panduan Lengkap Buat Ibu Ayah
Kongsikan:
  • Ibu Keluar Keputihan Tanda Awal Kehamilan Paling Ketara Namun Ada Yang Keliru Bakal Haid, Ini Sebabnya

    Ibu Keluar Keputihan Tanda Awal Kehamilan Paling Ketara Namun Ada Yang Keliru Bakal Haid, Ini Sebabnya

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

  • Ibu Keluar Keputihan Tanda Awal Kehamilan Paling Ketara Namun Ada Yang Keliru Bakal Haid, Ini Sebabnya

    Ibu Keluar Keputihan Tanda Awal Kehamilan Paling Ketara Namun Ada Yang Keliru Bakal Haid, Ini Sebabnya

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.