Pencarian alat dan ubat berhenti merokok untuk ibu hamil adalah satu topik yang jarang dibincangkan secara terbuka. Namun, ianya amat penting untuk wanita yang sedang cuba untuk hamil atau sudah disahkan hamil.
Ini adalah kerana kadangkala cara berhenti merokok secara natural tidak berkesan dan terlalu sukar untuk sesetengah orang.
Risiko Merokok Ketika Hamil
Seperti yang diketahui umum, merokok itu sendiri datang dengan pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan perokok itu sendiri dan juga orang sekeliling. Jadi semestinya bagi wanita yang sedang berbadan dua, risiko merokok bukan sahaja pada si ibu, tetapi pada bayi dalam kandungan juga.
Antara risiko kepada kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan jika ibu terus merokok semasa hamil ialah:
1. Pendarahan semasa hamil
Merokok menyebabkan anda berisiko mempunyai masalah plasenta previa dimana uri berada di bahagian pangkal serviks, bukan di bahagian atas rahim. Ini akan menyebabkan pendarahan yang banyak berlaku sebelum sampai tarikh bersalin.
2. Hamil luar rahim
Wanita merokok juga berisiko untuk mempunyai ectopic pregnancy dimana implantasi telur yang telah disenyawakan berlaku di luar rahim. Akhirnya, keguguran akan berlaku pada peringkat awal kehamilan.
3. Air ketuban pecah awal
Sepatutnya, air ketuban akan pecah atau bocor apabila anda sudah sampai tarikh bersalin kerana ini adalah salah satu tanda utama bersalin. Jika air ketuban bocor dan berkurangan lebih awal, ia akan membahayakan bayi dalam kandungan.
4. Keguguran
Bayi dalam kandungan berisiko mengalami keguguran jika ibu hamil itu merokok. Ini terjadi akibat daripada kekurangan oksigen yang sampai kepada bayi dan menyekat tumbesaran secara normal.
Kesan Jangka Masa Panjang Akibat Merokok Ketika Hamil
Selain mendatangkan pelbagai risiko kesihatan kepada janin dalam kandungan, merokok ketika hamil juga akan memberikan kesan jangka masa panjang negatif kepada anak yang lahir tersebut. Antara kesannya adalah:
1. Masalah paru-paru dan pernafasan
Bayi yang lahir boleh mempunyai paru-paru yang tidak kuat akibat tumbesaran dalam rahim yang terbantut. Tambahan lagi jika bayi itu lahir pramatang. Paru-paru bayi yang lahir awal biasanya masih belum cukup matang untuk berfungsi sendiri dengan baik.
Selain itu, bayi yang terkena kesan sampingan nikotin ini juga akan membesar dengan masalah asthma, bronchitis dan batuk.
2. Masalah daya belajar
Pengambilan nikotin semasa hamil juga memberikan kesan jangka masa panjang kepada otak bayi. Kesukaran untuk belajar, IQ yang lebih rendah dan gangguan tingkah laku adalah antara perkara yang akan dilalui oleh anak itu semasa membesar.
Tips Pemilihan Ubat Berhenti Merokok Ketika Hamil
Mungkin ini adalah kali pertama anda cuba untuk berhenti merokok, atau mungkin tidak. Walau apapun sejarah anda, anda boleh ikut tips untuk memilih alat dan ubat berhenti merokok. Produk kategori ini memang efektif dan senang untuk anda gunakan.
1. Pelekat (patches)
Penggunaan patches adalah mudah dan pasif di mana anda hanya perlu tampal dan biarkan. Pelekat tersebut akan membebaskan kandungan nikotin ke dalam badan anda secara perlahan-lahan sepanjang hari. Produk jenis ini datang dalam pelbagai dos dan tempoh keberkesanan untuk anda pilih.
2. Gula-gula getah dan ubat berhenti merokok jenis hisap
Untuk mereka yang mahukan sesuatu untuk menggantikan tabiat merokok (bukan pengganti nikotin semata-mata), pengambilan ubat berhenti merokok jenis makan ini adalah pilihan yang berkesan. Anda boleh kunyah atau hisap setiap kali mempunyai keinginan untuk merokok atau sepanjang hari mengikut keperluan anda.
3. Inhaler
Kini inhaler untuk berhenti merokok datang dalam dua pilihan iaitu dengan nikotin dan tanpa nikotin.
Untuk inhaler pengganti nikotin, anda hanya perlu sedut inhaler untuk mendapatkan dos nikotin yang badan anda perlukan. Setiap sedutan akan memberikan jumlah nikotin yang sedikit, tetapi cukup mengawal rasa mengidam dari semasa ke semasa.
Bagi inhaler tanpa nikotin pula, ia mengandungi campuran pelbagai jenis minyak pati yang berkesan untuk memotong rasa teringin untuk merokok.
4. Ubat berhenti merokok semburan hidung dan mulut
Anda hanya perlu gunakan produk ini seperti alat semburan mulut dan hidung yang lain. Setiap semburan ke dalam hidung akan membebaskan nikotin atau cecair lain yang direka ubat berhenti merokok.
Cecair semburan ini kemudiannya akan diserap masuk ke dalam dinding mulut atau hidung. Produk jenis semburan ini dikatakan paling cepat melegakan rasa ketagihan rokok berbanding ubat berhenti merokok yang lain.
Tetapi, kami ingin ingatkan kepada anda yang pengambilan pengganti nikotin tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusu. Jika anda sudah disahkan hamil dan hendak menggunakan terapi pengganti nikotin ketahui risikonya terlebih dahulu.
Sebelum anda mengambil ubat berhenti merokok yang mengandungi nikotin, bincang dan dapatkan kebenaran daripada doktor anda.
6 Produk Ubat Berhenti Merokok Terbaik Untuk Wanita Hamil
Kami kongsikan ubat berhenti merokok yang efektif untuk wanita hamil gunakan sebagai usaha dan ikhtiar tambahan untuk menamatkan tabiat merokok.
Jangan lupa untuk dapatkan nasihat doktor tentang mana-mana pilihan cara untuk berhenti merokok yang anda hendak cuba terlebih dahulu. Semoga berjaya!
6 Alat Dan Ubat Berhenti Merokok Terbaik
| I-Quit Spray Terbaik Untuk Lihat Kesan Seawal 7 Hari | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| NICO Herbs Natural Spray Terbaik Dengan Ekstrak Buah-Buahan Dan Herba | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| GRITZ Quit Smoking Aid Aromatherapy Inhaler Terbaik Dengan Essential Oil | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| Quit Smoking - Aromatherapy Inhaler Terbaik Untuk Mengurangkan Keinginan Merokok | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| RunNico Quit Smoke Patches Terbaik Untuk Terapi Pengganti Nikotin | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| Nicorette Quit Smoking Nicotine Gum Terbaik Dengan 2mg Nikotin Dalam Setiap Biji | | View Details | BELI DI SHOPEE |
Ubat Berhenti Merokok Terbaik Untuk Lihat Kesan Seawal 7 Hari
Produk ini bukan seperti ubat berhenti merokok jenis nicotine replacement, tetapi ianya bertujuan untuk membersihkan badan perokok daripada nikotin dan tar sekaligus. Kandungan dalam produk ini ialah cuka epal, tebu gajah, buah pelaga, kulit kayu manis dan madu yang telah diproses dan dijadikan dalam bentuk cecair semburan.
Untuk mendapatkan manfaat daripada I-Quit Spray ini, anda hanya perlu sembur 3 kali ke bahagian bawah lidah dan telan sahaja air liur seperti biasa. Dalam tempoh lima minit, rasa keinginan untuk merokok akan terus hilang!
Apa yang kami suka:
- Setiap semburan berjaya memotong rasa nak merokok sehingga 4 jam.
- Buat mulut tidak boleh terima rasa rokok, dah akhirnya akan berhenti terus.
- Rasa spray yang tidak meloyakan dan tidak susah untuk ditelan.
Ubat Berhenti Merokok Terbaik Dengan Ekstrak Buah-Buahan Dan Herba
Nico Herbs Natural Spray adalah produk yang berkesan dan selamat untuk digunakan oleh wanita hamil sebagai salah satu cara untuk berhenti merokok. Ini adalah kerana, seperti namanya, produk ini mengandungi 100% bahan natural seperti ekstrak buah, herba dan rempah-ratus tradisional.
Setiap kali keinginan untuk merokok datang, terutama sekali selepas makan, cepat-cepat ambil produk ini dah picit 3-4 kali di dalam mulut. Biarkan seketika dan beri perhatian terhadap rasa cravings tadi. Anda akan terkejut kerana rasa teringin tadi akan berkurangan dengan drastik!
Apa yang kami suka:
- Boleh mengurangkan bau mulut yang tidak menyenangkan akibat merokok.
- Berkesan mengurangkan masalah ketagihan secara berperingkat sebelum berhenti terus merokok.
- Ubat berhenti merokok yang tidak mengandungi nikotin.
Ubat Berhenti Merokok Terbaik Dengan Essential Oil
Bagi peminat aromaterapi, ini adalah cara untuk berhenti merokok yang pasti buat anda teruja. Inhaler EASE keluaran jenama Gritz ini direka untuk mengurangkan ketagihan pada rokok dan vape dengan menggunakan gandingan pelbagai jenis essential oil.
Berbeza dengan ubat berhenti merokok yang perlu ditelan (sama ada dalam bentuk cecair atau gula-gula) produk ini hanya perlu dihidu. Sama seperti menghidu essential oil yang diletakkan di dalam alat diffuser. Jadi, anda tidak perlu risaukan kesan sampingan daripada penggunaan inhaler ini.
Apa yang kami suka:
- Bau yang lebih tertumpu dan kuat apabila menarik nafas dalam dan panjang.
- Tidak mempunyai masalah akan tertumpah di dalam bag atau poket kerana bukan bersifat cecair.
- Tidak kelihatan seperti alat untuk mengurangkan masalah ketagihan rokok.
Ubat Berhenti Merokok Terbaik Untuk Mengurangkan Keinginan Merokok
Lagi satu alternatif kepada ubat berhenti merokok ialah dengan menggunakan inhaler aromaterapi ini. Antara kandungan dalam inhaler ini ialah minyak pati vetiver, lavender dan cedarwood. Yang lebih menarik lagi, essential oil yang digunakan dalam inhaler ini adalah daripada jenama Young Living.
Selain terbukti berkesan untuk mengurangkan rasa hendak merokok, kombinasi essential oil dala inhaler ini juga dapat membantu anda untuk menjadi lebih fokus dan mengurangkan keresahan (kesan sampingan berhenti merokok). Jadi, semasa anda terasa stress dengan kerja, capai sahaja inhaler ini untuk bantu tenangkan fikiran.
Apa yang kami suka:
- Pati minyak Lavender memang terbukti berkesan untuk membuatkan kita terasa lebih tenang.
- Tidak mempunyai bau yang tajam menyakitkan hidung apabila menarik nafas dalam.
- Satu inhaler boleh bertahan selama sehingga 45 hari.
Ubat Berhenti Merokok Terbaik Untuk Terapi Pengganti Nikotin
Penggunaan RunNico Nicotine Patches adalah salah satu cara untuk berhenti merokok yang tidak melibatkan mulut dan hidung. Sebaliknya, dengan menggunakan pelekat kecil ini, badan anda akan menerima sejumlah nikotin daripada pelekat tersebut dengan perlahan-lahan.
Walau bagaimanapun, secara umumnya pengambilan nikotin ketika hamil adalah tidak digalakkan sama sekali. Namun bagi heavy smoker, mereka terpaksa menggunakan terapi pengganti nikotin untuk berhenti merokok. Jadi pilihan ini lebih sesuai untuk digunakan bagi wanita yang sedang cuba untuk hamil.
Apa yang kami suka:
- Satu keping patch datang dengan 21mg nikotin boleh bertahan untuk 24 jam.
- Tidak menyebabkan ruam atau meninggalkan kesan gam pada kulit apabila patch ditanggalkan.
- Cara untuk berhenti merokok yang berkesan dan diiktiraf secara klinikal.
Ubat Berhenti Merokok Terbaik Dengan 2mg Nikotin Dalam Setiap Biji
Produk keluaran Australia ini memang terkenal dengan tahap keberkesanannya untuk mengurangkan ketagihan merokok. Datang dalam bentuk gula-gula getah atau chewing gum, setiap biji gum ini mengandungi nikotin yang akan dilepaskan perlahan-lahan apabila gum itu digigit.
Nicorette Nicotine Gum ini datang dalam dua variasi dengan dos nikotin yang berbeza, iaitu 2mg dan 4mg. Orang yang merokok lebih 20 batang sehari biasanya perlukan gum 4mg untuk kurangkan rasa keinginan untuk merokok. Manakala gum 2mg sudah memadai untuk mereka yang hisap kurang daripad 20 batang rokok setiap hari.
Menurut laman web Nicorette, produk ini pada asasnya tidak boleh digunakan oleh wanita yang sedang hamil dan menyusu. Jika anda rasa anda memang memerlukan terapi pengganti nikotin dan ingin cuba menggunakan produk ini, pastikan anda mendapat kebenaran daripada doktor anda terlebih dahulu.
Apa yang kami suka:
- Datang dalam dua pilihan perisa, Icy Mint dan Fresh Fruits yang rasa seperti gula-gula biasa.
- Memberikan kesan atau tindak balas segera selepas gigitan pertama untuk mengurangkan rasa ketagihan untuk merokok.
- Tekstur yang tidak terlalu liat dan tidak membuatkan mulut terasa lenguh walaupun terpaksa mengunyah gum ini sepanjang hari.
Perbandingan Harga Ubat Berhenti Merokok
|
Jenama |
Harga (RM) |
I-Quit Spray |
RM85.00 |
NICO Herbs Natural Spray |
RM65.00 |
GRITZ Quit Smoking Aid Aromatherapy Inhaler |
RM79.00 |
Quit Smoking – Aromatherapy Inhaler |
RM18.90 |
RunNico Quit Smoke Patches |
RM26.00 |
Nicorette Quit Smoking Nicotine Gum |
RM186.12 |
Cara Berhenti Merokok Paling Mudah Dan Berkesan Selain Ubat Berhenti Merokok
Berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia seolah-olah sebati dengan jiwa seseorang itu. Sebab itu merokok ini dikategorikan sebagai “tabiat". Menurut kata perokok, lebih lama seseorang itu sudah merokok, lebih susah untuk mereka berhenti.
1. Kenalpasti tujuan utama untuk berhenti
Ini adalah perkara yang paling utama untuk anda tetapkan dalam minda anda. Apabila anda sudah pastikan apakan tujuan utama untuk anda berhenti merokok, anda akan menjadi lebih tabah dan bersemangat untuk lakukannya bersungguh-sungguh.
2. Tetapkan tarikh untuk berhenti
Sama seperti kaedah untuk wean-off anak menyusu, anda wajib tetapkan tarikh untuk anda berhenti merokok. Ini akan memberikan anda dan orang sekeliling anda ruang untuk bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi hari mendatang.
3. Lakukan persediaan awal
Apabila tiba hari untuk berhenti, lakukan persediaan seperti membuang semua rokok yang ada dalam simpanan, buang semua habuk rokok, vakum rumah dan semburkan pewangi di dalam rumah dan kereta. Dengan cara ini, tiada lagi kesan atau bau rokok yang akan trigger anda untuk merokok semula.
4. Cari tabiat baru yang lebih baik
Jika merokok selepas makan atau merokok semasa waktu rehat adalah tabiat anda sekarang, cuba cari tabiat atau aktiviti lain untuk menggantikan rokok. Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah ambil alat atau ubat berhenti merokok, gosok gigi atau berbual dengan rakan untuk alihkan perhatian anda.
Yang penting sekali, anda harus ingat peribahasa ini, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Setiap usaha dan cara untuk berhenti merokok yang anda lakukan semestinya bernilai. Jangan malu untuk terus cuba dan berusaha!
Baca juga: Petua Hilang Batuk Anak Yang BERKESAN Dengan Buah Delima, Ibu Ini Ajar Step By Step
Baca juga: 7 Jenama Aircond Terbaik Untuk Bilik Tidur Dan Ruang Tamu Di Rumah Anda
Baca juga: Bahaya Merokok Ketika Hamil: Risiko Susu Badan Kering Lepas Bersalin, Kecacatan Otak Bayi