X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ubun Ubun Kepala Bayi Sangat Lembut, Ini Cara Penjagaan Yang Betul & Wajib Ibu Ayah Tahu

6 min bacaan
Ubun Ubun Kepala Bayi Sangat Lembut, Ini Cara Penjagaan Yang Betul & Wajib Ibu Ayah Tahu

Ubun ubun kepala bayi memudahkan proses kelahiran, memberi ruang untuk pertumbuhan otak dan menyokong perkembangan otak bayi.

Tahukah anda bahagian lembut di atas kepala bayi dikenali sebagai ubun-ubun atau dalam istilah saintifiknya, fontanel Ubun-ubun ini sangat sensitif dan lembut, jadi ibu bapa perlu berhati-hati semasa menyentuhnya.

Malah, ada sesetengah ibu bapa yang risau dan enggan membenarkan sesiapa menyentuh bahagian ini kerana bimbang ia tercedera.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Ubun-Ubun Bayi?
  • Mengapa Bayi Mempunyai Ubun-Ubun?
  • Normalkah Ubun-Ubun Berdenyut?
  • Bila Ubun-Ubun Akan Tertutup?
  • Cara Menjaga Ubun-Ubun Bayi
  • Ubun-Ubun Boleh Berubah Bentuk

Apa Itu Ubun-Ubun Bayi?

Ubun ubun kepala bayi adalah kawasan lembut di atas kepala bayi yang terdiri daripada tisu lembut dan fleksibel. Ia terletak di antara tulang tengkorak bayi yang belum sepenuhnya bercantum.

Terdapat dua jenis ubun-ubun yang utama pada bayi, iaitu ubun-ubun depan (anterior) yang lebih besar dan ubun-ubun belakang (posterior) yang lebih kecil.

Ubun-ubun depan biasanya lebih jelas kelihatan dan boleh dilihat sepanjang tempoh awal kehidupan bayi. Ia biasanya akan menutup sepenuhnya dalam masa 12 hingga 18 bulan selepas kelahiran.

Mengapa Bayi Mempunyai Ubun-Ubun?

Ubun ubun kepala bayi sangat penting dalam perkembangan bayi. Ia termasuklah:

1.Memudahkan Proses Kelahiran

Ubun-ubun yang lembut dan fleksibel membolehkan kepala bayi melalui saluran kelahiran dengan lebih mudah semasa kelahiran.

Tanpa ubun-ubun, kepala bayi akan menjadi lebih keras dan sukar untuk melalui saluran kelahiran, menjadikan proses kelahiran lebih sukar.

2.Memberi Ruang Untuk Pertumbuhan Otak

Ubun-ubun memberi ruang untuk otak bayi berkembang dengan cepat pada tahun-tahun pertama kehidupan. Otak bayi berkembang pada kadar yang sangat pesat, dan ubun-ubun membantu memberi ruang untuk perkembangan ini tanpa tekanan daripada tulang tengkorak yang keras.

3.Menyokong Perkembangan Otak Bayi

Tanpa sekatan atau tekanan dari tulang tengkorak yang keras, otak bayi dapat berkembang dengan lebih bebas dan pesat, yang penting untuk perkembangan fizikal dan mental mereka.

Ubun-ubun bukan sahaja memainkan peranan dalam kelahiran, tetapi juga memastikan perkembangan otak bayi berlangsung dengan lancar dalam beberapa bulan pertama kehidupan.

Normalkah Ubun-Ubun Berdenyut?

Adalah normal untuk ubun ubun kepala bayi berdenyut. Ini berlaku kerana di bawah permukaan ubun-ubun terdapat saluran darah yang membawa darah ke otak bayi.

Denyutan ini disebabkan oleh aliran darah yang berdegup melalui saluran darah yang terletak di sekitar ubun-ubun. Anda mungkin dapat melihat atau merasai denyutan ini, terutamanya ketika bayi sedang tenang atau tidur.

Walaupun boleh menimbulkan kebimbangan bagi sesetengah ibu bapa, denyutan ubun-ubun adalah perkara biasa dan menunjukkan bahawa otak bayi menerima bekalan darah yang mencukupi.

Bila Ubun-Ubun Akan Tertutup?

Setiap bayi berbeza, tetapi secara umum:

  1. Ubun-ubun belakang biasanya tertutup dalam tempoh 6-8 minggu selepas kelahiran.

  2. Ubun-ubun depan pula mengambil masa lebih lama, biasanya tertutup antara 12 hingga 18 bulan.

Jika ubun-ubun masih terbuka selepas tempoh ini, atau tertutup terlalu awal, mak ayah disarankan untuk berjumpa doktor bagi pemeriksaan lanjut.

Cara Menjaga Ubun-Ubun Bayi

Walaupun lembut, ubun-ubun bayi sebenarnya dilindungi oleh membran kuat. Tapi tetap kena berhati-hati. Berikut adalah beberapa tip penjagaan ubun kepala bayi:

1. Cuci dengan Lembut

Gunakan kain lembut dan air suam semasa membersihkan kepala bayi. Jangan gosok terlalu kuat kerana bahagian ini masih sensitif. Elakkan penggunaan sabun yang terlalu kuat atau syampu yang mengandungi bahan kimia keras kerana ia boleh menyebabkan kulit kepala kering dan merengsa.

Jika ada kerak kepala (cradle cap), sapukan minyak bayi sebelum mandi dan gosok perlahan-lahan dengan sikat lembut.

2. Pegang Secara Perlahan

Sentuh dengan lembut dan elakkan menekan bahagian ubun-ubun. Walaupun dilindungi membran kuat, tekanan berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Pastikan anda menyokong kepala dan leher bayi dengan betul setiap kali mengangkat atau mendukung mereka.

3. Pantau Perubahan Ubun-Ubun

Ubun-ubun berdenyut adalah normal kerana seiring dengan degupan jantung bayi. Ini menunjukkan aliran darah yang sihat.

Jika terlampau cengkung, ia mungkin tanda dehidrasi. Pastikan bayi mendapat susu yang mencukupi, sama ada susu ibu atau susu formula. Jika terlalu menonjol, ia boleh jadi tanda tekanan dalam kepala yang memerlukan perhatian perubatan segera.

4. Betulkan Posisi Tidur Bayi

Tukar posisi tidur bayi untuk mengelakkan bahagian kepala menjadi leper (positional plagiocephaly). Contohnya, jika bayi selalu tidur terlentang, sesekali alihkan kepala mereka ke sisi kanan atau kiri.

Anda juga boleh menggunakan bantal khas anti-leper yang direka untuk menyokong bentuk kepala bayi dengan selamat.

5. Lindungi Ubun Bayi Dengan Pakai Topi

Pastikan bayi memakai topi lembut semasa keluar rumah, terutamanya jika cuaca panas terik atau sejuk melampau. Ini membantu melindungi ubun-ubun daripada cuaca panas.

Ubun-Ubun Boleh Berubah Bentuk

Ubun-ubun bayi boleh berubah bentuk dalam beberapa bulan pertama kehidupan. Ini kerana tulang tengkorak bayi masih lembut dan fleksibel.

Pada peringkat ini, ubun-ubun belum sepenuhnya ditutupi oleh tulang tengkorak, jadi ia boleh bergerak sedikit dan berubah bentuk bergantung kepada posisi bayi.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Contohnya, apabila bayi tidur dalam posisi yang sama untuk jangka masa yang panjang atau jika bayi menangis dengan kuat, ubun-ubun boleh kelihatan sedikit rata atau berbentuk berbeza.

Namun, perubahan bentuk ini adalah perkara yang biasa dan sementara. Seiring dengan pertumbuhan bayi, tulang tengkorak akan mula menyatu dan ubun-ubun akan menutup dengan perlahan.

Proses ini biasanya selesai pada usia 18 hingga 24 bulan, bergantung pada bayi itu sendiri. Jika anda perasan bahawa perubahan bentuk kepala bayi berlarutan atau kelihatan tidak normal, lebih baik untuk berjumpa dengan doktor untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik.

Dengan pemantauan dan penjagaan ubun-ubun bayi yang betul, ia  membolehkan otak si manja berkembang dengan baik pada tahun-tahun pertama kehidupannya.

Walaupun ubun ubun kepala bayi kelihatan rapuh dan lembut, ia sebenarnya adalah bahagian yang sangat penting dalam perkembangan awal si manja terutamanya perkembangan otak.

webmd, healthline

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Perlu Peka Keadaan Ubun Ubun Bayi, Jika Mendap Ia Mungkin Tanda Dehidrasi

Baca juga: 7 Mitos Jaga Bayi Yang Selalu Parents Percaya, Terbukti Salah Oleh Doktor

Baca juga: 7 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Ubun Ubun Kepala Bayi Sangat Lembut, Ini Cara Penjagaan Yang Betul & Wajib Ibu Ayah Tahu
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham