X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Perkara Yang Ibu Ayah Perlu Peka Semasa Pemeriksaan Bayi Baru Lahir, Jangan Terlepas Pandang!

6 min bacaan
Perkara Yang Ibu Ayah Perlu Peka Semasa Pemeriksaan Bayi Baru Lahir, Jangan Terlepas Pandang!Perkara Yang Ibu Ayah Perlu Peka Semasa Pemeriksaan Bayi Baru Lahir, Jangan Terlepas Pandang!

Ujian pemeriksaan untuk bayi baru lahir amat penting bagi mengesan sebarang gejala awal penyakit. Anda tahu apa penyakit yang boleh dikesan dari ujian ini?

Pemeriksaan bayi baru lahir adalah antara perkara wajib yang perlu bayi lalui sebelum dia dibenarkan di bawa keluar daripada hospital tempat kelahirannya. 

Disebabkan itu perlunya ibu ayah peka apa yang akan dilakukan kepada anak mereka ketika berlakunya pemeriksaan itu, 

Isi Kandungan

  • Mengapa Pemeriksaan Bayi Baru Lahir Penting
  • Apgar Score
  • Penyakit Yang Diuji Semasa Ujian Pemeriksaan
  • Jenis-Jenis Pemeriksaan

Mengapa Perlu Lakukan Pemeriksaan Bayi Baru Lahir & Bila Perlu Lakukan Ujian?

pemeriksaan bayi baru lahir

Pemeriksaan bayi baru lahir adalah ujian yang dilakukan sejurus bayi lahir dan sebelum mereka diberi kelulusan untuk pulang ke rumah. Ia biasanya dapat mengesan sekiranya bayi anda mempunyai sebarang gangguan atau masalah kesihatan yang serius dan hanya boleh dikesan dengan ujian darah.

Walaupun pemeriksaan bayi baru lahir ini diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan, namun ia tidak semestinya 100% tepat. Namun adalah lebih baik untuk diketahui daripada langsung tidak mengetahuinya. 

Antara yang dilakukan jururawat dan doktor ketika pemeriksaan bayi baru lahir ia termasuklah pemeriksaan fizikal bayi baru lahir. 

Bayi pramatang dan bayi yang menghadapi masalah semasa kelahiran hanya akan diuji seminggu selepas mereka dilahir, atau lebih awal jika pakar mengesyaki penyakit tertentu.

Jika ujian mendapati anak anda mempunyai sebarang penyakit, pihak hospital akan menghubungi ibu bapa. Tetapi sekiranya ujian tidak menunjukkan sebarang penyakit, biasanya ibu bapa tidak akan dihubungi. Doktor bayi akan mendapat salinan keputusan ujian bayi anda. 

Apa Itu Apgar Score

Bagi yang tak pernah dengar, cuba semak buku merah anda, pasti ada skor APGAR3 untuk bayi anda yang baru lahir itu. APGAR score bermaksud satu method yang sangat simple dan mudah dilakukan bagi menilai tahap kesihatan bayi yang baru dilahirkan.

Perkara ini penting ya untuk ibu ayah ambil tahu untuk pastikan anda peka tentang kesihatan anak anda sendiri. Tidaklah anda tertanya-tanya sama ada anak itu sihat atau sebaliknya, bahkan untuk tahu jika dia memerlukan rawatan dan perhatian lanjut. 

Skor APGAR dikatakan diperkenalkan oleh Dr. Virginia Apgar, seorang pakar bius kanak-kanak pada tahun 1952. Skor APGAR adalah dari nilai 0 hingga 10. Lima kriteria berikut diambil kira:

  • Appearance – rupa
  • Pulse – nadi
  • Grimace – mimik muka/respons,
  • Activity – pergerakan
  • Respiration – pernafasan

Cara kiraan: Sekiranya kesemua skor APGAR mendapat nilai 2, maka 2 x 5 skor =10/10. Kalau setiap satu skor APGAR itu 1, maknanya akan dikira 1 x 5 = 5/10.

Penilaian skor APGAR dilakukan antara 1- 5 minit selepas bayi dilahirkan dan akan diulang beberapa kali sekiranya skor itu rendah.

  • Skor 1/10 hingga 3/10 bermaksud sangat rendah dan bayi tidak sihat
  • Skor 4/10 hingga  6/10 tahap kesihatan bayi sedikit rendah
  • Manakala skor 7/10 – 9/10 dinilai sebagai bayi yang amat sihat

Skor 10/10 jarang dicapai kerana setiap bayi akan kelihatan sedikit cyanotic (kebiruan) selepas lahir. Bagi bayi yang mencapai skor 1/10 – 3/10, skor ini ini akan diperiksa oleh doktor setiap lima minit.

Sekiranya ia masih tidak meningkat selepas 30 minit, kemungkinan kecacatan saraf telah berlaku serta peluang bayi menghidap cerebral palsy meningkat.

Penyakit Yang Diuji Semasa Ujian Pemeriksaan

pemeriksaan bayi baru lahir

Selain ujian APGAR yang dilakukan selepas kelahiran, beberapa jenis ujian pemeriksaan kecacatan genetik untuk bayi yang baru lahir adalah berbeza-beza iaitu antara 2 sehingga 8 ujian termasuk ujian pendengaran bayi.

Ujian pemeriksaan/saringan yang lengkap boleh mengesan sehingga 40 jenis kecacatan yang mungkin ada pada setiap bayi termasuk:

#1. Thyroid Stimulating Hormone (TSH) dan aras hormon tiroid iaitu Thyroxine(T4)

TSH adalah hormon yang merangsang kalenjar tiroid untuk menghasilkan hormon tiroid manakala hormonThyroxine (T4) adalah hormon tiroid yang bertanggungjawab dalam proses metabolism badan, pembesaran fizikal dan perkembangan otak.

#2. Gangguan hemoglobin

Ujian boleh mengesan anemia sel sabit, hemoglobin2 C, dan gangguan darah lain. Kekurangan sel normal sel darah merah yang teruk boleh menyebabkan kelemahan, kesesakan nafas, bahkan masalah jantung.

#3. Gangguan endokrin

Gangguan seperti hiperplasia adrenal kongenital dan hipotiroidisme boleh dikesan. Kedua-dua gangguan boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius tetapi boleh dirawat.

#4. Fibrosis sista

Penyakit ini menjejaskan paru-paru dan organ-organ lain dan memerlukan rawatan awal.

#5. Galactosemia

Keadaan ini boleh menyebabkan buta, rencatan mental, dan masalah pertumbuhan jika tidak dirawat.

#6. Kekurangan biotinidase

Keadaan ini boleh menyebabkan sawan, masalah pendengaran, gangguan mental, dan masalah sistem imun.

#7. Phenylketonuria (PKU)

Ini boleh menyebabkan rencatan mental jika tidak mendapat rawatan awal.

#8. G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase)

G6PD juga boleh dikesan, tetapi darah yang diuji adalah darah dari tali pusat bayi anda. G6PD1 ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah.

Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Jenis-jenis Pemeriksaan Yang Dilakukan Pada Bayi Baru Lahir

Perkara Yang Ibu Ayah Perlu Peka Semasa Pemeriksaan Bayi Baru Lahir, Jangan Terlepas Pandang!

Doktor bayi anda mungkin akan mengesyorkan pemeriksaan bayi baru lahir yang baik adalah dalam tempoh tiga hingga lima hari selepas kelahiran.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Pemeriksaan tambahan bayi yang sihat akan diperlukan setiap beberapa minggu dan, kemudian, setiap beberapa bulan untuk tahun pertama.

Dalam sesetengah kes, doktor mungkin mahukan pemeriksaan yang lebih kerap.Terdapat pelbagai jenis pemeriksaan bayi baru lahir yang akan dibuat ia termasuklah:

#1. Pemeriksaan fizikal

Ini termasuklah pemeriksaan semua anggota bayi untuk melihat sama ada ia sempurna atau ada mengalami kecacatan dan penyakit tertentu.

Ada bayi yang jarinya bercantum antara satu sama lain. Sebagai contoh ada juga bayi yang jelas kelihat keadaan kami seolah-olah bengkok ke dalam. Jadi jika dapat dikesan awal, doktor boleh sarankan rawatan tertentu untuk mengelak daripada kaki bayi kekal bengkok dan menganggu untuk dia berjalan nanti. 

#2. Pemeriksaan darah

Pemeriksaan darah juga penting. Ia boleh menentukan pelbagai perkara termasuklah sama ada bayi adan mempunyai G6PD atau sebaliknya. 

Malah daripada ujian darah juga boleh mengesan jumlah darah merah dan darah putih selain mengetahui jenis darah bayi anda. 

#3. Pemeriksaan glukosa

Jururawat anak anda membuat insisi kecil pada tumit bayi untuk mendapatkan sedikit darah untuk diuji. Bayi biasanya akan diuji di hospital dan tidak lewat daripada 72 jam selepas anda bersalin.

Ini bagi membolehkan doktor mengesan jika bayi mempunyai kencing manis atau sebagainya kerana kencing manis ada tahapnya yang mana jika tidak makan manis pun anda masih boleh menghidapnya.

Terutama bagi bayi yang lahir daripada ibu yang ada GDM dan beratnya lebih dari 4kilogram. 

#4. Pemeriksaan pendengaran

Ujian pendengaran juga akan turut dilakukan bagi melihat sama ada telinga bayi mempunyai masalah atau sebaliknya. Pemeriksaan ini penting kerana ada yang sehingga besar ibu ayah tidak tahu telinga anak ada masalah.

Ada kes yang kanak-kanak tidak dibuat pemeriksaan pendengaran dan akhirnya menyebabkannya mengalami speech delay kerana keupayaan bercakap ada kaitannya juga dengan pendengaran.

  1. American Family Physician (October 1, 2005). Diagnosis and Management of G6PD Deficiency. www.aafp.org/afp/2005/1001/p1277.html
  2. Cleveland Clinic (February 2, 2018). Low Hemoglobin. my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17705-low-hemoglobin
  3. Medline Plus, National Library of Medicine (February 2, 2020). Apgar score. medlineplus.gov/ency/article/003402.htm#:~:text=Apgar%20is%20a%20quick%20test,done%2010%20minutes%20after%20birth.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bayi Kencing Darah: Adakah Ia Petanda Serius?

Baca juga: Pelitup Muka Terbaik Kanak-Kanak Untuk Perlindungan Maksimum Dari Covid-19

Baca juga: Bila Anak Selesema Ibu Cuba Beri 5 Makanan Ini, Terbukti BERKESAN Tanpa Perlu Ubat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Perkara Yang Ibu Ayah Perlu Peka Semasa Pemeriksaan Bayi Baru Lahir, Jangan Terlepas Pandang!
Kongsikan:
  • Mengapa Baru Lepas Bersalin Pun Kena Jumpa Dengan Jururawat Lagi?

    Mengapa Baru Lepas Bersalin Pun Kena Jumpa Dengan Jururawat Lagi?

  • 5 pemeriksaan yang perlu anda buat sepanjang proses mengandung, jangan tertinggal ya!

    5 pemeriksaan yang perlu anda buat sepanjang proses mengandung, jangan tertinggal ya!

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Mengapa Baru Lepas Bersalin Pun Kena Jumpa Dengan Jururawat Lagi?

    Mengapa Baru Lepas Bersalin Pun Kena Jumpa Dengan Jururawat Lagi?

  • 5 pemeriksaan yang perlu anda buat sepanjang proses mengandung, jangan tertinggal ya!

    5 pemeriksaan yang perlu anda buat sepanjang proses mengandung, jangan tertinggal ya!

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.