X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Vaginal Seeding - Amalan Menyapu Cecair Faraj Pada Bayi Selepas Pembedahan

4 min bacaan
Vaginal Seeding - Amalan Menyapu Cecair Faraj Pada Bayi Selepas Pembedahan

Vaginal seeding dikatakan mampu mengurang risiko masalah jangkitan dan kesihatan pada bayi yang lahir melalui cara pembedahan. Tapi mengapa? Adakah ia selamat?

Permintaan ibu bersalin yang aneh

Apabila seorang ibu dari Amerika Syarikat, Carolyn Weiss melahirkan anak melalui kaedah C-seksyen yang dijadualkan, dia telah membuat permintaan yang sangat aneh.

Sejam sebelum bersalin, dia meminta sekeping kain kasa rendaman salina dimasukkan ke dalam farajnya.

Sebelum pembedahan, kain kasa itu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam bekas bersih yang kedap udara.

Sejurus anaknya lahir, suami Carolyn disuruh menggosokkan kain kasa tadi ke dalam mulut, sekeliling mata dan pada kulit bayi baru lahirnya.

Vaginal Seeding - Amalan Menyapu Cecair Faraj Pada Bayi Selepas Pembedahan

Benarkah amalan vaginal seeding boleh memberi lebih manfaat kepada bayi yang dilahirkan melalui pembedahan?

Aneh, bukan? Apakah amalan pelik ini dan mengapa Carolyn berbuat demikian?

Amalan “Vaginal Seeding” yang dibuat ibu bersalin 

Amalan yang aneh ini sebenarnya ada sebabnya.

Para ibu yang bersalin secara pembedahan melakukan vaginal seeding kerana mahu anak mereka mendapat kesihatan mikrob yang sama penting seperti bersalin melalui faraj.

Apa bezanya? Mari ketahui lebih lanjut.

Badan kita adalah perumah kepada berjuta mikrob dan menurut laporan The Guardian, sains boleh menjelaskan mengapa amalan ini semakin popular. 

Vaginal Seeding - Amalan Menyapu Cecair Faraj Pada Bayi Selepas Pembedahan

Amalan vaginal seeding boleh mendedahkan bayi kepada mikrob-mikrob ibu

Petikan laporan mengatakan: 

“Tubuh manusia adalah perumah kepada mikroorganisma yang membentuk ekosistem mikrob yang kompleks. Ahli sains mula memahami peranan mikrob-mikrob ini pada kesihatan manusia.”

Beberapa kebaikan mikroorganisma ini termasuklah memberi faedah pada sistem imun, keupayaan menangani jangkitan dan membantu badan memproseskan makanan.

Walaupun kebanyakkan mikrob dalam badan kita berada dalam perut dan usus, ia juga boleh dijumpai di tempat lain, seperti kulit, mulut, paru-paru dan dalam faraj.

Vaginal Seeding - Amalan Menyapu Cecair Faraj Pada Bayi Selepas Pembedahan

Anak lahir melalui faraj terdedah pada mikrob ibu

Apabila bayi berada dalam rahim, ususnya masih dalam keadaan steril sehingga membran dan air ketuban pecah.

Penyelidik percaya inilah masanya bayi didedahkan kepada mikrob dan bakteria atau mikrob ibu akan menyaluti seluruh badan bayi melalui saluran kelahiran.

Laporan menyatakan selepas bersalin, mikrob pada badan bayi menyerupai bakteria pada faraj ibu.

Dan ini dipercayai boleh memberi perlindungan pada bayi dari patogen dan penyakit yang berbahaya selepas dilahirkan.

Vaginal Seeding - Amalan Menyapu Cecair Faraj Pada Bayi Selepas Pembedahan

Anak C-seksyen terdedah pada mikrob berbeza

Apabila bayi dilahirkan melalui pembedahan, dia tidak akan mendapat pendedahan kepada bakteria ibu seperti bayi yang dilahirkan melalui faraj.

Bayi itu masih akan terdedah pada bakteria, tapi ia adalah mikrob yang terdapat pada kulit ibu.

Kehadiran mikrob lain juga boleh ada, termasuk mikrob dari doktor, jururawat dan juga pesakit hospital lain.

Ini boleh menimbulkan masalah dan bayi itu mungkin lebih mudah “mendapat jangkitan dari patogen berbahaya dan penyakit lain.”

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Menurut kajian, bayi yang dilahirkan melalui pembedahan lebih cenderung mengalami masalah seperti alahan, ekzema, asma, dan lebih cenderung mengalami gastroenteritis.

Penyelidik kini percaya ini mungkin disebabkan oleh bayi-bayi yang tidak mendapat dos bakteria faraj ibu apabila mereka dilahirkan.

Vaginal Seeding - Amalan Menyapu Cecair Faraj Pada Bayi Selepas Pembedahan

Vaginal seeding adalah jalan penyelesaian 

Dr Maria Gloria Dominguez-Bello, seorang ahli mikrobiologi dari Universiti New York yang telah mengkaji mikrob-mikrob ini selama beberapa tahun supaya bayi c-sekyen boleh mendapat manfaat yang sama seperti bayi kelahiran normal.

Dia telah melakukan kajian di Puerto Rico pada 21 wanita tentang amalan vaginal seeding, di mana bayi akan disapu dengan cecair faraj ibunya.

Cecair faraj ibu disapukan pada mulut, mata dan kulit, kemudian bayi itu diletakkan pada dada ibunya.

Hasil kajian menunjukkan teknik itu memberi kesan positif ke atas mikrob bayi yang baru lahir melalai cara pembedahan.

Dia berharap tekniknya akan digunakan dalam proses kelahiran harian untuk membantu “mengurangkan risiko penyakit pada bayi yang dilahirkan melalui pembedahan.”

Vaginal Seeding - Amalan Menyapu Cecair Faraj Pada Bayi Selepas Pembedahan

Perlindungan dari alahan dan ekzema

Anak perempuan pertama Carolyn yang dilahirkan melalui pembedahan telah mengalami ekzema dan juga ada alahan makanan.

Apabila Carolyn membuat kajian, dia terjumpa maklumat tentang teknik Dominguez-Bello.

Dia memutuskan untuk mencuba vaginal seeding apabila dia hamil anak kedua dan selepas mendapat tahu dia perlu melahirkan anak melalui cara pembedahan lagi.

Carolyn berkata, “Doktor kami menyokong cadangan saya, tapi dia tidak akan melakukannya. Jadi suami saya telah ditugas untuk melakukannya.”

Menurut laporan, vaginal seeding juga mempunyai “beberapa risiko di mana jika ibu bayi itu menghidap penyakit HIV, Step-B negatif serta penyakit kelamin lain, jangkitan boleh merebak kepada bayinya.

Kesihatan ibu perlu disemak dan dia mestilah mempunyai ekologi mikrob-mikrob yang sihat sebelum melakukan amalan ini.”

Tetapi soalan cepu emas ialah, ada tak ibu-ibu yang berani mencubanya?

Apa pandangan anda?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Jangkitan Bakteria Lepas Bersalin Mampu Makan Organ Seperti Kisah Ibu Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Vaginal Seeding - Amalan Menyapu Cecair Faraj Pada Bayi Selepas Pembedahan
Kongsikan:
  • Tips & Panduan Untuk Bakal Ibu Meneran Dengan Betul Untuk Elak Koyak Besar Semasa Bersalin

    Tips & Panduan Untuk Bakal Ibu Meneran Dengan Betul Untuk Elak Koyak Besar Semasa Bersalin

  • Ini 3 video bersalin normal di hospital dan teknik meneran untuk persediaan anda

    Ini 3 video bersalin normal di hospital dan teknik meneran untuk persediaan anda

  • Tips & Panduan Untuk Bakal Ibu Meneran Dengan Betul Untuk Elak Koyak Besar Semasa Bersalin

    Tips & Panduan Untuk Bakal Ibu Meneran Dengan Betul Untuk Elak Koyak Besar Semasa Bersalin

  • Ini 3 video bersalin normal di hospital dan teknik meneran untuk persediaan anda

    Ini 3 video bersalin normal di hospital dan teknik meneran untuk persediaan anda

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.