Apakah 9 Vitamin Penting Yang Perlu Dimakan Oleh Ibu Selepas Bersalin?

Apakah 9 Vitamin Penting Yang Perlu Dimakan Oleh Ibu Selepas Bersalin?

Pengambilan vitamin selepas bersalin adalah sama penting dengan pengambilan vitamin ketika anda hamil. Jom semak apakah 9 vitamin penting yang harus anda makan!

Sepanjang 40 minggu hamil, anda sibuk mempertimbangkan adakah anda makan nutrisi pemakanan yang mencukupi untuk badan dan bayi anda.

Kini, selepas bersalin – anda perlu melalui proses berpantang pula. Jangan berhenti memikirkan tentang nutrisi pemakanan untuk badan dan bayi anda!

Pengambilan vitamin selepas bersalin sama penting dengan pengambilan vitamin ketika anda hamil.

Bukan apa, ia untuk diri anda juga. Tak percaya? Jom semak mengapa vitamin selepas bersalin amat penting untuk semua para ibu.

Apakah 9 Vitamin Penting Yang Perlu Dimakan Oleh Ibu Selepas Bersalin?

Mengapa Vitamin Selepas Bersalin Itu Penting?

Pengambilan vitamin selepas bersalin amat penting kerana ia membantu badan anda kembali ke fungsi asal dengan selamat.

Bahkan, pengambilan vitamin ini juga membantu dalam mengatasi masalah keletihan, gangguan emosikurang tidur dan masalah kemurungan selepas bersalin

Dengan badan yang sihat dan emosi yang tak terganggu, anda boleh berpantang selama 44 hari dengan lancar.

Malah, bayi anda juga boleh menerima khasiat daripada khasiat pemakanan vitamin selepas bersalin ini.

9 Vitamin Penting Yang Harus Dimakan Oleh Ibu Selepas Bersalin
#1 Vitamin Pre-natal

Mayo Clinic menggalakkan anda makan vitamin pre-natal walaupun selepas anda bersalin. Sedang beri susu badan pada bayi? Jangan risau! Anda boleh makan vitamin ini sepanjang anda beri susu badan.

Vitamin pre-natal amat membantu dalam memberi “sukatan” dan nutrisi yang tepat dan amat diperlukan oleh badan, seperti mineral dan folat yang boleh mengatasi masalah kemurungan selepas bersalin. 

#2 Vitamin Zat Besi

Apakah 9 Vitamin Penting Yang Perlu Dimakan Oleh Ibu Selepas Bersalin?

Zat besi adalah nutrisi penting untuk para ibu selepas bersalin, terutamanya bagi wanita yang mengalami anemia (kurang darah).

Kandungan dalam vitamin ini mampu membina semula bekalan darah yang telah “tertumpah” ketika anda melalui proses bersalin. 

Jika anda bukan penghidap anemia, anda boleh mengamalkan pemakanan yang kaya dengan zat besi, sekurang-kurangnya selama 10 hari untuk membina sel-sel darah merah yang baru.

Antara makanan yang disarankan adalah daging, bayam, udang dan brokoli.

#3 Vitamin B9 @ Asid Folik

Vitamin B9 atau lebih dikenali sebagai Asid Folik telah diamalkan oleh wanita sejak awal kehamilan. Vitamin ini dapat membantu perkembangan sistem saraf bayi.

Asid folik juga mampu mengurangkan gelaja kemurungan selepas bersalin. The U.S Department of Health and Social Services menyarankan pengambilan vitamin B9 setiap hati adalah sebanyak 500mg.

#4 Asid lemak Omega-3

Apakah 9 Vitamin Penting Yang Perlu Dimakan Oleh Ibu Selepas Bersalin?

Asid lemak Omega-3 atau Docosahexaenoic acid (DHA) adalah komponen utama yang menstruktur otak, korteks serebrum, kulit, sperma dan retina.

Ia juga berfungsi untuk mengurangkan keradangan, membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan gejala kemurungan selepas bersalin.

Dengan merangsang pengeluaran prostaglandin, sejenis hormon semulajadi dalam badan, asid lemak Omega-3 akan membantu perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat bayi.

Dos yang disarankan sebanyak 300mg setiap hari.

#5 Vitamin D

Bayi anda memerlukan khasiat Vitamin D. Biasanya, susu badan anda menawarkan kandungan Vitamin D yang mencukupi untuk bayi.

Akan tetapi, anda juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan ini agar kerosakan kulit badan boleh dielak.

Vitamin D juga amat membantu dalam meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan anda!

#6 Zink Tambahan

Apakah 9 Vitamin Penting Yang Perlu Dimakan Oleh Ibu Selepas Bersalin?

Zink adalah mineral yang amat penting dalam menyokong sistem imun badan dan membantu melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Zink tambahan boleh diperoleh daripada telur, daging, oat dan tepung. Biasanya, wanita hamil terbuka untuk kekurangan zink dalam badan.

Sebuah kajian yang dijalankan Australian Maternal and Child Health Service telah membuktikan jika ibu hamil mengambil zink tambahan, mereka lebih bertenaga.

Malah bayi mereka juga terbukti jarang mengalami kolik bayi yang teruk! Dos yang disarankan adalah sebanyak 18mg setiap hari. 

#7 Vitamin C

Vitamin C bagus dalam membantu menyerap zat besi. Jadi, anda perlu mengambil Vitamin C dalam tempoh yang sama pengambilan zat besi.

Cuba pasangkan makanan yang kaya dengan zat besi bersama buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah sitrus, stawberi, kale dan oren. 

Dos yang disarankan UCSF Medical Center adalah sebanyak 120mg setiap hari.

#8 Kalsium
Apakah 9 Vitamin Penting Yang Perlu Dimakan Oleh Ibu Selepas Bersalin?

Best Calcium Rich Foods Sources. Healthy eating

Wanita yang pernah hamil, bersalin dan memberi susu badan akan terbuka mengalami ketumpatan tulang.

Atas sebab itu, anda memerlukan kalsium untuk menyokong kesihatan tulang anda. Ibu yang memberi susu badan menyalurkan hampir 300mg kalsium untuk bayinya.

Maka, para ibu perlu kalsium tambahan!

#9 Vitamin A

Vitamin A amat membantu dalam mengekalkan kulit, gigi, rangka, tisu badan dan penglihatan yang sihat.

Mahu strechmark teruk di perut itu hilang? Amalkan pengambilan vitamin A ini! Dos yang disarankan adalah sebanyak 1300mg setiap hari.

Semoga perkongsian ini membantu anda! Jangan lupa ambil vitamin-vitamin ini, ya?

Sumber rujukan: SF Gate, Mayo Clinic, The U.S Department of Health and Social Services dan Live Strong 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner