"Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?"- Ibu Ayah Jangan Risau, Ia Memang Berubah-Ubah

Warna kulit bayi berbeza waktu lahir dan mula berubah bila makin besar. Semasa lahir warna kulit bayi adalah kemerahan dan akan mula berubah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa lahir warna kulit bayi adalah kemerahan dan akan mula berubah seiring usia dan tentunya anda sebagai ibu dan ayah berasa terkejut, keliru dan sedikit bimbang tatkala melihat warna kulit bayi anda. Tetapi, jangan bimbang kerana ia adalah sesuatu yang normal. 

Setiap bayi tidak mempunyai warna kulit yang sama kerana mereka berbeza-beza. Ia bergantung kepada faktor suhu, latar belakang etnik dan umur bayi. Malah, perkara seperti menangis pun boleh membuatkan kulit bayi nampak berbeza. Perasan tak kulit bayi akan bertambah kemerah-merahan sewaktu menangis? 

Bagi ibu ayah yang sudah melalui pengalaman mempunyai anak, adakah anda terkejut apabila kulit anak anda mula berubah saat anak anda semakin membesar? Pasti anda tertanya-tanya mengapakah kulit anak anda berubah dan apa puncanya? Untuk ibu ayah yang baru melalui pengalaman ini, perubahan ini adalah sesuatu yang biasa berlaku dalam kalangan bayi dan bersifat sementara.

Tahukah anda?

Perubahan warna kulit anak ini adalah di luar kawalan sesiapa sahaja mahupun ibu ayah. Jadi, ibu ayah kenalah terima seadanya warna kulit anak anda. 

Warna kulit anak anda sama ada cerah mahupun putih telah ditentukan gennya sewaktu dalam kandungan lagi. Jadi, kalau anda cuba makan apa-apa suplemen dengan harapan anak anda akan putih sewaktu anda mengandung, lupakan ya.

Peringatan kepada ibu bapa! 

Jangan pula cuba-cuba untuk putihkan kulit anak anda dengan menggunakan krim atau apa pun losyen! Ingat tu, ibu ayah!

Nak tahu lebih lanjut mengenai mengapa kulit bayi berubah? Jom kita baca!

Mengapa kulit bayi baru lahir berubah?

Mengikut keadaan kesihatan bayi dan juga persekitaran, kulit bayi yang dilahirkan akan kelihatan kemerahan dan juga berwarna ungu. Ini betul-betul selepas bayi dilahirkan.

Tidak kisah apa jua latar belakang bayi, semua bayi yang dilahirkan akan mempunyai kulit kemerahan gelap dan juga berwarna ungu. Namun, selepas beberapa ketika, kulit bayi akan mula berubah menjadi kemerah-merahan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah kulit bayi akan berterusan kemerahan? Semestinya tidak. Ia akan beransur pudar dalam masa 24 jam. Cuma pada kaki serta tangannya sahaja yang akan nampak unsur kemerahan. Ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana selepas bayi mula membesar, warna kemerahan pada kaki dan tangannya akan hilang.

Bila kulit sebenar bayi akan muncul?

Bergantung. Ada pandangan yang menyatakan bahawa kulit bayi sebenar akan muncul daripada 6 bulan sehinggalah ke setahun. Namun, apa yang pasti semakin bayi membesar, semakin anda boleh melihat perubahan pada warna kulitnya dan warna kulitnya akan menjadi kekal. 

Warna kulit bayi adalah berdasarkan oleh genetik yang menentukan jumlah melanin dalam kulit. Lebih banyak melanin, lebih gelaplah kulit bayi. Kalau bayi banyak berjemur di luar matahari, bayi akan kelihatan lebih gelap. Jika kurang, maka warna kulit bayi akan kelihatan lebih cerah. 

Punca perbezaan warna kulit bayi

Terdapat pelbagai variasi warna kulit bayi yang baharu dilahirkan dan ia akan mula berubah apabila mereka meningkat usia. Warna kulit bayi berbeza adalah disebabkan oleh keadaan tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah pada hari pertama kelahirannya, vernix iaitu bahan berminyak seperti keju  masih lagi terdapat di badan bayi serta mengambil masa satu atau dua hari barulah ia hilang. Vernix berfungsi untuk melindungi kulit bayi dalam rahim daripada cecair amniotik.

Walaupun berbeza etnik dan bangsa, semua bayi yang baharu dilahirkan tetap mempunyai warna kulit yang sama untuk beberapa hari pertama mereka iaitu ungu kemerah-merahan disebabkan sistem peredaran darah dan kulit yang nipis. Terdapat juga bayi yang mengambil masa selama 6 bulan untuk berubah warna kulit.

Kajian yang dilakukan pada tahun 2017 menunjukkan bahawa kulit bayi akan berubah dengan ketara seiring dengan peningkatan usia mereka.

Kulit bayi berubah menjadi lebih cerah dan kurang merah ketika usia memasuki 2 hingga 20 bulan. Malah pada waktu ini, berlaku peningkatan pigmen kuning pada kulit bayi sehinggalah memasuki usia 20 bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun begitu, kajian ini dilakukan pada sampel yang kecil dan latar belakang kaum serta etnik bayi tidak dapat dipastikan dengan jelas dan terperinci. 

Jenis warna kulit bayi

Terdapat beberapa perbezaan warna kulit bayi anda bergantung kepada usia dan keadaan.

#1. Merah gelap

Keadaan kulit bayi yang merah gelap ketika dilahirkan adalah disebabkan oleh kulit yang nipis dan lut sinar yang membuatkan darah dan struktur vaskular bayi boleh dilihat menerusinya.

Namun, kadang kala ia juga merupakan tanda bayi anda mengalami gangguan darah yang jarang iaitu polycythemia vera. Segera bawa berjumpa doktor jika anda mendapati bayi mengalami kemerahan yang diikuti dengan gejala seperti sukar bernafas atau gusi berdarah.

#2. Kuning

Jaundis juga boleh menjadi faktor kulit bayi berwarna kuning-kekuningan atau seakan warna kulit kuning langsat. Bayi yang baharu dilahirkan amat mudah menghidapi jaundis dan kebiasaannya ia akan pulih tanpa memerlukan rawatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jaundis merupakan kesan sampingan daripada hati bayi disebabkan kerosakan sel darah merah lama yang menghasilkan bahan kuning yang dikenali sebagai bilirubin. Bagi membuang bilirubin ini, ia mengambil masa selama beberapa hari untuk hati bayi berkembang dengan baik dan berupaya mengeluarkannya.

#3. Kulit pucat

Kulit bayi berwarna pucat selalunya disebabkan oleh beberapa perkara iaitu :

  • Anemia iaitu keadaan di mana bayi tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi atau tidak berfungsi dengan baik  dan mengakibatkan bayi tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi dalam darah mereka.
  • Albinisme merupakan keadaan genetik dimana ia menyebabkan tahap pigmen melanin dalam kulit bayi menjadi rendah. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan warna kulit bayi menjadi pucat tetapi juga rambut mereka.
  • Phenylketonuria (PKU) merupakan gangguan keturunan yang menyebabkan bayi tidak boleh memecahkan fenilalanin asid amino. Pembentukan protein di dalam badan dibantu oleh asid amino, manakala fenilalanin yang berkumpul di dalam darah mengundang masalah kesihatan seperti sawan dan mengganggu pengeluaran melanin.

#4. Kebiruan

Warna kebiruan yang terdapat pada tangan dan kaki bayi adalah disebabkan sistem peredaran darah yang belum lagi berkembang sepenuhnya. Sistem peredaran darah yang kurang matang menyebabkan aliran darah ke tangan dan kaki adalah kurang. 

#5. Sianosis

Merupakan gejala tertentu di mana kulit bayi berwarna kebiruan atau selaput lendir yang disebabkan oleh masalah jantung, paru-paru dan sistem saraf pusat. Ia terjadi disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam darah bayi.

Antara punca terjadinya cyanosis :

  • Tetralogy of Fallot atau keabnormalan jantung yang membuatkan darah yang kurang oksigen bergerak di seluruh badan bayi.
  • Tricuspid atresia iaitu kelainan genetik yang menyebabkan injap hilang dari jantung bayi membuatkan darah tidak boleh bergerak dari jantung bayi ke paru-paru untuk menerima oksigen.
  • Total anomalus pulmonary venous return (TAPVR) iaitu keabnormalan jantung di mana darah yang kaya dengan oksigen bercampur dengan darah kurang oksigen di dalam jantung bayi dan menyebabkan darah kaya oksigen dari paru-paru kembali ke bahagian jantung yang salah.
  • Methemoglobinemia adalah keadaan di mana pengeluaran berlebihan protein iaitu methemoglobin. Oksigen yang dibawa oleh methemoglobin dalam aliran darah ini tidak dilepaskan yang menyebabkan methemoglobin menjadi semakin banyak dan akhirnya mengakibatkan oksigen di dalam darah bayi tidak mencukupi.

Oleh itu, jika anda mendapati bayi anda mengalami kulit kebiruan dan dalam masa yang sama sukar untuk makan, bernafas atau bangun, anda harus membawanya mendapatkan rawatan perubatan kecemasan.

Bayi cenderung ikut kulit ibu atau ayah?

Ia bergantung kepada genetik. Setiap orang mempunyai 23 kromosom dan setiap pasangan kromosom adalah satu daripada ibu dan satu daripada ayah, jadi bayi akan mendapat separuh daripada setiap pasangan kromosom tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melanin merupakan pigmentasi yang mempengaruhi warna kulit. Kulit bayi anda akan menjadi semakin gelap, jika terdapat banyak melanin di dalam kulit mereka. Fungsi melanin pula adalah bagi melindungi kulit daripada terkena sinaran matahari yang berbahaya yang boleh menyebabkan selaran dan kanser kulit.

Jumlah melanin dalam kulit bayi ditentukan oleh genetik. Gen yang dominan akan mempengaruhi warna kulit, rupa paras dan ciri fizikal bayi.

Manakala bagi warna kulit bayi pula, ia bergantung kepada lebih daripada satu gen. Penampilan dan ciri fizikal bayi merupakan gabungan kedua-dua ibu dan ayahnya. Bayi mungkin akan kelihatan seperti salah seorang daripada ibu dan ayah atau mungkin kedua-duanya sekali. 

Alamak, kenapa kulit bayi saya berwarna kekuning-kuningan?

Warna kulit bayi dan mata bayi bertukar menjadi kekuningan? Itu mungkin bermaksud bahawa anak anda mempunyai jaundice ataupun demam kuning. Terdapat dua jenis jaundice iaitu ‘physiologic jaundice‘ dan ‘pathologic jaundice’.

Adakah jaundice atau demam kuning adalah berbahaya?

Ia bergantung kepada jenis jaundice yang dialami oleh bayi. Sekiranya kekuningan dilihat selepas 3 hari bayi dilahirkan, ia tidak merbahaya dan akan berakhir selepas seminggu. Tiada rawatan diperlukan kerana bayi akan sembuh sendiri. Ia diberi nama phsysiologic jaundice.

Manakala, pathologic jaundice adalah penyakit kuning yang merbahaya dan memerlukan rawatan serta penjagaan rapi yang khusus untuk bayi. Ia bermula sejurus selepas bayi dilahirkan.

Walaupun untuk physiologic jaundice, rawatan tidak diperlukan namun, ini tidak bermaksud anda boleh ambil pendekatan sambil lewa. Memang terdapat petua orang dahulu kala, bahawa menjemur bayi boleh menyembuhkan demam kuning bayi. Tapi jangan pula terlalu lama menjemur anak anda.

Pesanan buat ibu ayah

  • Warna kulit bayi tidak boleh berubah: Tidak kira apa jua anda lakukan, terimalah kenyataan bahawa bayi anda dilahirkan dengan sempurna dan bersyukurlah atas kehadiran anak anda.
  • Kulit bayi sensitif: Jangan jemur anak anda atau dedahkan anak anda dengan cahaya matahari kerana sinaran matahari akan menyebabkan kulit anda menjadi teruk. Ingat pada awalnya kami bercakap mengenai melanin? Melanin inilah yang merupakan pigmentasi yang membantu menyerap cahaya matahari dan melanin masih belum terbentuk sepenuhnya sewaktu anak masih bayi.
  • Jangan pakaikan sebarang krim atau losyen pemutih yang mengandungi bahan kimia kerana ia tidak baik untuk bayi dan tidak sekali-kali akan putihkan kulit anak anda!
  • Bawa berjumpa doktor sekiranya kulit anak anda kekuningan atau mempunyai sebarang tanda yang tidak anda kenali.

Walau apa pun warna kulit, seorang bayi tetap terlihat comel. Malah di Malaysia sekali pun, apabila meningkat usia kebanyakan warna kulit akan menjadi warna kulit sawo matang yang memang sangat sinonim dengan jenis warna kulit orang Malaysia.

Jenis warna kulit kuning langsat atau kulit sawo matang ini sangat ramai di Malaysia dan walaupun warna kulit adalah berbeza, jangan jadikannya sebagai ukuran untuk berkasih sayang terutamanya bayi.

  1. medicalnewstoday.com (2021, September 10) Babies and skin color: A guide www.medicalnewstoday.com/articles/are-black-babies-born-white#causes-of-change

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Ibu Yang Memiliki Kulit Yang Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

Baca juga : Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan “Ubat” Bahaya Ketika Hamil?

Baca juga : Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Penulis

Nina Osman