Apabila pasangan mendapat berita baik bahawa mereka kini bakal menimang cahaya mata, mereka akan lakukan apa sahaja bagi memastikan kandungan sentiasa sihat, termasuklah seks hamil!
Bakal ibu bukan saja perlu makan makanan seimbang, bersenam, cukupkan tidur, tak melakukan aktiviti berat semua tu, malah ada juga yang elak untuk melakukan seks hamil kerana takut memberikan kesan pada janin!
Kenapa tidak buat? Tak salah pun sebenarnya, malah ia juga sangat baik untuk ibu hamil tersebut. “Anda boleh terus melakukannya sehingga tibanya waktu kelahiran bayi,” kata Dr Philip S. Chua, dari Hospital Cebu Doctors. Tetapi ada beberapa pengecualian.
Isi Kandungan
Seks Hamil Selamat Dilakukan
Menurut Dr Philip S. Chua, ibu-ibu hamil yang tidak mengalami apa-apa komplikasi kehamilan boleh melakan seks hamil seperti biasa. Walau bagaimanapun, kehamilan berisiko tinggi adalah tidak digalakkan.
Contohnya seperti apabila anda mengalami pendarahan, mempunyai komplikasi kehamilan, atau mempunyai sejarah keguguran atau kelahiran pramatang. Tetapi selain daripada syarat-syarat ini, “seseorang wanita hamil boleh melakukan seks sebanyak mana yang dia dan suaminya mahukan,” jamin Dr Chua.
“Tetapi saya rasa letih sepanjang masa”
“Saya loya dari saat saya bangun sehingga saya masuk tidur pada waktu malam.”
“Saya kelihatan seperti gajah kembung. Bahkan, pakaian dalam seksi saya tidak muat lagi untuk saya.”
Ini perkara biasa bagi hampir semua daripada kita yang pernah mengandung, kan? Tetapi, ada juga sesetengah ibu yang mengatakan bahawa seks semasa hamil adalah yang terbaik! Beberapa ibu telah berkongsi 4 sebab mengapa seks ketika hamil adalah satu perkara yang seksi:
#1. “Saya tidak perlu bimbang mengenai kehamilan kerana saya sudah hamil itu seronoknya seks hamil”
– Michelle Padrelanan, ibu kepada 5 orang anak.
Satu bebanan besar bagi kebanyakan wanita semasa seks adalah merasa takut ia akan menyebabkan kehamilan. Perasaan takut seperti ini berakar umbi dalam generasi kita hari ini. Kepercayaan yang mendalam tentang takut hendak tambah anak ini tidak mudah untuk dibetulkan.
Dan sehingga hari ini, tidak kira berapa selesa atau mewah kehidupan kita, kita masih tidak dapat melepaskan kebimbangan bahawa kita tidak cukup mampu untuk menampung satu lagi kehidupan di dunia ini.
Kita sentiasa bimbang, terutama semasa hubungan seks,
“Adakah saya subur hari ini? Adakah kontraseptif berfungsi? Adakah haid saya datang pada masa yang sepatutnya?”
Ah, tetapi apabila kita sudah hamil, rasa takut itu terus hilang.
Kita boleh melakukan seks pada bila-bila masa, setiap hari, tanpa kalendar atau termometer basal atau mukus serviks untuk diperiksa, tiada pil pencegah kehamilan untuk diambil.
Seperti kata Michelle, “Tidak ada sekatan.” Untuk beberapa bulan akan datang, kita bebas untuk menikmati seks tanpa had bersama suami. Boleh tak anda bayangkan bagaimana bebas (dan seksi) rasanya!
#2. “Saya gembira mengetahui suami saya masih merasakan saya menarik walaupun badan saya begitu besar”
– Roxi Santiago, ibu kepada seorang anak.
Ia mudah untuk berasa menarik (dan seksi) apabila kita mempunyai badan berukuran 36-26-36.
Ceritanya berbeza sama sekali apabila pinggang kita mengembang lebih besar daripada biasa, dan perut kita menonjol lebih jauh ke depan daripada dada kita.
“Apa yang akan suami saya fikirkan tentang saya sekarang?”
“Adakah suami awak masih menyukai awak?”
Suara-suara jahat dalam kepala kita berbisik. Dan kemudian suami kita pun menyentuh kita dengan pandangan yang membara. Dia benar-benar mahukan kita, dan bukan hanya kerana kita kelihatan seperti beberapa model remaja dalam majalah memakai baju renang.
Ya, kita masih boleh menjadi model untuk majalah pantai – contohnya bot penyelamat (dek badan yang macam pelampung!) – namun begitu, dia masih mahukan kita.
Kalaulah para suami dapat memahami betapa puasnya hati seseorang perempuan itu, iaitu apabila seorang wanita itu berasa ikhlas dikehendaki walaupun di lubuk hati dia berasa seperti tidak diingini!
#3. “Saya rasa lebih feminin ketika badan saya sedang mengalami perubahan kerana kehamilan tersebut”
– Martine de Luna, ibu kepada seorang anak, sedang hamil anak kedua.
“Saya rasa buah dada yang membesar dan kulit yang berseri dan bercahaya ada kaitan dengannya. Suami saya mengatakan saya ‘lebih comel’ apabila saya mengandung, dan ia membuatkan saya berasa gembira, jadi saya pun membalasnya (dengan seks)”.
Semasa mengandung, badan kita mula berubah. Ia bukan sahaja untuk menjaga bayi kita yang sedang membesar dalam rahim kita, malah selepas si kecil itu dilahirkan.
Untuk menyokong bayi dalam rahim, badan kita meningkatkan bekalan darah, yang secara tidak langsung menyebabkan cahaya merah muda yang indah pada kulit yang sering kelihatan di kalangan wanita hamil.
Dada kita pula bersedia untuk menghasilkan susu untuk si manja, menyebabkan payudara kami menjadi lebih besar dan lebih sempurna. Jadi, kita kelihatan lebih montok berbanding sebelum ini.
Dan kehamilan tidak hanya mengubah kita – ada kalanya, ia mengubah suami kita juga!
#4. “Suami saya tidak akan memaksa saya untuk melakukannya jika saya tidak berasa selesa. Kami akan berintiman sehingga tahap di mana saya berasa selesa sahaja”
– nama dirahsiakan
Seks ketika hamil cenderung untuk menjadi lebih lembut daripada seks ketika tidak hamil, atas sebab-sebab yang agak jelas.
Dengan bayi untuk difikirkan, suami kita cenderung untuk menjadi lebih bertimbang rasa, lebih lembut semasa melakukan seks. Jangan salah anggap. Memang ada ramai suami yang secara semula jadinya lembut dan bertimbang rasa.
Tetapi ada ramai juga yang hanya akan berlemah lembut apabila isteri mereka mengandung!
Walaupun “seks liar” itu seronok dan mengghairahkan (terima kasih untuk keterangan ini, Mama Michelle!), seks yang lemah lembut juga boleh menjadi perubahan yang dialu-alukan, terutamanya oleh ibu hamil.
Bolehkah Saya Melakukannya Di Lain Hari?
Walaupun seks ketika hamil itu istimewa, ia tidak bermakna yang ibu yang sedang mengandung mahu melakukannya secara kerap. Mereka yang ditemuramah mengakui bahawa seks semasa hamil juga mempunyai batas dan kelemahan.
Roxi bercerita:
“Saya begitu tidak selesa dengan bentuk badan ini. Ia sama sekali berbeza daripada badan saya yang dahulu.”
Martine pula menerangkan ada kalanya dia perlu menahan sedikit keinginannya, “terutamanya apabila loya berlaku semasa trimester pertama.”
Jadi, jika anda tidak berasa seperti mahu melakukan hubungan seks dengan kerap (atau langsung) apabila anda hamil, ketahuilah yang anda tidak bersendirian.
Kami faham yang ianya mudah untuk hilang keinginan seksual, terutama apabila kita mengalami “morning sickness” sepanjang hari. Atau apabila ia berterusan sehingga ke trimester ketiga!
Cumanya, jangan halang diri anda daripada berhubungan fizikal secara intim dengan suami pada waktu yang sangat istimewa ini. Anda mungkin terpaksa memujuk suami untuk memberikan lebih masa kepada anda, tetapi jangan terus-terusan menolaknya.
Cadangan kami? Mandilah air suam, minum secawan teh, dan mulakan dengan urutan belakang yang lembut. Selepas itu, siapa tahu?
Anda dan suami anda mungkin akan dapat mengetahui mengapa seks hamil boleh memberikan momen yang paling istimewa – ianya manis dan seksi!
Adakah Kehamilan Meningkatkan Dorongan Seks Anda?
Ya, tidak mustahil.
Bagi sesetengah orang, salah satu tanda awal kehamilan bukanlah mual pada waktu pagi atau kesakitan pada payudara, tetapi berasa horny yang tidak dijangka. Jika anda tiba-tiba berketerampilan seksi di rumah pada waktu pagi atau sukar untuk memberi tumpuan kepada rancangan di televisyen kerana anda berfikir untuk melakukan hubungan intim, maka anda tidak bersendirian.
Kehamilan merupakan satu fasa yang akan banyak mengubah perubahan fizikal anda. Sebarang peningkatan paras hormon estrogen dan progesteron kepada peningkatan aliran darah dan kesakitan pada payudara serta alat kelamin, ia boleh membawa kepada tahap rangsangan yang lebih tinggi.
Trimester pertama
Walaupun anda mungkin berasa mual dan letih pada trimester pertama, hormon anda meningkat dari hari ke hari. Ini bermakna payudara dan puting anda mungkin terasa lebih besar dan sensitif. Anda mungkin berasa lebih terhubung secara emosi dengan pasangan anda.
Anda juga tidak perlu lagi fikirkan mengenai kawalan kehamilan (memandangkan anda sedang mengandung), bukan? Malah di awal kehamilan, perut anda juga masih kecil dan tidak berubah dengan begitu ketara, jadi kebanyakan posisi seksual masih selesa dan selamat. Tidak hairanlah anda tidak boleh berhenti memikirkan mengenai sex hamil!
Trimester kedua
Ketidakselesaan semasa di awal kehamilan semakin berkurangan dan had keupayaan fizikal seperti di hujung kehamilan masih belum berlaku. Trimester kedua boleh diibaratkan sebagai tempoh bulan madu kehamilan dan ia mungkin terasa seperti bulan madu yang baru untuk kehidupan seks anda juga.
Wanita mendapat tiga paun darah semasa mengandung. Kebanyakan darah ini akhirnya mengalir melalui bahagian bawah badan anda. Dengan semua aliran tambahan itu, anda mungkin berasa lebih bersemangat (terangsang) berbanding biasa.
Bukan itu sahaja, orgasma anda juga mungkin terasa lebih banyak bahkan anda mungkin mengalami orgasme berganda semasa aktiviti seksual dilakukan.
Trimester ketiga
Dengan perut yang lebih besar, sakit dan tidak selesa, anda akan menganggap bahawa seks akan menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda pada trimester ketiga. Tidak semestinya begitu. Anda mungkin mendapati fizikal anda yang lebih bulat membuatkan anda berasa lebih seksi berbanding sebelum ini.
Walaupun kajian menunjukkan bahawa aktiviti seksual cenderung untuk berkurang apabila di trimester terakhir, anda boleh teruskan lakukannya jika anda mampu dan berada di posisi yang selesa.
Adakah Selamat Melakukan Hubungan Seks Semasa Hamil?
Seks mengandung (seks ketika hamil) sememangnya selamat, dengan syarat anda tidak mempunyai masalah kesihatan tertentu.
Dapatkan nasihat daripada doktor jika anda memiliki sebab untuk berpantang daripada melakukan hubungan seks. Jika tidak, anda boleh melakukannya seberapa banyak kali yang anda mahu.
Hubungi doktor anda jika:
- Anda mengalami pendarahan semasa atau selepas hubungan seks.
- Air ketuban telah pecah atau anda mengalami kebocoran cecair yang tidak dapat dijelaskan.
- Mengalami masalah pada bahagian seviks (apabila serviks anda terbuka sebelum waktunya).
- Anda mempunyai plasenta previa (apabila plasenta menutupi sebahagian daripada semua serviks anda).
- Anda mempunyai tanda-tanda kelahiran pramatang atau sejarah kelahiran pramatang.
Anda bagaimanapun digalakkan untuk menggunakan kondom bagi mencegah penularan STI jika anda tidak dalam hubungan monogami atau jika anda memilih untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan baharu.
Posisi Seks Sesuai Ketika Hamil
Nafsu semasa hamil boleh berlaku pada anda. Untuk melakukannya, anda bagaimanapun perlu tahu posisi seks yang sesuai bagi memastikan anda selesa ketika sedang melakukan hubungan seksual bersama pasangan.
Kebanyakan posisi seks adalah selamat sehingga anda mencapai bulan keempat kehamilan. Pada ketika ini, kedudukan yang menyebabkan anda berbaring telentang mungkin menjadi tidak selesa dan memberi tekanan pada saluran darah penting yang membawa nutrien dan oksigen kepada bayi anda.
Anda boleh cuba:
- Wanita di atas. Kedudukan ini membolehkan anda mengawal sepenuhnya sambil memberi keselesaan kepada perut anda. Anda boleh menetapkan rentak kepada pantas atau perlahan atau mudah bergerak ke kedudukan lain dengan posisi ini
- Wanita posisi seperti merangkak. Letakkan diri anda pada tangan dan lutut anda dan biarkan perut anda tergantung. Kedudukan ini cenderung lebih baik pada trimester pertama dan kedua, sebelum perut anda menjadi terlalu besar dan berat.
- Mengiring. Untuk mendapatkan sokongan tambahan pada kehamilan di hujung trimester, cuba baring secara mengiring dengan pasangan anda masuk dari belakang. Kedudukan ini menghilangkan tekanan pada sendi dan perut anda dan membolehkan anda berehat. Anda juga boleh menggunakan bantal untuk melaraskan sokongan.
Tips Menangani Perubahan Keinginan Seksual Semasa Kehamilan
#1. Onani
Anda tidak memerlukan pasangan untuk meneruskan keinginan seksual anda. Beronani boleh jadi menyeronokkan semasa kehamilan, malah anda boleh melakukannya pada bila-bila masa yang anda mahu.
Onani merupakan cara yang baik untuk membiasakan diri dengan perubahan badan anda. Ia juga boleh membantu mengalihkan perhatian anda daripada beberapa gejala kehamilan yang tidak menyenangkan seperti mual pada waktu pagi, sakit belakang, bengkak kaki serta ketidakselesaan lain.
Jika anda menggunakan alat mainan seks, pastikan anda mencucinya dengan teliti setiap kali anda menggunakannya.
#2. Keintiman lain
Tidak semua seks perlu melibatkan penembusan. Anda mungkin mahu memeluk, berurut atau bercium sahaja. Anda mungkin ingin melakukannya dengan berpakaian ataupun tidak.
Apa sahaja yang anda lakukan, ingat bahawa seks adalah mengenai keintiman. Hubungan fizikal boleh menjadi sangat indah, tetapi hubungan emosi juga menggembirakan.
#3. Kedudukan seksual yang berbeza
Sekali lagi, kebanyakan posisi seks adalah selamat sehingga anda mencapai bulan keempat kehamilan. Anda juga boleh bereksperimen mengenai posisi seks mana terbaik seperti perkongsian kami di atas tadi.
#4. Minyak
Anda mungkin merasai banyak kebasahan semula jadi semasa kehamilan. Jika tidak, minyak yang baik boleh membantu menjadikan ia licin dan selesa. Kulit anda juga mungkin sangat sensitif pada masa ini, jadi anda perlu mencari minyak berasaskan air yang tidak merengsakan atau membawa kepada jangkitan.
#5. Komunikasi
Kerap bercakap dengan pasangan anda tentang perasaan anda berkenaan dengan keinginan seks anda. Mahu lebih atau tidak, beritahu kepadanya.
Sebagai contoh, “Saya berasa loya dan lebih letih kebelakangan ini. Saya tidak berminat untuk melakukan hubungan seks sekarang.” Dengan berkomunikasi, anda berdua boleh mencari sesuatu yang sesuai untuk kalian.
#6. Penerimaan
Jangan anggap diri anda miang atau tidak. Ia adalah normal untuk manusia biasa, termasuklah pada wanita hamil. Nikmati sahaja apa yang ada. Pastikan anda mendapatkan sokongan atau bantuan jika anda rasa anda memerlukannya.
Semoga bermanfaat!
- Healthline (April 14, 2020). Pregnant and Horny? Understanding Your Sex Drive During Pregnancy. www.healthline.com/health/pregnancy/pregnant-and-horny
- What to Expect (July 15, 2022). Sex Drive Changes During Pregnancy. www.whattoexpect.com/pregnancy/sex-and-relationships/decreased-sex-drive-during-pregnancy/#when-increase
- Medical News Today (Feb 26, 2019). How does sex drive change during pregnancy? www.medicalnewstoday.com/articles/324556#:~:text=Pregnancy%20triggers%20many%20changes%20that,lead%20to%20heightened%20sexual%20desire.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Baca juga: Seks Waktu Pagi Dikatakan Dapat Meningkatkan Lagi Peluang Kehamilan Buat Suami Isteri, Benarkah?
Baca juga: Nak Tambah Anak Lagi? Tiru Cara Untuk Mengandung Ini!
Baca juga: Nak Anak Bukan Kena Tahu ‘Buat’ Sahaja, Tapi Kena Amalkan Juga Zikir Ikhtiar Hamil