5 Faktor Penting Yang Boleh Menjejaskan Kesuburan Wanita

Anda sedang cuba untuk hamil? Jom semak 5 faktor penting yang dijelaskan doktor ini. Ia boleh menjejaskan tahap kesuburan wanita. Sama-sama kita elakkannya, okay!

Percubaan Untuk Hamil

Anda cuba untuk hamil? Mesti anda telah dengar banyak rumors tentang habit yang boleh menjejaskan kesuburan wanita, kan?

Ha… sekarang, kami di theAsianparent akan membawakan kepada anda apa kata doktor pakar pula.

Semua doktor pakar ini telah mendedahkan 5 faktor penting yang boleh menjejaskan tahap kesuburan anda, secara negatif atau positif. 

Anda pasti terkejut selepas habis membaca artikel ini, sebab ada sesetengah rutin yang “dikatakan bagus” sebenarnya tak bagus pun!

kesuburan wanita

Jom baca.

5 Faktor Yang Boleh Menjejaskan Kesuburan

  • Minyak Pelincir (Lubricant)

Anda tahu kan yang kunci untuk hamil adalah dengan melakukan hubungan seks yang kerap? Tapi, berapa kerap anda buat seks pun… jangan guna minyak pelincir tau!

Minyak pelincir ini boleh “membantutkan” usaha anda untuk cuba hamil. Menurut Dr. Alyssa Dweck, seorang pakar sakit puan – minyak pelincir seperti KY Jelly atau Astroglide boleh menghalang keupayaan sperma untuk sampai ke telur.

kesuburan wanita

Kredit gambar: Amazon

Ia sebab sperma itu telah menyerap air yang ada dalam minyak pelincir.

Malah menurut Dr Kristin Bendikson, seorang pakar kesuburan di fasiliti USC pula, pelincir yang berasaskan petroleum mengubah pH vagina anda. Jadi, ia boleh membunuh sperma!

Gliserol – satu lagi bahan dalam pelincir boleh merosakkan keupayaan sperma. Tapi jika anda perlu memakai lubricant juga, cuba PreSeed. Ia khas untuk wanita yang cuba untuk hamil.

  • Ubat-ubatan Tertentu

Ubat antidepresi juga tidak bagus kerana ia meningkatkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini boleh mengganggu proses ovulasi. 

kesuburan wanita

Jika anda sedang cuba untuk hamil, lebih baik anda berbincang dengan doktor pakar tentang ubat-ubatan yang anda makan.

  • Berat Badan Anda

Menurut Journal of the Turkish German Gynecological Association, wanita dengan berat badan berlebihan akan lebih cenderung menghadapi masalah kesuburan atau keguguran.

kesuburan wanita

Tapi, kalau anda kurang berat badan pun, ia beri kesan negatif pada kesuburan anda! Apa yang penting di sini adalah mengekalkan berat badan yang sihat.

Berat badan berlebihan atau kurang berat badan akan menjejaskan tahap hormon, mengakibatkan kitaran haid yang tak teratur lalu mengganggu ovulasi.

  • Rutin Senaman

Dr Kristin Bendikson menegaskan anda tak perlu bersenam secara berlebihan pun. Jika anda memiliki berat badan berlebihan – ya anda perlu bersenam dan mengamalkan makanan yang sihat.

Tapi jika tak, anda hanya perlu bersenam secara sederhana. Bersenam secara berlebihan boleh menjejaskan tahap hormon, mengakibatkan kitaran haid yang tak teratur.

kesuburan wanita

Bersenam secara sederhana boleh menggalakkan kesihatan jantung, paru-paru dan emosi, kata Dr Sheeva Talebian, seorang pakar endocrinologist dan pakar kesuburan. 

Jika anda bersenam secara sederhana, anda boleh menggalakkan proses kesuburan tanpa “terlebih” membuatnya. 

  • Genetik Anda

Menurut Bendikson lagi, ada kaitan antara kesuburan seorang ibu dan anak perempuannya. Jadi, jika ibu anda menghadapi masalah untuk hamil atau beliau mengalami menopaus awal – anda mungkin akan menghadapi masalah sama.

kesuburan wanita

Bincangkan sejarah keluarga anda dengan doktor pakar agar mereka boleh melakukan kajian ke atas gen anda untuk mengenalpasti peluang untuk anda hamil.

Jangan risau sangat, okay! Apa pun, jaga kesihatan dan dapatkan pandangan pakar tentang tahap kesuburan anda.

Sama-sama kita berusaha, insyaAllah.

Semoga artikel ini memberi sedikit pencerahan pada anda!

Sumber rujukan: Women’s Health

Baca juga:

Berapa Kerap Anda Perlu “Bersama” Untuk Cepat Hamil?