9 tanda yang anda bakal bersalin dalam masa terdekat ini!

lead image

Kandungan sudah masuk 9 bulan. Tak sabarnya! Rasa bimbang ada juga. Kalaulah anda tahu apa tanda tanda bersalin ini makin dekat, bolehlah buat persediaan!

Jangan bimbang lagi, semua bakal ibu baru! Kami di theAsianparent tahu keterujaan dan kebimbangan yang anda rasai sekarang. Sebab itu kami sediakan panduan tentang tanda tanda bersalin ini.

Berdebarnya menanti saat akan melahirkan anak. Akhirnya, selepas 9 bulan hamil, anda akan melahirkan anak sendiri!

Proses bersalin adalah proses yang panjang lagi meletihkan. Sebelum anda melalui proses ini, anda akan mengalami beberapa tanda tanda bersalin yang menunjukkan proses bersalin semakin dekat

Walaubagaimanapun, tak semua bakal ibu baru akan mengalami semua tanda-tanda ini. Akan tetapi, jika anda tahu 9 tanda yang berikut, anda boleh mempersiapkan diri untuk menghadapi proses bersalin!

9 tanda tanda bersalin - ibu jom bersiap sedia!

Jom semak apakah 9 tanda-tanda yang proses bersalin semakin dekat!

Tanda tanda bersalin #1 Rasa kandungan seperti "menurun" ke bawah

tanda tanda bersalin

Dalam minggu-minggu terakhir sebelum proses bersalin semakin dekat, anda akan mengalami situasi di mana kandungan seakan bergerak "menurun" ke bahagian bawah perut anda.

Sesetengah ibu hamil akan mengalami tanda ini sama ada dalam tempoh 4 minggu atau 2 minggu sebelum bersalin

Buat wanita yang pernah bersalin sebelum ini, anda tak akan merasai kandungan seperti "menurun" kerana otot pelvis anda sudah merenggang.

Akan tetapi, kepala bayi memang akan semakin menghampiri pintu pelvis anda. 

Tanda tanda bersalin #2 Asyik rasa nak kencing

Rasa nak kencing semakin meningkat. Ia disebabkan oleh kedudukan kepala bayi yang semakin hampir dengan tulang pinggul dan pundi kencing anda.

Maka, anda akan semakin kerap ke bilik air.

Tanda tanda bersalin #3 Sakit belakang

tanda tanda bersalin

Anda akan merasai kesakitan di bahagian punggung, perut dan bahagian belakang badan.

Hal ini sebab bayi yang bakal dilahirkan semakin berat dan "menurun" semakin rendah ke pintu pelvik. Lalu, rahim dan legimen pelvis semakin merenggang.

Tanda tanda bersalin #4 Sukar untuk tidur

Dengan segala kesakitan, kegelisahan dan keterujaan yang anda rasai kini, pasti sukar untuk tidur, kan?

Tanda tanda bersalin #5 Kontraksi Braxton-Hicks yang menyakitkan

Salah satu tanda tanda bersalin yang paling biasa dialami ibu-ibu hamil adalah rasa kesakitan melampau akibat Braxton-Hicks

Braxton-Hicks sering dipanggil sebagai "kontraksi palsu". Ia rasa kesakitan di bahagian perut dan pinggul akibat pengecutan perut.

Sekejap ia datang, sekejap ia pergi dengan sendiri. Walaupun kesakitannya tak sama seperti kontraksi betul ketika bersalin, tapi kontraksi ini boleh berlangsung sehingga 120 saat!

Jika anda ingin meredakan kesakitan, cuba ubah posisi duduk atau mula berjalan.

Tanda tanda bersalin #6 Loya dan cirit-birit

tanda tanda bersalin

Hormon kelahiran akan mengakibatkan anda rasa tidak selesa di bahagian perut. Ada beberapa sebab mengapa perut anda seolah-olah "meragam" dengan teruk.

Antara sebabnya adalah kerana badan ingin mengosongkan usus dan memberi ruang kepada bayi.

Oleh itu, anda akan mengalami cirit-birit atau loya kerana bahagian bawah abdomen (bahagian usus) mula "bekerja".

Tanda tanda bersalin #7 Keluar lendir dari vagina

Anda mungkin akan perasan ada lendir berwarna putih dan merah jambu (beserta telur) yang semakin banyak keluar daripada vagina.

Lendiran ini mungkin berbeza daripada lendiran darah. Ini merupakan salah satu tanda-tanda nak bersalin.

Tanda tanda bersalin #8 Lendiran darah

Ketika hamil, bahagian servik anda dilindungi oleh lendiran yang takkan mengalir.

Akan tetapi, apabila proses bersalin semakin dekat, bayi semakin menghampiri "pintu" pelvik dan kontraksi mengakibatkan lendiran yang "terkunci" ini terbuka.

Oleh itu, anda akan melihat banyak lendiran bercampur darah keluar dari vagina. Jika lendiran bercampur darah ini semakin banyak, seolah-olah anda datang haid - hubungi doktor dengan segera!

Namun, jangan mudah panik. Kadang-kadang, lendiran darah juga boleh diakibatkan oleh hubungan seks ketika hamil atau sebab pemeriksaan vagina.

Tanda tanda bersalin #9 Air ketuban pecah

Ini tanda yang paling umum. Ada wanita yang mengalami kontraksi teruk sebelum air ketuban pecah. Ada wanita pula sebaliknya!

Air ketuban pecah dulu sebelum kesakitan kontraksi menerjah. Agak bahaya jika air ketuban sudah pecah, tapi anda tak mengalami sebarang kontraksi.

Cepat-cepatlah ke hospital ya, jika air ketuban anda itu sudah pecah!

Apa harus anda buat jika ada tanda tanda bersalin ini?

Segera ke hospital!

 

tanda nak bersalin

Untuk tak mahu kelam-kabut dan panik ketika saat-saat genting ini, anda digalakkan menyimpan semua kelengkapan diri dalam satu beg dan tinggalkan ia dalam kereta.

Senang, nanti tak ada benda yang terlupa!

Apa?!! Beg belum kemas? Baik anda semak senarai ini, takut terlupa apa-apa barang!

Semoga semuanya berjalan lancar untuk anda, wahai bakal ibu-ibu baru. Selamat menjalani fasa hidup sebagai seorang ibu!

Sumber rujukan: Ask Dr Sears