TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Air Cap Badak (Rhino Cool Water) Untuk Anak Demam, Adakah Ia Selamat? Ini Penjelasan Doktor

6 min bacaan
Air Cap Badak (Rhino Cool Water) Untuk Anak Demam, Adakah Ia Selamat? Ini Penjelasan Doktor

Air cap badak untuk budak atau rhino cool water tidak boleh diberikan pada bayi dan kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah

Air Cap Badak atau Rhino Cooling Water adalah sejenis minuman popular dalam kalangan ibu bapa di Asia. Ia dipercayai dapat menyejukkan badan, terutamanya ketika panas badan atau demam ringan. Namun adakah selamat air cap badak untuk budak?

Isi Kandungan

  • Air Cap Badak Untuk Budak
  • Adakah Air Cap Badak Selamat Untuk Budak
  • Pandangan Doktor Mengenai Air Cap Badak
  • Kandungan Air Cap Badak
  • Alternatif Lain Selain Air Cap Badak
  • Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Air Cap Badak Untuk Budak

Air Cap Badak atau rhino cooling water adalah sejenis air minuman yang diformulasikan untuk tujuan menyejukkan badan secara semulajadi.

Dikenali dengan logo ikoniknya yang memaparkan gambar seekor badak, air ini telah lama dipercayai sebagai minuman yang dapat menurunkan suhu badan dan mengurangkan panas dalam.

Ia dihasilkan dengan menapis dan mengionkan air untuk menghasilkan air yang “sejuk” secara semula jadi.

Adakah Air Cap Badak Selamat Untuk Budak

Secara umumnya, air cap badak boleh diambil oleh kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

Namun, ia tidak boleh dianggap sebagai pengganti rawatan perubatan, terutamanya apabila kanak-kanak mengalami demam tinggi atau berpanjangan.

Ibu bapa perlu memantau kesihatan anak dan mendapatkan nasihat doktor jika demam atau gejala lain tidak reda.

Pandangan Doktor Mengenai Air Cap Badak

Walau bagaimanapun menurut Rusyainie Ramli, produk air cap badak memang berdaftar dengan Agensi Regulatori Farmasi Negara KKM. Sebab tu ada no. MAL.

Dalam gambar disertakan ada hologram meditag KKM. Tapi tulah saya tak pernah pegang pun botol ni. Dr. Rafidah Abdullah pun jenuhlah pertama kali, beli produk ni sebab nak tahu lebih lanjut apalah air ni, tapi dia kata, botol yang dia beli takde meditag KKM. Dr. Rafidah dah kupas berjela.

Produk jenis ubat ni WAJIB BERDAFTAR dengan KKM. Boleh semak kat npra.moh.gov.my.

Produk yang berdaftar akan bermula dengan MAL. Diikuti dengan 8 digit. Dan diakhiri dengan huruf A, X, T atau N.

  • A tu ubat yang dikawal. Tu hanya doktor yang boleh preskripsikan dan dibekalkan oleh farmasi. Segala ubat yang kita dapat dari klinik atau hospital memang kategori nilah kebanyakannya.
  • X tu untuk ubat yang boleh dibeli di kaunter farmasi tanpa preskripsi. Macam paracetamol.
  • T tu untuk jamu atau apa juga persediaan tradisional. Maajun, jamu dan jus pun termasuk dalam nilah. Air badak ini pun sama.
  • N tu untuk mineral, suplemen atau vitamin.

Yang paling penting saya nak kalian tahu ialah ubat bawah T dan N tu dikaji hanya untuk 3 perkara saja:

1. Tak ada bahan aktif, terkawal atau terlarang.
2. Tak ada mikro-organisma.
3. Tak ada logam berat.

Efektif ke tak? TAK TAHU. Kesan sampingan? TAK TAHU. Jangka masa panjang macam mana? TAK TAHU.

Tak ada kajian pasal semua tu. Pengeluar lah yang kena keluarkan kajian mereka sebenarnya. Bukan KKM.

Walaupun berdaftar, produk bawah T dan N TIDAK DIBENARKAN untuk dipasarkan sebagai mencegah, merawat apatah lagi menyembuh penyakit.

Dr.Rafidah Abdullah menjelaskan bahawa produk ini katanya (katanya lah) ada bahan Tradisional namanya Gypsum Fibrosum.

Lalu gigih beria saya buat literature search, tak nampak pulak kajian besar penggunaan untuk demam. Jauh sekali untuk tahu apa risikonya.

Berikut adalah pendapat professional saya:

1. Tak payahlah nak beli benda gini untuk demam. Makan Panadol, tidur, rehat. Tak baik, pergi jumpa Doktor.

2. Saya tak tahu apa efek Gypsum Fibrosum tu. Jadi pendapat saya, kalau tak perlu buat apa nak ambil?

3. Produk ini berdaftar sebagai bukan ubat. Saya beli air badak, tetapi bukan jenama yang viral itu. Akan tetapi yang saya beli tadi, TIADA HOLOGRAM. Rupanya hanya selaput plastik luaran (6 botol) ada hologram. Juga tidak betul, sebab setiap botol perlu ada hologram. Harga satu hologram diberitakan RM0.018. Jadi sangat pelik kalau nak jimat kos. 

Kandungan Air Cap Badak

Air Cap Badak tidak mengandungi bahan kimia atau bahan pengawet yang berbahaya. Minuman ini biasanya terdiri daripada air yang telah menjalani proses pengionan, di mana air tersebut diubah menjadi bentuk yang dipercayai mempunyai kesan “penyejuk.”

Proses ini bertujuan menghasilkan air yang serasi dengan badan dan membantu menurunkan suhu badan tanpa menambah bahan tambahan.

Air cap badak ni juga ada banyak jenama berdaftar: Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂.

Namun jangan tertipu dengan air cap badak yang palsu okay. Cari pelekat kecil berkilat silver yang mempunyai lambang harimau, huruf KKM dan nombor siri yang bermula dengan huruf ‘D’. Atau beli sahaja di farmasi berdekatan.

Alternatif Lain Selain Air Cap Badak

Air Cap Badak hanyalah satu daripada beberapa cara untuk membantu menyejukkan badan anak. Namun ia tidak disaran pada bayi dan kanak-kanak berumur bawah 4 tahun.

Ibu bapa juga boleh mencuba beberapa kaedah semula jadi lain untuk tujuan yang sama:

  1. Meningkatkan Pengambilan Air Kosong: Pastikan anak minum cukup air setiap hari. Air kosong membantu memastikan tubuh anak terhidrat dan mengurangkan risiko panas dalam.

  2. Memberikan Buah-Buahan Sejuk: Buah-buahan seperti tembikai, timun, dan oren mengandungi kandungan air yang tinggi dan boleh membantu menyejukkan badan anak secara semula jadi.

    Stories Rakan Kongsi
    Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
    Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
    Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
    Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
    Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
    Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
    Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
    Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
  3. Mengawal Aktiviti Fizikal di Luar Rumah: Hadkan masa anak bermain di luar terutamanya dalam cuaca yang sangat panas.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Walaupun Air Cap Badak boleh membantu menyejukkan badan anak dengan cepat, ibu bapa harus tahu bila untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda berikut, adalah penting untuk berjumpa doktor segera:

  • Demam berpanjangan melebihi dua hari.
  • Demam yang disertai dengan muntah atau cirit-birit.
  • Anak kelihatan lemah atau lesu.
  • Anak mengalami kesukaran untuk makan dan minum.

Air Cap Badak adalah minuman tradisional yang boleh membantu menyejukkan badan kanak-kanak dan memberi kelegaan bagi gejala panas dalam atau demam ringan. Walaupun begitu, ia tidak boleh menggantikan ubat atau rawatan perubatan apabila kanak-kanak mengalami gejala yang lebih serius.

Rusyainie Ramli, Rafidah Abdullah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: Air Asam Jawa Untuk Demam, Kurangkan Panas Badan Dengan Cepat! Ini Apa Anda Perlu Lakukan

Baca juga: Suhu Demam Tinggi, Ini 7 Cara Hilangkan Demam Yang Berkesan Secara Semula Jadi

Baca juga: Cool Fever Baby Bahaya Dipakai Di Dahi? Ini Penjelasan Pakar & Cara Kebah Demam Anak Dengan Berkesan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Air Cap Badak (Rhino Cool Water) Untuk Anak Demam, Adakah Ia Selamat? Ini Penjelasan Doktor
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham