Ya, terdedah kepada air mazi boleh mengandung walaupun suami pancut luar. Lebih-lebih lagi jika cecair jernih ini mengandungi sperma yang membawa kepada kehamilan.
Adakah Air Mazi Boleh Mengandung Tanpa Sedar?
Air mazi adalah cairan jernih yang dikeluarkan sebelum ejakulasi. Fungsinya adalah sebagai pelincir semula jadi yang mengurangkan geseran semasa hubungan seksual.
Tidak ada cara untuk mengawal pengeluaran cecair ini, kebanyakan lelaki tidak menyedari kerana terlalu asyik bersama pasangan.
Namun, kebanyakan pra-klimaks tidak mengandungi sperma yang aktif dan sihat. Jadi peluang untuk kehamilan berlaku disebabkan air mazi adalah sangat tipis dan rendah.
Keadaan Yang Menyebabkan Kehamilan Boleh Berlaku
Walau bagaimanapun, peluang kehamilan masih boleh berlaku sekiranya anda dan pasangan melakukan hubungan seksual tanpa sebarang perlindungan.
Berikut adalah beberapa keadaan yang memungkinkan anda boleh mengandung walaupun suami pancut luar:
1. 3 Hari Sebelum Ovulasi
Hari paling subur ialah 3 hari sebelum dan sehingga hari ovulasi. Elakkan pendedahan kepada precum pada masa ini untuk mengurangkan peluang kehamilan.
Semasa ovulasi, sperma boleh hidup 3–5 hari dalam organ pembiakan wanita, dan telur hidup 12–24 jam selepas ovulasi.
Kehamilan boleh berlaku dari pendedahan kepada precum pada awal ovulasi, tetapi peluang agak rendah.
2. Waktu Kitaran Haid
Peluang hamil semasa haid rendah, tetapi konsepsi boleh berlaku bila-bila masa dalam kitaran jika kawalan kelahiran tidak digunakan dengan berkesan.
3. Kaedah Perancang
Menggunakan alat perancang sebagai kaedah perancang lain seperti kondom, pemasangan IUD dan pil kecemasan boleh membantu sekiranya anda dan pasangan sedang merancang keluarga. Namun, ia bukanlah berkesan seratus peratus mengelakkan dari kehamilan mungkin terjadi.
4. Tempoh Penyusuan
Kehamilan berlaku dalam 2% orang yang menyusukan bayi sepenuhnya hingga 6 bulan sebelum haid pertama.
Bagi wanita selepas bersalin, sukar untuk menentukan bila waktu ovulasi dan subur sebelum berlakunya haid pertama.
Kaedah Pancut Luar Yang Betul
Kebanyakan pasangan akan gagal melakukan kaedah pancut luar disebabkan beberapa faktor tertentu seperti berikut:
- Apabila pasangan lelaki mengalami premature ejaculation atau pancut awal sebelum berjaya tarik keluar.
- Apabila pasangan lelaki memasukkan zakar semula ke dalam faraj selepas mencapai klimaks.
- Terdapat lelehan air mani di permukaan faraj yang berpotensi menyebabkan air mani masuk semula ke dalam faraj.
Jadi, peluang untuk mengelakkan kehamilan berlaku menggunakan kaedah pancut luar adalah di luar jangkaan bergantung kepada teknik yang digunakan sama ada berjaya mengawalnya atau tidak.
Langkah Pencegahan Yang Selamat
Langkah yang paling selamat untuk mencegah kehamilan adalah dengan menggunakan kaedah perancang yang lebih selamat, seperti:
1. Kondom
Penggunaan kondom dengan betul boleh mengurangkan risiko kehamilan dan juga melindungi daripada jangkitan seksual.
2. Pil Perancang
Pil perancang hormon yang diambil secara harian boleh mencegah ovulasi dan mengurangkan peluang kehamilan.
3. IUD (Intrauterine Device)
IUD adalah alat yang diletakkan dalam rahim yang boleh memberikan perlindungan jangka panjang terhadap kehamilan.
4. Pil Kecemasan
Pil kecemasan biasanya diambil dalam masa 72 hingga 120 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan boleh mencegah kehamilan jika digunakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Menggunakan kaedah perancang yang lebih boleh dipercayai ini boleh membantu mengurangkan risiko kehamilan dengan lebih berkesan berbanding kaedah seperti pancut luar.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Period Tapi Mengandung: Adakah Ia Normal? Punca Mengandung Tapi Period & Cara Mengatasi
Baca juga: Tanda Keguguran Yang Kerap Terjadi Pada Awal Trimester, Ibu Hamil Kena Waspada Selalu
Baca juga: 13 Tanda Tanda Hamil Yang Pasti, Ramai Ibu Baharu Tak Sedar Mereka Sudah Mengandung
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!