3 perkara penting anda patut tahu jika anak mengalami cirit-birit

3 perkara penting anda patut tahu jika anak mengalami cirit-birit

Jangan pandang ringan jika anak cirit-birit. Kalau anda tidak tahu 3 perkara penting ini, nyawa anak anda itu mungkin di dalam bahaya. Jom belajar bersama.

Untuk mengawal cirit-birit pada orang dewasa memang kita sudah tahu berbagai tip. Tapi, bila anak cirit-birit, kita terus akan susah hati.

Apa ubat cirit-birit yang harus digunakan, bila harus jumpa doktor dan macam-macam lagi.

Tapi sebelum itu, mari kita ketahui 3 perkara penting ini dulu jika anak mengalami cirit-birit.

1 – Apa punca anak cirit-birit?
anak cirit-birit

Kredit: mypositiveparenting.org

Cirit-birit atau berak cair adalah apabila najis yang dikeluarkan dari badan tidak terbentuk sepenuhnya. Dalam usus besar, air diserap ke dari najis dan ini yang menyebabkan najis menjadi keras.

Keadaan najis bergantung kepada keadaan dalam usus besar.

Lebih lama najis berada dalam usus besar, lebih keras najis itu. Dan bila najis berada di dalam usus sekejap saja, ia akan berair atau lebih cair.

Anak cirit-birit boleh berpunca dari:

  • jangkitan perut atau usus (gastroenteritis) dari parasit, bakteria atau virus
  • keresahan
  • alergi makanan
  • Sindrom keradangan di bahagian usus (Chron’s dan Ulcerative colitis)
anak cirit-birit

Kredit: Baby Destination

Patogen (parasit atau bakteria) yang biasanya menyebabkan cirit-birit pada kanak-kanak ialah:

  • parasit: Giardiasis dan Amoebiasis
  • virus: Norovirus dan Rotavirus

Kebanyakan patogen ini tersebar dari makanan dan minuman yang tercemar. Rotavirus sangat mudah dijangkiti terutamanya di pusat jagaan kanak-kanak!

2 – Bagaimana nak menguruskan anak cirit-birit?

Bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda berikut:

  • lebih dari 6 kali berak dalam tempoh 24 jam
  • najis berair
  • sakit perut yang teruk
  • najis melekit dan ada bau pelik
  • lebih dari 3 kali muntah dalam tempoh 24 jam
  • cirit-birit tidak serius tapi berlanjutan lebih 5 hari
  • demam
  • tanda-tanda dehidrasi

Jika anda sudah berjupa doktor, tanda-tanda ini menunjukkan yang anda perlu bawa anak anda berjumpa doktor semula.

Selain tanda-tanda tersebut, ada beberapa benda yang semua ibu bapa harus tahu tentang anak cirit-birit.

Berikut adalah 3 perkara penting tersebut yang anda boleh lakukan bagi memastikan keadaan cirit-birit anak tidak jadi semakin teruk.

#1 Minum banyak air

anak cirit-birit

Jika anak anda masih menyusu badan, jangan berhenti menyusunya walaupun dia kerap berak. Begitu juga dengan anak yang sudah minum susu formula.

Pastikan botol susu telah disteril dengan betul supaya ia benar-benar bersih. Steril menggunakan cara stim adalah yang terbaik.

Air yang mereka minum dan air yang membasuh alatan susu mereka juga perlulah telah dimasak.

Jika keadaan menjadi teruk, berikan mereka ORS. Pastikan pengambilan ORS sesuai mengikut umur anak.

JANGAN berikan mereka jus kerana gula dalan jus akan menyebabkan bakteria jahat semakin banyak dan anak cirit-birit semakin teruk.

#2 Jangan beri ubat sembarangan pada anak yang cirit birit

Pastikan anda telah mendapat nasihat doktor sebelum memberikan anak sebarang ubat cirit-birit yang dikatakan berkesan. Jangan beri ubat sembarangan pada anak anda.

Doktor akan memberi ubat yang bersesuaian dengan simptom dan umur anak anda.

#3 Jaga aspek kebersihan

anak cirit-birit

Kebanyakkan patogen penyebab cirit-birit sangat mudah tersebar. Jadi, kebersihan adalah kunci utama bagi mengelakkan keadaan ini jadi lebih teruk.

Pastikan anak anda telah membasuh tangannya dengan menggunakan sabun sebelum mereka makan, begitu juga dengan anda. 

Pastikan anda membasuh tangan sebelum dan selepas menukar lampin anak. Lampin yang kotor segera dibungkus dengan elok dan dibuang.

Alatan yang digunakan anak ketika cirit-birit juga wajar disteril dengan air panas.

Juga, adalah baik sekiranya anak yang terkena cirit-birit tidak ke sekolah selama 48 jam selepas baik dari cirit-birit.

Ibu-ibu, bapa-bapa, tanda awal cirit-birit tidak boleh dipandang ringan. Malah cirit-birit juga jangan dipandang ringan. Ini kerana ia boleh menjadi serius hingga menyebabkan maut pada kanak-kanak.

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

8 Penyakit Kanak-Kanak Berbahaya Yang Boleh Meragut Nyawa Anak Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner