Persediaan Anak Memasuki Darjah Satu, Ibu Ayah Ikuti Checklist Penting Ini

Darjah satu adalah permulaan anak memasuki sekolah rendah. Ibu ayah perlu melakukan beberapa persediaan agar proses pembelajaran lancar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 

Pasti anda antara ibu bapa yang akan teruja bila bakal anak masuk darjah satu pada sesi persekolahan.

Jadi, tinggal beberapa bulan lagi ini… Bagus jika ibu ayah meluangkan sedikit masa dengan anak untuk mengajar dan membuat persiapan sebelum mereka ke sekolah. 

Persiapan baju dan perkakas sekolah ke? Ya, memang itu penting. Tapi ada yang lagi penting ingin kami kupaskan hari ini. Okey, jom baca lanjut di bawah ini. 

10 persiapan yang penting untuk anak darjah satu

#1. Pastikan anak kenal huruf dan tahu membaca walaupun sedikit

Kredit: The Coverage

Sebelum anak masuk darjah satu, pastikan dia tahu membaca dan mengeja walaupun sedikit.

Selain itu, pastikan anak anda faham operasi asas matematik seperti tambah tolak. Kalau dia boleh kuasai sikit-sikit, itu lebih baik.

Hal ini kerana, silibus sekolah rendah semakin lama semakin susah. Jadi murid yang masuk dengan ‘zero’ pengetahuan mungkin akan ketinggalan ke belakang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ataupun cikgu akan masukkan anak anda ke kelas pemulihan.

#2. Sentiasa bimbing anak di rumah

Bimbingan ibu bapa di rumah sangat penting. Walaupun anak sudah tahu asas membaca dan mengira, namun jika tidak dibimbing dengan baik, mereka juga akan ketinggalan ke belakang.

Perlu ingat: silibus berat tapi masa singkat. Namun majoriti murid boleh kuasai dengan bimbingan dan bantuan daripada ibu bapanya di rumah.

Jika ingin melihat anak berjaya, bantulah mereka. Jangan melepaskan kepada guru semata-mata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Ajar anak kenal wang

  • Ajar anak jangan beri murid lain wang yang anda bagi untuk dia berbelanja di sekolah.
  • Ajar anak untuk beritahu jika ada kawan yang meminta duit daripadanya
  • Ajar anak guna wang dengan baik dan tunggu hingga baki dipulangkan.

#4. Bimbing anak menggunakan tandas dengan betul

Ada banyak perkara yang perlu dibimbing ibu bapa kepada anak yang baru masuk darjah satu. Salah satunya adalah cara menggunakan tandas dengan betul.

Hal ini kerana, terdapat fakta ada anak darjah satu yang berlari bogel untuk ke tandas tanpa rasa malu.

Malah ada juga yang membuka seluar di luar pintu tandas, kemudian seluar/kain sekolah itu kotor akibat terkena air atau dipijak kawan yang lain.

#5. Jangan asyik cakap “CIKGU GARANG” pada anak

Hal ini kerana ada kejadian di mana anak terkencing dan terberak dalam seluar kerana takut  memberitahu cikgu untuk ke tandas. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab itu, bila kita selalu sogok dan cakap “cikgu garang”, anak pun rasa takut untuk berhadapan dengan gurunya. 

#6. Minta anak jaga barang dengan baik dan ajar dia berkongsi

Siapkan bekal makanan anak untuk di bawa ke sekolah. Kemudian minta dia berkongsi dengan rakan-rakannya. 

Selain itu, ajar anak menjaga barang persekolahannya dengan baik seperti warna pensil, alat tulis, buku dan pemadam. Jika ada kawan yang pinjam, minta dipulangkan semula.

Sebabnya, ada murid yang selalu tertinggal botol air di kantin sekolah hingga terlupa untuk mengambilnya semula. Kemudian ada juga alat tulis yang berterabur jatuh tidak dikutip dalam kelas.

#7. Elak kasut bertali dan ajar pakai tali pinggang 

Jangan bagi kasut bertali kalau mereka tak tahu nak ikat. Satu lagi, ajar anak cara-cara nak buka dan pakai tali pinggang.

Sebabnya ada pelajar yang terkencing dalam seluar gara-gara tak tahu nak buka tali pinggang itu. Alamak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Ajar susun jadual 

Ajar anak bawa buku mengikut jadual. Barulah beg tak berat sangat.

Kalau boleh biar emak yang susun buku anak. Sebab kalau ayah yang buat, semua buku dia letak dalam beg anak. Aduhai! 

#9. Jangan whatsApp cikgu ketika ‘tengah malam’ 

Sekarang ini memang menjadi ‘trend’ ibu bapa suka berwhatssap untuk berkomunikasi dengan guru kelas anak.

Tapi lihat masa yang sesuai baru boleh tanya soalan yang berkaitan dengan aktiviti anak di sekolah. Jangan 12 tengah malam sibuk mesej cikgu itu. Cikgu pun manusia biasa, perlukan rehat tenaga dan fikiran. 

Diingatkan juga tidak post benda-benda yang berunsurkan politik, nasihat, kata mutiara atau iklan perniagaan. Cukuplah group whatssap tersebut hanya untuk mengetahui perkembangan terkini anak anda sahaja.

#10. Berhenti merungut 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Ainul Mustafa

Jangan dipersoalkan dan selalu merungut kenapa silibus makin susah. Sedangkan orang lain yang duduk diam tak merungut, berbagai cara mereka lakukan semata-mata ingin melihat kejayaan anak.

Tapi anda yang masih merungut itu membuatkan anak merasakan beban dan menganggap belajar itu payah! 

Anggaran yuran sekolah darjah 1 2023

Kadar jumlah bayaran pendaftaran darjah 1 dan yuran PIBG di jadual atas adalah hanya anggaran sahaja, bergantung sekolah & negeri anda bersekolah samada di Sabah Sarawak Melaka Negeri Sembilan Selangor Kuala Lumpur KL Labuan Perlis Terengganu Kelantan Johor Pahang Perak Kedah Putrajaya Pulau Pinang Penang.

Senarai Bayaran
Name tag (lencana), fail prestasi, gambar passport dan gambar kelas, buku peraturan sekolah, t-shirt / baju rumah sukan, buku transisi RM60+
Yuran PIBG sekolah RM50
Buku latihan, buku nota, buku kerja, workbook RM40+

Barang keperluan sekolah rendah

Laman Aku Muslim menyenaraikan beberapa barang keperluan sekolah rendah yang penting bagi memudahkan kerja ibu ayah. Antaranya adalah:

  • Baju uniform putih

Baju uniform sekolah menjadi perkara utama yang difikirkan ibu bapa. Terdapat bermacam jenama yang dijual dipasaran antaranya Jony & Jeny, Canggih, Falcon, Bijak, Hari-Hari dan bermacam lagi. 

  • Kain / seluar

2 helai seluar atau kain perlu untuk pakaian harian anak-anak di sekolah. Jenis kain licin memudahkan pergerakan anak dan tahan lama kerana ia menggunakan material kain yang boleh merenggang.

  • Stokin

Stokin biasanya dibeli mengikut warna kasut. Jika kasut anda berwarna hitam, maka stokin juga perlu berwarna hitam. Begitu juga sebaliknya. Stokin selain berfungsi menjadi alas pada kaki, mengelakkan kaki dari melecet, dan mengurangkan geseran semasa berjalan.

  • Tudung / songkok

Anda disarankan untuk membeli tudung jenis dua lapis kerana ia lebih tahan lasak dan tidak jarang macam tudung selapis. Tudung selapis sesuai jika anda beli untuk tudung sukan berwarna hitam. Jenis awning lembut tampak lebih kemas apabila dipakai kerana ia mudah dibentuk.

  • Anak tudung

Anak tudung merupakan satu aksesori yang wajib bagi wanita yang memakai tudung. Tanpa anak tudung, rambut akan mudah terlihat dengan jelas dari celah-celah tudung yang dipakai.

  • Baju sukan

Dalam seminggu pasti akan ada sehari yang bertembung dengan pembelajaran jasmani di sekolah. Subjek ini boleh berlaku di dalam kelas (pembelajaran teori) dan di padang (praktikal). 

Anda perlu belikan sekurang-kurangnya 2 helai pakaian sukan yang sesuai untuk mereka, sama ada baju T-shirt atau baju sukan yang telah disediakan oleh pengurusan sekolah sendiri. Ciri-ciri fabrik yang sesuai untuk bersukan perlulah selesa (jenis kapas, micro fibre, dan spendex), material yang cepat kering, ringan, dan bersifat elastik.

  • Seluar tracksuit

Sama seperti baju sukan, anda juga perlu menyedikan 2 helai seluar tracksuit untuk kegunaan riadah anak-anak. Apa jua pakaian yang dipilih untuk bersukan perlulah selesa supaya ia boleh dipakai dalam tempoh masa yang panjang. Anda juga perlu pastikan pakaian tersebut tidak terlalu ketat dan juga tidak terlalu longgar yang mungkin akan mengganggu pergerakan semasa bersukan.

  • Kapur kasut putih / kiwi kasut

Kapur atau kiwi kasut membantu kasut sekolah yang dipakai bertambah menarik dan berkilau.

  • Beg sekolah

Jenis beg pvc akan menambah beban bila dimasukkan buku-buku dan peralatan lain di dalamnya. Jenis beg beroda pula akan menyukarkan anak-anak ketika ingin menaiki tangga kerana sudah tentu mereka terpaksa memikul beg tersebut. Dicadangkan anda untuk membeli beg jenis kain atau padding tali beg yang lebih tebal.

  • Bekas makanan

Tips untuk menggalakkan anak membawa bekal di sekolah adalah dengan membelikan bekas makanan yang menarik dan sesuai. Jadi tidak pelik sekiranya banyak jenama terkenal dan karakter kartun di Malaysia atau luar negara menjual set bekas makanan dan minuman di pasaran.

  • Pembalut buku

Pembalut buku diperlukan untuk membalut buku teks, dan buku latihan. Dengan adanya pembalut ini, buku yang digunakan akan tampak lebih kemas dan mengelakkan juga dari kotor atau basah.

  • Alatan tulis

Kelengkapan alatan tulis seperti pensel 2B, pemadam, pembaris, pengasah pensel, gam, gunting, kotak pensel, dan mekanikal pensel perlu anda beli. Anda boleh membeli secara borong atau alatan yang sudah dijual dalam set untuk lebih penjimatan.

  •  Jam tangan

Jam bukan menjadi perkara wajib untuk barang keperluan sekolah tetapi ia aksesori bagi semua orang. Namun begitu, jam sangat diperlukan kepada anak untuk mereka terdidik menjadi seorang yang menghargai masa.

  • Alatan mewarna

Alatan mewarna seperti krayon, warna air, pensel warna, berus lukisan, dan kertas warna perlu anda beli. Walaupun begitu, anda tidak perlu membazir untuk membelikan barangan ini serentak. Lihat pada minat dan keperluan anak anda.

Sekiranya dia lebih suka menggunakan pensel warna, maka lebih utama membelikannya pensel warna berbanding krayon atau warna air.

Buku tulis darjah 1

Berapa banyak buku tulis darjah 1 sebenarnya bergantung kepada mata pelajaran yang diambil di sekolah. Selain itu jenis buku tulis darjah 1 telah ditetapkan oleh guru. Biasanya mereka akan mengemas kini perkara ini dalam group Whatsapp kelas ataupun ketika mendaftarkan anak di sekolah.

Pengalaman hantar anak darjah 1

Seorang ibu, Nurmayuni Md Nor kongsikan pengalaman hantar anak darjah 1 melalui kumpulan Kami Suri Rumah.

Kenangan anak sulung darjah 1
First day beg putus zip rosak
Hari ke 2 pencil warna dah tinggal sejengkal
Hari ke 3 pnutup botol air tercabut
Semalam hari ke 4 penutup botol air dah pecah
Hari ni khamis first puasa apa pula la yang terjadi.. tak apalah anak asal awak rajin ke sekolah
Bazli dhamiri darjah 1 2023

Ibu-ibu lain turut kongsikan pengalaman mereka:

”Saya bagi anak 1batang pensel untuk menulis je,takut hilang. Balik dari sekolah dah ada 2batang pensel. Tanya siapa bagi. Kawan bagi katanya kesian hanya ada 1 pensel.”

”Anak saya drjah 1 lak trbalik.. pergi sekolah bawa duit rm3 je.. tp balik skolah tghari bwak balik rm10.. siasat punye siasat,, soal punye soal rupenye die die niaga kt sek.. hbis die jual pnsel.. pemadam.. pnsel warna kita asyik beli je duit kite hbis, tp bile kite beli pastu kite jual balik dpt duit banyak lagi, adoiii otak bisnes betul.”

”Hari pertama botol air pecah. botol smiggle. ingatkan beli mahal untuk ketahanan.”

”Dah biasa tu dik. Hihihi…. Pensel warna selalu hilang, pensel wajib bawa yg baru hari2. Alhamdulillah sekarang ank2 dh Darjah 6 n tingkatan 4 dah. Semoga ank2 terus cemerlang di dunia n akhirat.”

Cara kurangkan risiko barang sekolah anak hilang

Seorang pengguna Facebook, Safinas Sab kongsikan antara alat sekolah yang mudah hilang adalah pemadam, pensel, pembaris dan pengasah pensel. 

Untuk mengurangkan risiko alat tulis anak hilang di sekolah adalah:

  • Jangan bawa pensel/pemadam/ruler/sharpener dengan kuantiti yang banyak. Biasanya Saf akan sediakan 3 batang pensel, 1 pemadam, 1 ruler dan 1 sharpener sahaja. Coloring pensel 1 set juga.
  • Make sure bila beli alat tulis, beli in bulk dan masa ada discount. Contoh Saf beli pemadam sedozen terus, kalau hilang baru tukar.
  • Jangan beli jenama terlampau murah/mahal. Murah (kualiti tak best, contoh nanti color pensel tu cair sangat colornya dan kalau mahal, jika hilang memang sakit hati) Kalau barang yang mahal, guna untuk dekat rumah sahaja.
  • Make sure check buku/alatan tulis anak setiap hari selepas sekolah. Ada masa anak kita mungkin terambil buku/alatan tulis dari murid lain (tak sengaja) jadi boleh inform di group whatsapp kelas. Josseff Edryan pernah terambil buku teks kawan, dan kawan pun pernah terambil buku teks dia.

Alhamdulillah, setakat ni boleh control lagi part barang yang hilang tu. Memang dah standby mental (yes mencabar mental sebab nanti bila kat rumah nak guna, anak cakap dia tak tahu mana pemadam dia hilang, mana ruler dia pergi) dan standby alatan menulis extra. Kita pun tak pening dan senang nak handle.

Diharap perkongsian ini menjadi panduan buat anda semua. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Masalah Pembelajaran Kanak-Kanak: Punca Learning Disability, Tanda & Cara Mengatasi

Baca juga: Pendidikan STEAM: Apa Itu STEAM Education, Kepentingan & Perbezaan Dengan STEM

Baca juga: Pendidikan Khas/Special Education: Kepentingan, Senarai Sekolah PPKI & Cara Memohon