Berapa lama sebelum baki tali pusat bayi anda akan tertanggal?

Ibu bapa baru pasti tertanya-tanya bila baki tali pusat bayi mereka akan tertanggal. Adakah anda perlu letak sesuatu untuk baki tali pusat cepat tanggal?

Sebagai ibu bapa baru, anda mungkin rasa kurang yakin apabila tiba masa untuk mandikan anak buat kali pertama kerana takut tersentuh baki tali pusat bayi.

Tapi jangan takut. Sebenarnya, baki tali pusat bayi yang tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul, lebih berisiko untuk mendapat jangkitan!

Jadi ibu bapa perlu menjaga baki tali pusat ini dengan betul. Malah ibu baru baru mungkin ingin tahu juga, bila agaknya baki tali pusat itu akan tanggal ya?

Bilakah baki tali pusat bayi akan tanggal?

Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, fungsi tali pusat bayi ialah untuk membekalkan nutrien dari darah ibu ke bayi anda melalui plasenta. Apabila bayi dilahirkan, tali pusat akan dipotong dan meninggalkan baki tali pusat.

Apabila baki tali pusat ini kering, ia akan tertanggal dengan sendiri dan mendedahkan pusat bayi tersebut.

Menurut pakar kanak-kanak Gina Posner, M.D. dari Orange Coast Medical Center di Fountain Valley, California, biasanya baki tali pusat bayi akan tertanggal sendiri 5-7 hari selepas kelahiran.

baki tali pusat, baki tali pusat bayi, tali pusat bayi

Tapi, jangan bimbang kalau baki tali pusat itu lambat tanggal. Selagi ia tertanggal dalam masa 3 minggu selepas kelahiran, ini masih dianggap normal.

Namun, jika baki tali pusat itu tidak tanggal selepas 3 minggu, ini adalah tidak normal dan ibu bapa haruslah membawa anak berjumpa doktor.

Baki tali pusat bayi haruslah sentiasa kering

Menurut Posner, tip paling penting apabila menjaga baki tali pusat ialah untuk memastikan ia sentiasa kering. Beliau berpendapat adalah lebih baik kalau bayi baru lahir tidak dimandikan sehingga baki tali pusat bayi tersebut tertanggal.

Dia menyarankan bayi baru lahir hanya perlu dilap dengan kain basah supaya kawasan berdekatan dengan pusat tidak basah. Tapi memandangkan negara kita yang sentiasa panas, ramai ibu bapa tetap akan memandikan anak mereka.

Satu petua yang saya lihat confinement lady saya buat ialah dengan menyapu sedikit minyak kelapa dara sebelum memandikan anak.

Selepas mandi, dia akan membersihkan perut bayi baru lahir saya dengan kapas steril dan larutan hidrogen peroksida yang diberi oleh pihak hospital. Selain itu, lampin yang dipakai haruslah dilipat dan berada di bawah baki tali pusat.

baki tali pusat, baki tali pusat bayi, tali pusat bayi

Pakar kanak-kanak Eric Morley, M.D. dari MemorialCare Saddleback Medical Center di Laguna Hills, California, menasihatkan ibu bapa untuk memeriksa baki tali pusat itu agar ia tidak meradang kerana jangkitan boleh menjadi serius.

Tanda-tanda jangkitan termasuk kawasan sekeliling pusat yang kemerah-merahan, kulit yang keras atau kelihatan kembang disertai dengan discaj dan lelehan berbau busuk.

Perlukah baki tali pusat bayi disapu ubat lain supaya ia jatuh lebih cepat?

 
Jadi, jangan sapukan ubat anti-bakteria lain yang bukan dari hospital. Ubat lain seperti alkohol ataupun triple dye, boleh melambatkan proses penanggalan baki tali pusat bayi dengan menghapuskan bakteria semulajadi yang hadir.
 
Selagi ibu bapa rajin mengikut cara penjagaan yang betul baki tali pusat bayi pasti akan tanggal tidak lama lagi!

 

 

 

 

 

Sumber: Romper

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: