X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tiada Respon Ketika Dikejutkan, Bayi 2 Bulan Meninggal Dihempap Abang Ketika Tidur

5 min bacaan
Tiada Respon Ketika Dikejutkan, Bayi 2 Bulan Meninggal Dihempap Abang Ketika Tidur

Bayi 2 bulan meninggal dunia selepas dipercayai dihempap oleh abangnya yang berusia lima tahun sewaktu sedang lena tidur

Setiap ibu pastinya memiliki harapan yang tinggi untuk melihat anak membesar dengan baik. Namun tidak semua diberikan rezeki merasainya. Begitulah yang terjadi pada bayi 2 bulan apabila dia dilaporkan meninggal dunia akibat sesuatu tidak dijangka.

Tidak dinafikan bahawa semua ibu sudah sedaya upaya menjaga anak-anak mereka setiap masa. Sekelip mata sahaja boleh meragut nyawa tanpa anda sedar.

Bayi 2 bulan meninggal dunia dihempap abangnya

bayi 2 bulan meninggal tidur

Menurut laporan Malaysia Gazette, ibu ayah yang diuji kehilangan bayi 2 bulan mereka ini amat tenang dan positif menerima takdir yang telah ditetapkan.

“Ini semua sudah ketentuan Allah, kami reda dengan pemergiaan anak syurga kami, Maryam Sofea yang baharu berusia dua bulan,”

Itu nada sedih diluahkan Meor Syazalee Sha @ Meor Sha, 38, selepas kehilangan anak bongsu itu dipercayai lemas akibat dihempap anak lelakinya berusia lima tahun ketika sedang tidur di rumah mereka di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah semalam.

Difahamkan ketika kejadian, bayi 2 bulan yang juga satu-satunya anak perempuan dalam keluarga itu sedang tidur bersama isterinya dalam satu bilik manakala tiga lagi anak lelaki berusia 9, 6 dan 5 tahun tidur di bilik berasingan.

“Isteri hanya menyedari Maryam tidak sedarkan diri pada awal pagi semalam selepas mendapatinya tidak bergerak sebelum menyedari anak lelaki berusia lima tahun tidur di sebelah bayi.

“Selepas mendapati bayi tidak bergerak, kami segera membawanya ke hospital sebelum disahkan telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Alor Gajah.

Ibu ayah redha pemergian satu-satunya anak perempuan

Mengulas lanjut, Meor Syazalee yang juga pensyarah di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah berkata, walaupun sedih kehilangan anak tunggal perempuan, dia dan isteri reda dengan ketentuan Allah.

kes bayi meninggal dunia

“Ujian Allah ini mungkin sedikit sahaja untuk kami jika dibandingkan dengan insan lain yang turut diuji kehilangan ahli keluarga tercinta.

“Saya cuma berharap orang ramai dapat membantu kami agar tidak memberikan sebarang komen yang tidak sensitif yang hanya akan mengganggu emosi kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu ketika dihubungi media berkata, pihaknya hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas mendapat hasil laporan bedah siasat.

Tinjauan MalaysiaGazette di Unit Forensik Hospital Alor Gajah setakat jam 12.20 tengah hari ini mendapati lebih 10 ahli keluarga sedang menunggu proses bedah siasat selesai sebelum jenazah dijangka dikebumikan di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah

Sesungguhnya kehilangan insan tersayang adalah sesuatu yang menyedihkan. Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan takziah buat keluarga mangsa.

Tips keselamatan bayi ketika tidur

Setiap tahun, kira-kira 3,500 bayi di Amerika Syarikat mati secara mengejut dan tidak dijangka semasa mereka sedang tidur.

Kebanyakan kematian tragis ini adalah disebabkan oleh sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) atau kematian akibat sesak nafas atau tercekik.

Justeru ada beberapa tips bagi memastikan keselamatan si manja ketika tidur. Antaranya:

#1. Posisi tidur ketika siang dan malam

tips keselamatan bayi tidur

Bayi yang tidur telentang lebih kurang risiko dan kemungkinannya untuk mati mengejut dan tidak dijangka berbanding bayi yang tidur meniarap atau mengiring.

Jika dalam posisi mengiring, bayi anda boleh berguling dengan lebih mudah. Sesetengah ibu ayah bimbang bahawa bayi akan tercekik apabila mereka terlentang.

Tetapi anatomi saluran pernafasan bayi dan refleks muntah akan menghalangnya daripada berlaku. Malah bayi yang mempunyai penyakit refluks gastroesophageal (GERD) dinasihatkan tidur telentang.

#2. Gunakan permukaan tidur yang padat dan rata

Permukaan yang tegap bermakna ia tidak sepatutnya melengkung apabila bayi anda berbaring di atasnya. Mana-mana permukaan yang condong lebih daripada 10 darjah tidak selamat untuk bayi tidur.

Letakkan bayi anda di dalam katil bayi yang memenuhi piawaian keselamatan Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna (CPSC).

Jangan gunakan katil bayi yang tidak selamat ataupun rosak.

#3. Elakkan tidur bersama bayi

Berdasarkan beberapa kes, AAP tidak mengesyorkan perkongsian katil dengan bayi anda dalam apa jua keadaan. Ini termasuklah kembar ataupun adik beradiknya yang lain.

Jika anda membawa bayi ke katil anda untuk menyusu atau bermain dengannya, pastikan meletaknya ruang tidur mereka sendiri apabila anda sudah bersedia untuk tidur.

Jika ada kemungkinan ibu ayah tertidur semasa bayi berada di atas katil, pastikan tiada bantal, cadar, selimut atau apa-apa barang lain yang boleh menutup muka, kepala dan leher bayi.

Sebaik sahaja terjaga,  pastikan anda memindahkan bayi anda ke katilnya sendiri.

Elakkan tertidur dengan bayi anda di tempat lain juga. Risiko kematian bayi yang berkaitan dengan tidur adalah 67 kali lebih tinggi apabila bayi tidur dengan seseorang di atas sofa, kerusi berlengan empuk atau kusyen.

#4. Kongsi bilik, bukannya katil

Untuk beberapa bulan pertama, anda boleh berkongsi bilik yang sama dengan bayi. Namun pastikan letak katil bayi berdekatan dengan tempat tidur anda.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

AAP mengesyorkan perkongsian bilik kerana ia boleh mengurangkan risiko SIDS sebanyak 50% dan ia lebih selamat daripada perkongsian katil. Perkongsian bilik juga memudahkan anda menyusu, lebih selesa dan dapat mengawasi si manja.

#5. Jauhkan objek lembut atau peralatan tidur yang longgar

Objek ini boleh meningkatkan risiko bayi anda terperangkap, lemas atau tercekik. Sebagai contoh, bantal, mainan, selimut, kain ataupun cadar

Jika anda bimbang bayi kesejukan, anda boleh memakaikan mereka dengan baju yang tebal ataupun bedung. Selain itu, elakkan anak terlalu panas kerana ia boleh meningkatkan risiko SIDS.

Sentiasa periksa keadaan bayi sekiranya ada tanda-tanda terlalu panas seperti berpeluh, dada panas atau kulit memerah.

Semoga bermanfaat!

Malaysia Gazette, Healthy Children

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman 

Baca juga: Ibu Terlelap Seketika, Bayi 2 Bulan Meninggal Tertindih Ketika Menyusu Dalam Kereta

Baca juga: Budak 4 Tahun Meninggal Dihempap Batu Pagar Ketika Ibu Sediakan Juadah Berbuka

Baca juga: Allah Ambil Satu Dari Dua, Pilu Bayi Kembar Meninggal Dalam Perut, Tubuh Terbelit Tali Pusat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Tiada Respon Ketika Dikejutkan, Bayi 2 Bulan Meninggal Dihempap Abang Ketika Tidur
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham