Awas Ibu, Ada Risikonya Jika Berat Bayi Dalam Kandungan Kurang Atau Berlebihan!

lead image

Biasanya, berat normal janin bergantung kepada tubuh ibu hamil dan corak pemakanan yang diamalkan sepanjang kehamilan tersebut.

Tahukah anda berapa berat normal janin? Berat normal janin ialah 3.5 kg dan purata panjang dari kepala hingga kaki pula adalah sepanjang 51.2cm. Daripada situ, doktor pakar dapat menilai tahap perkembangan janin dan kehamilan yang baik. 

Tapi bagaimana pula keadaannya bila berat janin berlebihan atau kurang? Apakah komplikasi yang boleh berlaku? Inilah yang ingin dikongsikan theAsianparent Malaysia dalam artikel kali ini. 

Berat normal janin – Berat bayi dalam kandungan berlebihan atau berkurangan, apa boleh terjadi?

Tapi, sebelum membincangkan tentang komplikasi yang boleh berlaku jika berat janin berlebihan atau berkurangan, jom ambil tahu tentang faktor-faktor yang boleh menjejaskan berat janin ini dulu:

6 faktor yang boleh menjejaskan berat janin – ibu hamil wajib tahu!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/hello sehat 2.jpg Awas Ibu, Ada Risikonya Jika Berat Bayi Dalam Kandungan Kurang Atau Berlebihan!

Kredit : Hello Sehat

Berat janin boleh dipengaruhi oleh banyak faktor dan ia mampu memberi kesan langsung kepada perkembangan bayi anda. Antara faktornya ialah:

  1. Faktor genetik
  2. Kesihatan ibu hamil –  Jika ibu menghidap diabetes dan obesiti, anda lebih cenderung memiliki bayi bersaiz besar
  3. Bentuk badan ibu hamil – Ibu yang memiliki saiz badan besar akan tinggi peluang untuk melahirkan bayi yang mempunyai berat badan lebih besar 
  4. Berat badan ibu ketika mengandung – Jika tiada pertambahan berat badan, bayi akan mengalami kekurangan berat atau masalah nutrien. Sebaliknya, jika ibu hamil terlalu berat, bayi berisiko memiliki berat berlebihan dan proses bersalin jadi sukar hingga perlu jalani pembedahan czer
  5. Jika jarak kelahiran antara bayi sulung dan kedua terlalu rapat, kemungkinan anak kedua memiliki kurang berat badan. 
  6. Saiz janin – Jika hamil kembar, berat setiap bayi adalah lebih rendah daripada berat janin normal. 

Apa masalah yang boleh timbul jika berat janin tak normal? 

Perkembangan janin tidak sama dan jadual berat yang disediakan oleh pihak KKM hanyalah untuk rujukan sahaja. Bila berat bayi kurang sedikit sahaja, itu normal dan ibu tak perlu bimbang. 

Dalam kes ini, apa yang perlu dilakukan adalah membuat diet sihat, berehat secukupnya, elakkan tekanan dan patuhi nasihat doktor anda.

Namun, ada risikonya jika janin dalam kandungan mengalami berat berlebihan atau berkurang. Ini risiko-risikonya:

3 risiko jika bayi mengalami berat berlebihan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/detik health.jpg Awas Ibu, Ada Risikonya Jika Berat Bayi Dalam Kandungan Kurang Atau Berlebihan!

Kredit : Detik Health

  • Kemungkinan ibu mengalami komplikasi ketika bersalin. 
  • Bayi mungkin berisiko menghidap diabetes, obesiti, tekanan darah tinggi, penyakit gastrointestinal dan lain-lain. 
  • Doktor akan melakukan beberapa ujian klinikal untuk keadaan tersebut. 

5 risiko jika bayi mengalami kekurangan berat badan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/blog pregnancy.jpg Awas Ibu, Ada Risikonya Jika Berat Bayi Dalam Kandungan Kurang Atau Berlebihan!

Kredit : Blog Pregnancy

  • Apabila fetus terlalu kecil dan ringan, ia boleh menyebabkan kelahiran bayi kurang zat makanan dan masalah kesihatan yang lain. 
  • Doktor akan melakukan beberapa ujian untuk mencari punca bayi mengalami kurang berat badan seperti membuat ujian plasenta dan memeriksa tali pusat bayi. 
  • Sebaik mengenal pasti punca, doktor akan maklumkan cara menyesuaikannya seperti tukar diet dan berehat. 
  • Jika janin mengalami kenaikan berat perlahan, ibu perlu mengamalkan nutrien harian yang sihat seperti minum susu dan pengambilan vitamin.
  • Ibu harus menjalani lawatan penjagaan antenatal bagi memantau perkembangan bayi dan nasihat perubatan tentang keadaan bayi. 

Semoga bermanfaat. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Tribunnews 

Sumber: Penulis asal Ele Luong. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Vietnam untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

12 gambar proses perkembangan janin (dari 1 bulan sampai lahir) yang sungguh menakjubkan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!