Ibu Yang Bersalin Czer Perlu ELAK Buat 23 Perkara Ini Agar Luka Jahitan Tidak Terbuka

undefined

Berpantang czer tidak sama dengan kelahiran normal. Justeru, ada beberapa perkara yang anda tidak boleh lakukan agar luka pembedahan segera sembuh!

Apabila berbicara tentang prosedur bersalin, kebanyakan ibu sudah semestinya berharap kelahiran secara normal. Namun atas beberapa sebab tertentu, anda terpaksa melalui pembedahan czer. Justeru ketahui ada beberapa perkara penting ketika berpantang czer. 

Bagi ibu yang baru pertama kali bersalin czer, anda mungkin berdepan sedikit kesukaran bagi mengurus bayi dan diri sendiri. Hal ini kerana tubuh memerlukan tempoh pulih yang agak lama berbanding kelahiran normal.

Mengapa ada ibu perlu bersalin secara pembedahan atau caesaran?

Ibu Yang Bersalin Czer Perlu ELAK Buat 23 Perkara Ini Agar Luka Jahitan Tidak Terbuka

Kebanyakkan ibu sudah pasti memilih kelahiran secara mudah, tiada komplikasi dan bersalin secara normal berbanding secara pembedahan. Namun, kita tidak dapat mengelak jika ada masalah dan terpaksa bersalin secara pembedahan.

Bersalin secara pembedahan bayi akan dikeluarkan melalui belahan di perut ibu, jika bersalin secara normal bayi akan di keluarkan dari faraj.

Sebelum pembedahan dijalankan, ibu akan diberikan bius epidural kawasan perut hingga kaki, ibu akan berasa kebas. Semasa proses pembedahan di jalankan ibu berada dalam keadaan sedar.

Antara masalah yang dinasihatkan ibu bersalin secara pembedahan ialah:

  1. Bukaan pintu rahim tidak cukup 10cm. Kontraksi sudah beberapa jam tetapi bukaan rahim masih belum mencapai 10cm.
  2. Bayi songsang. Bayi mengalami masalah untuk memusingkan kepala ke pintu rahim ketika proses kelahiran. Cara yang paling selamat untuk mengeluarkan bayi adalah cara pembedahan.
  3. Bayi kembar. Kelahiran untuk bayi kembar biasanya bergantung kepada kedudukan bayi, berat dan usia kehamilan. Biasanya bayi kembar yang lahir tidak cukup bulan atau mengalami masalah lain doktor akan menasihatkan untuk bersalin secara pembedahan untuk mengelakkan sebarang komplikasi semasa proses kelahiran nanti.
  4. Masalah placenta (uri). Mengalami masalah placenta privia di mana uri mentutup pintu rahim.
  5. Tali pusat bayi terkeluar. Jika tali pusat bayi nampak terkeluar dahulu dari kepala bayi. Pembedahan kecemasan akan dilakukan untuk mengelakkan bayi terbelit dengan tali pusat.
  6. Kesihatan ibu. Proses bersalin secara pembedahan ini juga turut mengambil kira faktor kesihatan ibu jika ibu mengalami penyakit seperti jantung, darah tinggi, kencing manis.
  7. Sejarah kelahiran secara pembedahan. Sejarah kelahiran anda juga turut diambil kira. Apa-apa bergantung kepada nasihat doktor dan kesihatan anda.

Buat ibu yang menjalani proses kelahiran pembedahan berulang kali sebenarnya berisiko menghadapi masalah tumpah darah yang boleh menyebabkan uri terpaksa dibuang.

Oleh itu, berbincang dan dapatkan nasihat doktor untuk keputusan yang terbaik untuk anda dan bayi.

Penjagaan diri selepas bersalin czer

Ibu Yang Bersalin Czer Perlu ELAK Buat 23 Perkara Ini Agar Luka Jahitan Tidak Terbuka

Luka czer biasanya mengambil masa enam minggu sehingga tiga bulan untuk sembuh. Ibu perlu berhati-hati jahitan pada belahan di kulit perut berkemungkinan boleh terbuka, luka czer berair dan bernanah jika di jaga dengan betul.

Cara berpantang czer untuk ibu-ibu:

  1. Rehat secukupnya. Sama dengan bersalin secara normal. Ibu perlukan rehat secukupnya untuk kembalikan tenaga. Tetapi bersalin czer mengambil masa yang agak lama berbanding bersalin normal. Ibu perlu pastikan luka czer sembuh tanpa sebarang komplikasi.
  2. Makan makanan yang sihat. Penjagaan makan adalah sangat penting untuk badan sama ada sebelum dan selepas bersalin. Sekiranya ada menyusu, pastikan anda memberikan sumber nutrisi yang baik kepada bayi anda. Pelbagaikan diet untuk bayi dan anda sihat.
  3. Jaga pergerakkan. Kurangkan pergerakkan anda semasa dalam proses untuk sembuh. Elakkan daripada turun naik tangga. Jangan sesekali cuba untuk mengangkat sesuatu yang berat lebih daripada bayi anda. Elakkan senaman yang berat
  4. Jaga emosi. Kehadiran bayi boleh mengundang pelbagai emosi yang tidak dijangka. Jangan abaikan sekiranya anda letih, sedih atau kecewa. Ceritakan kepada rakan, pasangan atau kaunselor tentang emosi anda.

Senarai perkara yang perlu dielakkan ketika berpantang czer

ibu berpantang czer

credit to sources

Saya masih ingat nasihat mak tentang bersalin secara pembedahan. Ibu dan kakak mempunyai pengalaman bersalin melalui kaedah ini. Nasihat mereka adalah proses berpantang czer dan penjagaan harus lebih teliti!

Siapa sahaja tidak mahu cepat sihat dan kembali aktif seperti sebelum hamil, kan? Mungkin sesetengah ibu hanya memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pemakanan berkhasiat setiap hari sehingga terlupa ada beberapa perkara ini tidak boleh dilakukan sewaktu berpantang czer.

Antaranya ialah:

#1. Berpantang czer- Jangan membongkok ke bawah

No, no! Jangan cuba untuk tunduk atau membongkok ke bawah. Proses penyembuhan tak akan berjalan lancar. Minta tolong ahli keluarga, pasangan atau rakan untuk ambil apa-apa.

#2. Bersin

Kalau anda tahu teknik untuk tahan bersin atau bersin dengan perlahan, sila lakukan sekarang.

#3. Batuk

Anda kena tahan batuk juga. (Gila ke tahan batuk?) Tapi, ya! Batuk akan beri tekanan pada perut.

#4. Bergelak sakan

Jangan gelak juga. Bila anda gelak, perut akan bergerak dan memberi tekanan pada abdomen anda. Sudahlah kesan incision belum sembuh… aduh!

#5. Tidur tanpa bantal

Pastikan anda ada bantal untuk menyokong perut ketika membaringkan tubuh.

#6. Menggaru-garu kulit di sekitar luka

Oh, no no! Jangan garu luka untuk mengelak jangkitan kuman. Pastikan anda mengenakan pakaian yang longgar dan selesa setiap masa.

#7. Mengambil makanan jenis berangin 

makanan pantang berangin

credit to sources

Makanan bergas akan mengakibatkan ketidakselesaan. Usus akan memberi tekanan pada luka anda. Elak dari makan sayur brokoli, kubis, kubis bunga, timun, lada hijau dan jagung.

#8. Makanan menyukarkan proses penghadaman

Ingat bagaimana sukar membuang air besar? Ya, jangan makan lagi makanan yang boleh buat anda sembelit itu! Banyak minum air dan makan sayur-sayuran.

#9. Berselisih pendapat dengan wanita bersalin secara normal

Chill, lah. Bersalin secara normal atau pembedahan, masing-masing demi anak tercinta kan?

#10. Mengangkat benda berat

Jangan sesekali bersikap terlalu rajin apabila berada di rumah. Sekiranya ada barang berat perlu dialihkan, minta sahaja suami atau orang lain. Ini bagi mengelakkan kesan jahitan menjadi terbuka!

#11. Apabila mengadakan hubungan suami isteri

Suami pasti merindukan belaian dan perhatian anda. Justeru, usahlah ‘ganas’ sangat. Ini adalah untuk memastikan kesan luka jahitan tidak terjejas nanti.

#12. Naik turun tangga

Bagi anda yang mendiami rumah pangsa atau kediaman bertingkat, pastikan menggunakan lift untuk tempoh masa 30-60 hari berpantang czer. Manakala jika bilik utama berada di tingkat atas, ubahlah sementara waktu untuk kekal berada di bilik bawah.

#13. Marah doktor pembedahan

Apalah sangat kangaroo punch pada perut anda itu. Demi melahirkan zuriat untuk suami tercinta, kan?

#14. Menangis ketika mandi

Sabarlah. Anda wanita yang kuat! Lagipun, kerap menangis hanya membuatkan kesan luka bersalin menjadi semakin sakit.

#15. Kerap melihat bahagian perut 

Jangan sesekali menundukkan badan untuk melihat bahagian perut yang sudah dijahit. Minta sahaja pasangan tolong tengok dan letakkan ubat.

#16. Kawasan atau permukaan yang lembap

Pastikan pasangan sudah menyediakan pengelap kaki di hadapan pintu bilik air. Anda juga boleh memintanya untuk letakkan pelapik kasar di ruang yang anda merasakan licin. 

#17. Bergerak tanpa sokongan

Jangan pandai-pandai nak bergerak tanpa sokongan, ya! Minta bantuan!

#18. Menghempaskan tubuh dengan kuat

Duduk akan memberi tekanan pada kesan luka. Jadi jangan duduk secara tiba-tiba. Perlahan-lahan..

#19. Malu meminta bantuan

bersalin czer

credit to sources

Jangan malu untuk meminta bantuan. Semua orang tahu anda harus ditolong.

#20. Ingin cepat sembuh

Sabar. Jangan kelam-kabut. Ada banyak lapisan pembedahan yang memerlukan masa untuk pulih!

#21. Fikir anda dipandang rendah

Tak payah fikir semua komen negatif! Apa yang pasti, anda sudah selamat bersalin pun. Tak ada siapa yang memandang rendah.

#22. Bandingkan anak

Jangan bandingkan anak sendiri dengan anak yang dilahirkan secara normal. Tiada beza, anak-anak itu suci dan kurniaan Tuhan!

#23. Hanya duduk sahaja di rumah

Walaupun masih berasa sakit setelah memasuki minggu ke-3 kelahiran, ibu usahlah hanya duduk dan bermalas-malasan untuk melakukan senaman ringan. Semakin anda kurang aktif, makin lama masa untuk cepat sihat!

Makanan berpantang bersalin czer

Makanan adalah sangat penting untuk menyembuhkan dan memberi tenaga selepas pembedahan.

  • Ambil makanan protein tinggi – Seperti ikan ayam membantu pemulihan untuk tubuh.
  • Banyakkan minum air kosong – Banyakkan minum air kosong untuk kekal terhidrat selain itu, elakkan minuman berkafein. Minuman berkafein menyebabkan kerap membuang air kecil.

Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya:

  •  Demam berpanjangan
  •  Cecair busuk keluar dari luka
  •  Kawasan luka menjadi lembut
  •  Jahitan tidak bercantum
  •  Luka kemerah-merahan atau membengkak

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

  1. Amalan Tradisional Melayu – Ministry of Health. tcm.moh.gov.my/ms/upload/amalan/laporan_kajian/postnatal.pdf
  2. Usah khuatir Ceasarean – Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/sihat/2018/07/362697/usah-khuatir-ceasarean
  3. WIC Operations Manual (WOM) | Local WIC Providers | Health & Senior Services. WIC Operations Manual (WOM). https://health.mo.gov/living/families/wic/localagency/wom/

Baca juga: Waspada Bila Bergerak, Ini Cara Bangun Dari Katil Tidur Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Baca juga: Begini Proses Bersalin Secara Czer Dilakukan, Para Ibu Wajib Tahu Sebelum Bersalin!

Baca juga: Pedulikan Kata Orang, Ini 5 Sebab Anda Perlu Berasa HEBAT & Bangga Bersalin Czer 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!