Period Selepas Bersalin: Bila Haid Kembali Dan Faktor Yang Mempengaruhi

Period selepas bersalin buat kali pertama bergantung pada ibu. Jika tidak menyusu badan, minggu ke-8 selepas bersalin, haid akan kembali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas bersalin, tubuh ibu melalui beberapa siri perubahan yang luar biasa untuk pulih dan menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas kehadiran cahaya mata. Satu soalan biasa yang sering timbul pada masa ini ialah, “Bilakah period selepas bersalin akan kembali?”

Jawapan kepada soalan tersebut sebenarnya adalah berbeza bagi setiap wanita. Hal ini kerana ada beberapa faktor yang mempengaruhi masa haid selepas bersalin.

Bila kedatangan period selepas bersalin

Sepanjang kehamilan, ibu tidak mengalami haid sehingga berjaya melahirkan bayi. Seterusnya adalah tempoh nifas. Nifas adalah darah yang keluar selepas proses kelahiran.

Kebiasaannya darah nifas selepas bersalin ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 minggu selepas melahirkan. 

Hasil pemerhatian yang pernah dilakukan oleh WHO, jangkaan bila period selepas bersalin secara umumnya ialah antara 4 hingga 10 bulan, namun ia boleh juga mencapai 15 hingga 18 bulan selepas bersalin.

Ibu yang tidak menyusu badan biasanya akan datang haid selepas bersalin yang lebih cepat berbanding ibu menyusu badan

Period selepas bersalin yang pertama biasanya enam sehingga lapan minggu. Sekiranya anda menyusu, period akan datang pada tempoh yang tidak tetap.

Period selepas bersalin boleh mencapai 18-24 bulan jika ibu menyusukan anak mereka secara esklusif.

Bagaimana haid selepas bersalin kelihatan

Aliran haid selepas bersalin pertama anda mungkin berbeza daripada haid sebelum hamil anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia mungkin lebih ringan atau lebih berat, dan tempohnya mungkin berbeza-beza juga. Sesetengah wanita mengalami aliran yang lebih berat kerana pengumpulan lapisan rahim semasa kehamilan.

Pengalaman period pertama selepas bersalin

Pengalaman period pertama selepas bersalin mungkin membuatkan anda terkejut. Mana tidaknya, sudah beberapa bulan lamanya ia tidak datang!

Untuk pengetahuan anda, adalah perkara biasa sekiranya kitaran haid mengalami perubahan selepas kelahiran.

Berikut adalah beberapa perubahan dalam period selepas bersalin yang boleh anda perhatikan: 

1) Tempoh haid selepas bersalin

Tempoh datang haid selepas bersalin adalah berbeza bagi setiap wanita. Ibu tidak perlu risau kita anda mengalami masalah ini. Menurut kajian, faktor utama yang menpengaruhi kedatangan period selepas bersalin adalah anda menyusu badan atau tidak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu yang tidak menyusu badan tempoh haid biasanya enam ke lapan minggu selepas bersalin manakala bagi ibu menyusu secara eksklusif kedatangan haid selepas bersalin sukar dijangka. Namun keadaan ini normal.

2) Pendarahan haid lebih banyak

Selepas bersalin pendarahan haid ibu akan lebih banyak berbanding sebelumnya. Darah akan keluar seperti ketulan darah, rasa lebih kejang dan berlaku pendarahan untuk tempoh yang lama. Ini mungkin akan membuatkan anda rasa tidak selesa.

Keadaan ini berlaku adalah disebabkan badan anda sedang menyesuaikan diri untuk proses menstruasi selepas 9 bulan berehat. 

Walau bagaimanapun, masalah ini akan kembali normal dan simptom akan berkurang dan haid akan kembali normal setiap bulan.

3) Period tak teratur selepas bersalin

Menurut laman Doctoroncall, period tak teratur selepas bersalin berpunca daripada perubahan hormon dalam badan selepas anda melahirkan anak.

Ketika hamil, keseimbangan hormon berubah untuk menghentikan haid supaya janin dapat membesar dalam kandungan.

Manakala selepas melahirkan bayi, hormon yang menghentikan haid masih terdapat di dalam badan anda. Badan mengambil masa untuk mengurangkan hormon tersebut dan meningkatkan paras hormon lain bagi mengembalikan haid anda.

Selain itu, jika anda menyusui anak dengan dengan susu ibu, otak akan mengesan bahawa anda sedang menyusu dan ia menghantar isyarat untuk meningkatkan perembesan hormon prolaktin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hormon prolaktin merupakan hormon yang meningkatkan penghasilan susu  dalam badan dan juga akan menghentikan haid. Biasanya haid akan mengambil masa beberapa bulan untuk kembali kepada normal selepas anda berhenti menyusui anak dengan susu ibu.

Faktor yang mempengaruhi darah haid selepas bersalin

Perkara utama yang mempengaruhi durasi kembalinya haid selepas bersalin ialah hormon progesteron dan hormon prolaktin.

Faktor utama penyebab gangguan haid ialah ketidakseimbangan hormon. Walau bagaimanapun, apabila ibu menyusukan anak secara esklusif, dia lebih cenderung untuk tidak mendapat haid kerana terjadinya hiperprolaktin.

Untuk pengetahuan semua, hiperprolaktin ialah situasi apabila kadar hormon prolaktin dalam darah menjadi lebih tinggi daripada kadar yang normal.

Namun, jika ibu menyusu sudah mendapat haid yang normal, ini bermakna dia sudah kembali memasuki fasa subur.

Jika ingin merancang kehamilan yang seterusnya, hendaklah segera mencari bantuan perancangan keluarga yang alternatif.

Normalkah jika tak period selepas bersalin?

Seorang blogger berkongsikan pengalaman tak period setiap kali habis pantang lima orang anaknya.

Pernah tak korang tidak datang haid dalam tempoh yang lama selepas bersalin?Risau mana la tahu rupa-rupanya mengandung lagi. Anak baru 2 bulan.ngeri laaa hai..

Ni la kisah nak dikongsi. Kak su ni anak dah 5 tapi setiap kali habis pantang , haid mesti tak datang. Dari anak pertama sampailah anak yang ke 5. Disebabkan risau takut mengandung lagi, kak su buat keputusan untuk makan pil perancang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas bersalin hari ke 30 kak su dah mula ambil pil perancang.Tapi anak ke 5 , kak su dah tak ambil perancang , doktor sarankan guna alat cegah hamil IUCD.

Disini kak su share penyebab tak period selepas bersalin atau haid tertunda..nak tau juga kan..pening kepala kalau anak merah lagi ,rupa-rupanya dalam perut dah berisi lagi. Sila beri perhatian ya!

  • Perubahan gaya hidup dan tidak cukup rehat

Ni perkara biasa ibu-ibu alami terutamanya jika anak sulung.Kita tak mempunyai masa rehat yang cukup menyebakan badan terasa letih.

Tidur pun tidak menentu kerana sibuk menguruskan anak kecil, menyusukan bayi atau terpaksa bangun berulang kali untuk  menukar lampin.

  • Penyususan secara ekslusif

Apabila ibu ibu menyusukan bayi secara ekslusif iaitu , bayi hanya menyusu ibu sahaja tanpa bantuan cecair lain seperti susu formula atau air kosong, akan menyebabkan badan akan menghasilkan hormon prolaktin yang mengakibatkan tidak terjadinya haid.

Ketika penyusuan ini hormon prolaktin adalah tinggi menyebabkan kitaran haid tidak berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Emosi yang terganggu

Ibu-ibu tidak dapat menyesuailan diri dengan suasana baru selepas melahirkan anak. Emosi akan terganggu apabila tidak dapat mengendalikan anak dengan betul.

  • Pemakanan kurang seimbang

Biasanya selepas bersalin, ibu-ibu akan melalui tempoh berpantang. Dalam tempoh tersebut ibu-ibu dilarang mengambil makanan tertentu dan ada kalanya larangan menu pemakanan yang ketat menyebakan kekurangan nutrisi dalam badan.

Disamping menu pemakanan seharian, ibu ibu juga perlu mengambil makanan tambahan seperti susu, vitamin c , vitamin B dan zink.

Tidak datang haid selepas bersalin boleh mengandung

Tidak datang haid selepas bersalin boleh menyebabkan anda mengandung. Walaupun tak period, ia bukan bermaksud anda tidak subur.

Ada kes ibu yang menyusukan anak, tidak datang haid beberapa bulan, kemudian dia mula merasakan tendangan bayi dalam perut!

Berikut beberapa alasan mengapa tidak datang haid selepas bersalin boleh mengandung:

  • Ovulasi Tanpa Haid: Kadangkala semasa bersalin, seorang wanita mungkin mengalami ovulasi (pelepasan telur dari ovari) tanpa haid. Ini boleh berlaku jika hormon prolaktin (disebabkan penyusuan susu ibu secara eksklusif) menekan ketinggian haid, tetapi tidak selalu menghalang ovulasi. Jadi, anda mungkin mengalami ovulasi dan kemudian hamil tanpa haid selepas bersalin.
  • Hubungan Seksual Tanpa Perlindungan: Jika anda melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan selepas bersalin dan tidak menggunakan kontraseptif, terdapat peluang untuk mengandung lagi adalah tinggi.

Haid terlalu awal selepas bersalin

Jika anda tidak menyusu secara eksklusif atau memberikan bayi minum susu formula, kitaran haid anda mungkin kembali lebih awal.

Pengenalan makanan lain dan pengurangan penyusuan boleh mengurangkan penindasan ovulasi.

Selain itu turun naik hormon yang ketara dalam badan boleh menjejaskan bila haid pertama selepas bersalin kembali.

Sesetengah wanita mungkin mengalami haid terlalu awal selepas bersalin kerana hormon mereka lebih stabil.

Haid berpanjangan selepas bersalin

Haid berpanjangan selepas bersalin, dikenali sebagai menorrhagia selepas bersalin, adalah keadaan yang memerlukan perhatian perubatan.

Menorrhagia adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan haid yang sangat berat dan/atau berpanjangan.

Ini boleh memberi kesan negatif terhadap kualiti hidup dan kesejahteraan umum anda. Berikut adalah beberapa kemungkinan penyebab haid berpanjangan selepas bersalin:

  • Pengumpulan sisa kehamilan
  • Jangkitan
  • Keabnormalan rahim
  • Perubahan hormon dalam tubuh

Tanda period tidak normal

Selepas bersalin, anda akan mengalami kedatangan haid yang berbeza berbanding sebelum ini. Antara tanda haid tidak normal adalah seperti:

  • Jumlah darah haid sedikit atau terlalu banyak
  • Tahap kesakitan yang dialami ketika senggugut
  • Haid yang tidak teratur
  • Darah yang beku tetapi tidak besar
  • Lebih lama daripada tempoh purata
  • Pendarahan yang banyak berlanjutan melebihi 7 hari
  • Perlu menukar pad atau tampon yang penuh dalam masa 2 jam
  • Darah haid yang sedikit
  • Perlu menukar pad atau tampon pada waktu malam
  • Terdapat ketulan-ketulan darah beku yang besar
  • Haid kurang daripada 21 hari atau lebih daripada 35 hari
  • Haid tidak menentu

Bila perlu jumpa doktor

Sekiranya anda mendapati terdapat tanda-tanda seperti berikut:

  • Pendarahan banyak yang memenuhi pad atau tampon dan perlu ditukar setiap jam
  • Pendarahan yang disertai sakit teruk
  • Demam mendadak tanpa ketahui punca yang jelas
  • Pendarahan yang berterusan melebihi 7 hari
  • Terdapat ketulan-ketulan darah beku yang besar
  • Lelehan yang berbau busuk
  • Sakit kepala yang teruk
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Sakit ketika hendak membuang air kecil
  • Tidak datang haid  di mana terdapat dua keadaan yang menyebabkan haid anda tidak datang selepas bersalin iaitu Sindrom Sheehan dan Sindrom Asherman

Kesimpulannya, pengalaman setiap wanita adalah unik dan period selepas bersalin  anda mungkin tidak sama dengan pengalaman orang lain.

Fahami badan anda semasa ia mengalami perubahan ini, dan jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor jika mempunyai sebarang kebimbangan tentang kitaran haid atau pemulihan selepas bersalin.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: Panduan Mengira Kitaran Haid – Perlu Tahu Mana Normal Atau Tidak, Jika Ingin Hamil

Baca juga:  8 Sebab Kenapa Darah Haid Anda Sikit & Berkurang Tiba-Tiba

Baca juga: Kitaran Haid Tak Teratur, Sekejap Ada Sekejap Tiada, Ada Ke Ubat Untuk Merawatnya?