Kebanyakan ibu yang baru sudah bersalin tertanya-tanya bilakah period selepas bersalin akan kembali, setelah habis nifas atau selepas beberapa bulan bersalin?
Begitu juga apa yang bermain di fikiran saya. Setelah 24 bulan melahirkan anak lelaki yang ke-2, haid selepas bersalin saya masih belum kembali. Sedangkan semasa anak sulung, haid saya kembali selepas 6 bulan bersalin.
Hakikatnya, tempoh period selepas bersalin akan kembali berbeza-beza bagi setiap wanita, malah, durasi haid kembali selepas bersalin juga berbeza.
Bila Kedatangan Haid Selepas Bersalin?

Hasil pemerhatian yang pernah dilakukan oleh WHO, durasi jangka masa haid selepas bersalin secara umumnya ialah antara 4 hingga 10 bulan, namun ia boleh juga mencapai 15 hingga 18 bulan selepas bersalin.
Durasi period selepas bersalin akan kembali boleh mencapai 18-24 bulan jika ibu menyusukan anak mereka secara esklusif.
Penyusuan ibu secara esklusif juga boleh menjadi perancangan kelahiran semulajadi (natural birth control).
Seperti yang ibu-ibu tahu semasa dalam kehamilan anda tidak akan mengalami haid sehingga kelahiran bayi. Selepas kelahiran anda akan mengalami tempoh nifas. Nifas ialah darah yang keluar selepas proses kelahiran. Darah nifas berapa lama ia akan mula berhenti? Kebiasaannya darah nifas darah selepas bersalin ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 minggu selepas melahirkan.
Untuk mengetahuan ibu, penyusuan secara terus kepada bayi biasanya akan mempengaruhi tempoh haid anda selepas bersalin. Ini kerana hormon untuk menghasilkan susu ibu telah menekan ovulasi.
Oleh sebab itu, ibu yang beri bayi mereka susu formula biasanya akan datang haid lebih cepat berbanding ibu yang memberi susu secara terus kepada bayi.
Period pertama biasanya enam sehingga lapan minggu selepas bersalin. Sekiranya anda menyusu, period akan datang pada tempoh yang tidak tetap.
Perubahan Haid Selepas Bersalin Setiap Ibu Perlu Tahu
Bagi sesetengah ibu mungkin akan mengalami sedikit perubahan haid selepas bersalin. Berikut adalah beberapa perkara yang ibu perlu mengenai haid selepas bersalin:
1) Tempoh haid selepas bersalin
Tempoh datang haid selepas bersalin adalah berbeza bagi setiap wanita. Ibu tidak perlu risau kita anda mengalami masalah ini. Menurut kajian, faktor utama yang menpengaruhi kedatangan period selepas bersalin adalah anda menyusu badan atau tidak.
Bagi ibu yang tidak menyusu badan tempoh haid biasanya enam ke lapan minggu selepas bersalin manakala bagi ibu menyusu secara eksklusif kedatangan haid selepas bersalin sukar dijangka. Namun keadaan ini normal.
2) Pendarahan haid lebih banyak
Selepas bersalin pendarahan haid ibu akan lebih banyak berbanding sebelumnya. Darah akan keluar seperti ketulan darah, rasa lebih kejang dan berlaku pendarahan untuk tempoh yang lama. Ini mungkin akan membuatkan anda rasa tidak selesa.
Keadaan ini berlaku adalah disebabkan badan anda sedang menyesuaikan diri untuk proses menstruasi selepas 9 bulan berehat.
Walau bagaimanapun, masalah ini akan kembali normal dan simptom akan berkurang dan haid akan kembali normal setiap bulan.
3) Kitaran haid tidak teratur
Biasanya tempoh haid akan terjejas beberapa tahun pertama selepas kelahiran. Ingat, perkara ini normal dan akan kembali seperti biasa.
Ibu yang mempunyai kitaran haid normal sebelum mengandung dan tidak menyusu badan, akan kembali datang bulan seperti biasa dalam tempoh beberapa bulan selepas bayi dilahirkan. Jika anda berasa bimbang, jumpa doktor untuk penerangan lanjut.
4) Perubahan hormon
Perubahan hormon juga menyebabkan haid anda lambat terutamanya pada ibu menyusu badan. Hal ini disebabkan sewaktu ibu menyusu, hormon prolaktin yang berfungsi menghasilkan susu badan telah menganggu hormon reproduktif, sekali gus membuatkan badan tidak berovulasi secara aktif seperti sebelum ini.
Tanpa proses ovulasi normal wanita tidak akan datang haid. Menurut kajian semakin kerap anda menyusu badan, semakin lambat kitaran haid. Jika anda masih tidak mendapat haid semasa menyusukan bayi, tidak mengapa. Teruskan menyusu bayi anda seperti biasa.
Faktor Mempengaruhi Kedatangan Haid Selepas Bersalin
Perkara utama yang mempengaruhi durasi kembalinya haid selepas bersalin ialah hormon progesteron dan hormon prolaktin.
Faktor utama penyebab gangguan haid ialah ketidakseimbangan hormon. Walau bagaimanapun, apabila ibu menyusukan anak secara esklusif, dia lebih cenderung untuk tidak mendapat haid kerana terjadinya hiperprolaktin.
Untuk pengetahuan semua, hiperprolaktin ialah situasi apabila kadar hormon prolaktin dalam darah menjadi lebih tinggi daripada kadar yang normal.
Namun, jika ibu menyusu sudah mendapat haid yang normal, ini bermakna dia sudah kembali memasuki fasa subur.
Jika ingin merancang kehamilan yang seterusnya, hendaklah segera mencari bantuan perancangan keluarga yang alternatif.
Faktor Lain Kedatangan Period

Kesimpulannya yang boleh dibuat di sini, persoalan bila datangnya period selepas bersalin adalah bergantung kepada: adakah ibu tersebut menyusukan anaknya dengan susu badan, susu formula atau kombinasi antara dua ini?
Jika menyusukan bayi dengan susu formula, kemungkinan haid kembali selepas habis nifas adalah lebih cepat berbanding dengan ibu yang menyusukan susu badan secara esklusif.
Tetapi, durasi haid kembali juga dipengaruhi oleh beberapa faktor lain seperti:
- Sindrom baby blues
- Faktor kelesuan selepas bersalin
- Keseimbangan hormon setiap wanita
Untuk mengetahui lebih jelas tentang punca dan cara mengawalnya, lakukan pemeriksaan khusus untuk mengetahui kadar hormon FSH, LH, Prolactin, TSH dan Estradiol di hospital atau klinik.
Tetapi, ibu semua tidak perlu risau kerana ada juga beberapa wanita yang mendapat haidnya semula selepas tempoh masa tertangguh sehingga 4 tahun selepas bersalin!
Tanda Haid Tidak Normal Selepas Bersalin

Masalah kitaran haid yang tidak teratur atau langsung tidak datang haid memang akan merumitkan fikiran dan keadaan kesihatan ibu selepas bersalin yang mana ia akan menyebabkan badan mula menjadi lemau, tidak bertenaga, tidak aktif dan kerap sakit.
Selepas bersalin, anda akan mengalami kedatangan haid yang berbeza berbanding sebelum ini. Antara tanda haid tidak normal adalah seperti:
- Jumlah darah haid sedikit atau terlalu banyak
- Tahap kesakitan yang dialami ketika senggugut
- Haid yang tidak teratur
- Darah yang beku tetapi tidak besar
- Lebih lama daripada tempoh purata
- Pendarahan yang banyak berlanjutan melebihi 7 hari
- Perlu menukar pad atau tampon yang penuh dalam masa 2 jam
- Darah haid yang sedikit
- Perlu menukar pad atau tampon pada waktu malam
- Terdapat ketulan-ketulan darah beku yang besar
- Berdarah antara haid
- Haid kurang daripada 21 hari atau lebih daripada 35 hari
- Haid tidak menentu
Bila Patut Risau
Sekiranya anda mendapati terdapat tanda-tanda seperti berikut:
- Pendarahan banyak yang memenuhi pad atau tampon dan perlu ditukar setiap jam
- Pendarahan yang disertai sakit teruk
- Demam mendadak tanpa ketahui punca yang jelas
- Pendarahan yang berterusan melebihi 7 hari
- Terdapat ketulan-ketulan darah beku yang besar
- Lelehan yang berbau busuk
- Sakit kepala yang teruk
- Kesukaran untuk bernafas
- Sakit ketika hendak membuang air kecil
- Tidak datang haid di mana terdapat dua keadaan yang menyebabkan haid anda tidak datang selepas bersalin iaitu Sindrom Sheehan dan Sindrom Asherman
Segeralah berjumpa dengan doktor untuk menerima rawatan dengan lebih lanjut.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Baca juga: Panduan Mengira Kitaran Haid – Perlu Tahu Mana Normal Atau Tidak, Jika Ingin Hamil
Baca juga: 8 Sebab Kenapa Darah Haid Anda Sikit & Berkurang Tiba-Tiba
Baca juga: Kitaran Haid Tak Teratur, Sekejap Ada Sekejap Tiada, Ada Ke Ubat Untuk Merawatnya?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!