X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Ini Kongsi Detik Hitam Anak 1 Tahun Tertonggeng Dalam Baldi, Badan Dah Lembik

16 Jun, 2021
Ibu Ini Kongsi Detik Hitam Anak 1 Tahun Tertonggeng Dalam Baldi, Badan Dah Lembik

Jangan sesekali meninggalkan anak kecil sendirian dalam bilik air walau untuk sesaat sekali pun. Malang tidak berbau, anak boleh lemas dalam sekelip mata. Ikuti perkongsian detik hitam ibu ini.

Bilik air ternyata antara tempat yang paling merbahaya di dalam rumah sekiranya mempunyai anak kecil. 

Untuk semua ibu bapa tak kira, ibu bapa baru atau sudah mempunyai 2, 3 orang anak, pastikan anda tidak leka dan mengambil mudah perkara ini. 

Memang sering didengari anak lemas di dalam baldi, kolah, besen atau tub mandian. Namun adakah ibu bapa mengambil serius hal keselamatan anak di dalam bilik air?

Adakah pintu bilik air pernah dibiar terbuka apabila tidak digunakan? Adakah anda pernah meninggalkan anak kecil walaupun sekejap hanya untuk mengambil sesuatu? Adakah anda pernah menakung air di dalam baldi/kolah dan biar ia terbuka? 

Jika anda pernah melakukan perkara-perkara berikut, percayalah anda telah meningkatkan risiko nyawa anak anda dalam bahaya. 

Seperti yang dikongsi oleh seorang ibu ini di Facebook, dia menceritakan detik hitam yang berlaku di mana dia membiarkan anaknya di dalam tanda hanya untuk seketika dan apabila kembali anak sudah tertonggeng di dalam baldi, dan badannya terkulai layu. Lemas. 

Tak sampai seminit biar anak dalam bilik air

bilik air, lemas

Menurut perkongsian Puan Dyla Adnan di Facebook miliknya, dia leka meninggalkan anaknya di dalam bilik air tidak sampai seminit, hanya untuk menutup pintu rumah.

Dia mahu semua ibu ayah peka dan sentiasa alert tentang bilik air jika mempunya anak-anak kecil sebelum kejadian yang sama menimpanya tidak berlaku pada orang lain.

11 June 2021 -Jumaat
Aku mcm biasa petang2 bawak anak jln2 bawah main dgn ank jiran. then dah pukul 7 aku naik dan aku nk mandikan dorg..pintu toilet terbuka selalunya aku masuk sekali..tp nk jadikan cerita aku nk tutup pintu rumah. then suami aku balik, dia ckp anak2 mana then aku ckp dlm toilet..sekelip mata seminit pon xsmpai anak aku dh tertonggeng dalam baldi ada air…ank aku adinda setahun sebulan.

Aku jerit panggil suami aku, dia pon menjerit ..sambil aku pggl aku terus angkt anak aku..ANAK AKU DAH LEMBIK WEy…laki aku goncaNg2 dia bagi sedar.. aku mmg panik tp aku terus buat cpr kat anak aku tekan dada dia guna dua jari lepas cpr..

Penting untuk tahu CPR dan kaedah menyelamat

Mak ayah kena tahu apa perlu dilakukan time panik seperti ini, ambil tahu bagaimana untuk melakukan CPR, apa perlu dilakukan kalau kejadian sama berlaku. Jangan terus bawa anak ke hospital dalam keadaan longlai begitu. Pastikan anak muntah keluar air yang ditelanny. “Aku sebab Allah detikkan akal untuk aku buat semua tu, Allahuakbar.”

Kuasa Allah Maha Besar, anak aku muntah lepas tu…weyh dia dah nafasssss!!!!! aku tetap buat bnde sama dan tepuk2 belakang dia…lepas tu terus g hospital…aslkan dia dah bernafas…tp kalau kitorg xbuat cpr dan terus prgi je hospital…mungkin ank aku dah xde..tp alhamdulillah…Allah panjangkan umurnya…AKU BERSYUKUR YA ALLAH…AMANAH INI DIBERIKAN PELUANG KEDUA…

bilik air, lemas

12 JUNE 2021 – Sabtu
Buat swab test sebab kena masuk wad.. huhu kul 12tgh malam buat swab ..yg power nya dinda mungkin dia lemah kan buat swab tu dia xbunyi pon gosok2 hidung je weyh..aku risau dia melalak..sbb sakit jugak weyh..

so dapat result kul 2.30pg..aku cangkung je weyh sbelah dia dari 7.45mlm sampai hospital tu..bdn aku sakit giler sebab bnde mngejut..3.00 pg masuk wad…alhamdulillah..lega aku…selesa da dinda nk rehat..

Sampai sekarang aku trauma sgt tgk bilik air…tutup mata je aku teringat anak aku masa kejadian tu…korg semua plis alert dan jgn panik..buat apa yg sepatutnya taw…awasi anak2 supaya benda buruk ni xberlaku kat korg…sekelip mata jeee…

Alhamdulillah sekarang anak semakin sihat dan aktif …
13 june 2021- Ahad Sebelum keluar wad adinda sempat ziarah semua bilik..merayap sambil sengih2…aku pon layankan je…tenghari tu kami berdua keluar wad…sebab doktor dah pantau keadaan dada dan dalaman adinda mikayla.
Alhamdulillah….

Tips keselamatan anak di bilik air

bilik air, lemas

1. Pastikan pintu bilik air sentiasa tertutup apabila selesai digunakan.

2. Sentiasa menemani anak kecil di dalam tandas jangan sesekali biar mereka ke tandas sendirian. Pastikan anda kunci mangkuk tandas dengan alat keselamatan. 

3. Jangan sekali-kali biar anak bersendirian di dalam besen mandi atau sebarang bekas berisi air seperti baldi, kolam atau tandas hanya untuk mengambil barang atau atas apa sebab dan walau sekejap mana pun.

4. Sentiasa isikan air sejuk dahulu di dalam tub mandi sebelum isian air panas, Dan jangan menambah air ketika bayi di dalam tub. Keluarkan bayi terlebih dahulu jika perlu menambah air. Pastikan suhu air sesuai untuk mandian bayi, jangan terlalu panas atau sejuk. 

5. Apabila memandikan bayi, pegang bayi dengan sebelah tangan dan gunakan tangan yang lagi sebelah untuk memandikannya.

6. Gunakan alas getah atau tuala sebagai alas di dalam beseb mandi supaya bayi tidak tergelincir.

7. Jauhkan peralatan elektrik berdekatan sinki, besen mandi atau tandas.

8. Kosongkan bekas berisi air dengan serta-merta selepas menggunakannya bagi mengelakkan kanak-kanak lemas.

9. Letakkan besen dan baldi di tempat yang tidak boleh dicapai supaya anak tidak mengisikannya dengan air.

Stories Rakan Kongsi
Here Are How Two Doctors Raise Their Child To Be Resilient
Here Are How Two Doctors Raise Their Child To Be Resilient
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
12 signs you may be a helicopter parent
12 signs you may be a helicopter parent
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!

10. Bekas yang berisi air seharusnya ditutup setiap waktu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dyla Adnan, Sinar Plus

Baca juga: 5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu – WAJIB Ajar Mereka Dari Usia Muda

Baca juga: Bahaya Tinggalkan Anak Di Dalam Garaj Walau Untuk Seketika

Baca juga: Budak Kecil Tergantung Dalam Lif Selepas Dipakai Tali Keselamatan, Ibu Ayah Tolong Jangan leka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu Ini Kongsi Detik Hitam Anak 1 Tahun Tertonggeng Dalam Baldi, Badan Dah Lembik
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.