X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Panduan Cara Basuh Uri Bayi Baru Lahir, Para Suami Wajib Tahu Sebelum Isteri Bersalin!

4 min bacaan
Panduan Cara Basuh Uri Bayi Baru Lahir, Para Suami Wajib Tahu Sebelum Isteri Bersalin!

Cara basuh uri bayi baru lahir sebaik-baiknya dilakukan oleh para suami. Bagi anda baru pertama kali menimang cahaya mata, ikuti panduan menguruskannya!

Selain bersedia untuk mengazan dan iqamatkan bayi baru lahir, para suami juga perlu mempelajari cara basuh uri bayi dengan betul. Rasa kurang yakin dan tidak berani untuk menguruskan perkara ini adalah normal bagi anda yang baru pertama kali menimang cahaya mata.

Uri hendaklah diuruskan dengan sehabis baik kerana ia adalah sebahagian organ manusia. Namun jangan risau dan panik kerana kami akan kongsikan langkah demi langkah untuk melakukannya.

Baca juga: Sebelum Excited Beli Baju Bayi Baru Lahir, Ibu Semak Perkara Ini Supaya Tidak Membazir!

Cara basuh uri bayi dengan betul

Disebabkan oleh bahagian uri bayi keluar dari faraj isteri, ia tempat paling sulit dan maruah suami, maka andalah yang sebaik-baiknya mencuci dan menguruskannya.

Meskipun tiada hukum, nas ataupun hadis yang menjelaskan tentang cara menguruskan uri, namun sesuatu anggota tubuh ini digalakkan utk dipelihara dengan baik. ”Jika dibuang sahaja tidak berdosa, tapi seelok-eloknya dibasuh dan ditanam agar ia tidak berbau busuk yang boleh menimbulkan masalah kepada orang lain pula.”

JAKIM mengeluarkan hukum menanam uri adalah Harus. Ia hendaklah dibasuh dan ditanam di dalam tanah agar tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci, tidak boleh dibakar atau dijual. Sebab itulah apabila ibu melahirkan anak di hospital, anda dikehendaki membawa balik uri untuk ditanam di tempat masing-masing.

Berikut panduan untuk membersihkan uri bayi dengan betul:

#1. Sediakan bahan dan perkakas yang lengkap

cara basuh uri bayi

credit to sources

Antara bahan yang diperlukan untuk mencuci uri ialah:

  • Garam
  • Asam jawa
  • Kain putih
  • Uri
  • Besen
  • Topeng muka
  • Sarung tangan

#2. Mulakan dengan bacaan Bismillah

Setelah siap semua bahan untuk basuh uri bayi ini, sekarang anda bolehlah mula dengan bacaan Bismillah. Perbanyakkan juga membaca selawat ke atas junjungan Nabi.

#3. Pakai sarung tangan dan topeng muka dahulu

mengurus uri bayi

credit to sources

Pakaikan sarung tangan dan topeng, kemudian pindahkan uri daripada bungkusan ke dalam besen yang sudah disediakan.

#4. Lumur garam

Lumurkan garam pada bahagian dalam uri. Setelah itu, biarkannya seketika. Proses ini adalah untuk membolehkan darah beku menjadi cair.

#5. Bersihkan segala lebihan darah

Sementara tunggu darah beku menjadi cair, anda basuh dahulu bekas plastik bungkusan uri tadi. Buat sehingga ia benar-benar bersih sebelum ia dibuang ke pelupusan sampah. Cuci semua lebihan darah yang ada bagi mengelakkan terjadinya bau busuk dan menarik perhatian benda asing seperti anjing atau kucing.

#6. Alirkan air yang bersih

uri bayi

credit to sources

Setelah itu, kembali semula pada uri yang sudah dilumur dengan garam tadi. Saat ini alirkan air secara terus pada uri bagi melarutkan darah dan membersihkan kotoran. Anda boleh juga menggunakan asam jawa dalam proses ini.

#7. Gosok-gosok uri permukaan

Gosok permukaan uri secara sekeliling. Dari luar ke dalam dengan menghala ke arah tali pusat. 

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

#8. Urut dengan perlahan

Cara basuh uri yang seterusnya adalah urut pula tali pusat dari panggal sehingga ke hujung agar sisa darah yang ada dapat keluar melalui hujung tali pusat. Namun, hati-hati kerana proses ini boleh membuatkan darah terpercik ke muka.

#9. Toskan sekejap

gambar uri bayi

credit to sources

Setelah selesai langkah di atas, sekarang ini gosok pula pada bahagian dalam uri. Buat secara perlahan-lahan dan lemah lembut bagi mengelakkannya terkoyak. Jika bahagian dalam terkoyak, ia dikhuatiri akan terlerai segala isi uri.

Setelah siap, toskan sebentar.

#10. Tunggu air lebihan turun

Setelah uri anak sudah siap ditoskan, letak uri di atas kain putih yang sudah dibentangkan. Taburkan garam ke bahagian dalam uri secara menyeluruh.

Amaran keras: Jangan masukkan benda asing dalam uri seperti paku, gunting, pensil, besi dan sebagainya melainkan jika ada unsur saintifik yang kukuh. Misalnya garam atau limau nipis bagi menghilangkan bau darah.

#11. Proses menanam

Ikat dan balut dengan kemas. Kemudian gali tanah sedalam yang mungkin, agak-agak ia tidak dapat dikesan atau dikorek oleh binatang.

Anda disarankan untuk tanam di tempat yang bersih dan selamat seperti perkarangan surau atau masjid. Letakkan batu sebagai penanda. Jangan letakkan lilin, paku atau barangan lain yang boleh mendatangkan khurafat.

Sumber: Plancento

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Begini Cara Mandi Bayi Baru Lahir Yang Betul & Selamat, Ibu Ayah Baru Sila Take Note!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Panduan Cara Basuh Uri Bayi Baru Lahir, Para Suami Wajib Tahu Sebelum Isteri Bersalin!
Kongsikan:
  • Penting Untuk Bapa Baru, Panduan Bersihkan Uri & Cara Tanam Uri Yang Betul

    Penting Untuk Bapa Baru, Panduan Bersihkan Uri & Cara Tanam Uri Yang Betul

  • Wow, wanita ini guna uri bayinya untuk buat coklat! Apa pendapat anda?

    Wow, wanita ini guna uri bayinya untuk buat coklat! Apa pendapat anda?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Penting Untuk Bapa Baru, Panduan Bersihkan Uri & Cara Tanam Uri Yang Betul

    Penting Untuk Bapa Baru, Panduan Bersihkan Uri & Cara Tanam Uri Yang Betul

  • Wow, wanita ini guna uri bayinya untuk buat coklat! Apa pendapat anda?

    Wow, wanita ini guna uri bayinya untuk buat coklat! Apa pendapat anda?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.