X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tak Puas Cuti Bersalin Untuk Suami Hanya Seminggu, Lelaki Nekad Berhenti Kerja Sebab Nak Jaga Anak

1 Dec, 2022
Tak Puas Cuti Bersalin Untuk Suami Hanya Seminggu, Lelaki Nekad Berhenti Kerja Sebab Nak Jaga Anak

Cuti bersalin untuk suami selama seminggu mungkin tidak cukup. Mana tidaknya isteri amat perlu sokongan suami ketika berpantang

Selepas bersalin, para ibu amat memerlukan sokongan orang terdekat bagi menempuhi tempoh berpantang. Disebabkan itulah kebanyakan negara telah memberikan cuti bersalin untuk suami membantu menguruskan bayi dan pasangan mereka.

Memandangkan cuti bersalin untuk suami hanya 7 hari sahaja, semestinya ia tidak mencukupi. Siapa sangka seorang lelaki sanggup berhenti kerja dengan alasan ingin menghabiskan dengan anak perempuannya yang baru lahir.

▲▼Isi Kandungan

  • Cuti bersalin untuk suami hanya seminggu
  • Tinggalkan kerjaya sebagai Naib Presiden Kanan
  • Menikmati waktu dengan menjaga anak
  • Cuti bersalin bagi wanita dan lelaki di Malaysia

Cuti bersalin untuk suami hanya seminggu

cuti paterniti seminggu

Seorang lelaki nekad berhenti kerja meskipun dia memiliki gaji yang tinggi beberapa hari sebelum kelahiran anak perempuannya dan kisahnya telah menjadi tular di internet.

Ankit Joshi, graduan Institut Teknologi India (IIT) Kharagpur, memutuskan untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama anak perempuannya.

Beberapa gambar memaparkan keluarganya telah dikongsi di Instagram oleh Humans of Bombay dan telah menarik perhatian ramai.

Semua orang memberitahunya betapa sukarnya kehidupan jika dia tidak bekerja. Namun Ankit mendapat sokongan daripada isterinya, Akanksha.

“Beberapa hari sebelum anak perempuan dilahirkan, saya berhenti kerja gaji tinggi. Saya tahu ia adalah keputusan yang besar.

Orang ramai berkata, ‘Anda tahu betapa sukarnya sekarang?’ Tetapi isteri saya, Akanksha tetap bersama saya & itu sahaja yang penting,” kata Ankit.

Mereka menamakan anak perempuan yang baru lahir Spiti, sempena lembah di Himachal Pradesh.

“Semasa perjalanan kami ke Lembah Spiti di Himachal, Akanksha & saya telah berjanji kepada diri sendiri untuk menamakan bakal anak perempuan kami ‘Spiti.’

Impian kami menjadi kenyataan bulan lepas apabila kami melahirkan seorang bayi perempuan yang cantik. Hati kami tenang dan hidup lebih lengkap,” tambahnya.

Bagaimanapun, Ankit tidak berpuas hati dengan cuti bersalin untuk suami yang diberikan hanya seminggu sahaja. Sebolehnya, dia mahu meluangkan lebih banyak masa bersama anak perempuannya.

Tinggalkan kerjaya sebagai Naib Presiden Kanan

cuti isteri bersalin

Difahamkan Ankit baru sahaja memulakan kerjaya baharu sebagai Naib Presiden Kanan dan perlu mengembara ke tempat yang berbeza.

Memandangkan dia tahu bahawa syarikatnya tidak dapat melanjutkan cuti bersalin, Angkit terus meletakkan jawatannya.

“Sebelum anak perempuan saya dilahirkan ke dunia, saya ingin menghabiskan seluruh masa bersamanya. Lebih daripada cuti bersalin suami selama seminggu.”

”Saya tahu ia akan menjadi sukar. Saya baru sahaja memulakan pekerjaan baharu beberapa bulan yang lalu sebagai Naib Presiden Kanan. Kerjaya ini memerlukan saya pergi ke bandar yang berbeza.”

Jika berhenti kerja, saya boleh lakukan pelbagai perkara yang diinginkan. Sebagai seorang ayah, saya juga mahu berehat lebih lama selepas kelahiran Spiti.

Saya tahu syarikat tidak dapat melanjutkan cuti. Oleh itu, saya meletakkan jawatan ini–saya menyebutnya sebagai kenaikan pangkat kebapaan dan amat menyukainya!”

“Selepas kehadiran anak, seluruh kehidupan adalah tentang dia. Suatu kenikmatan dapat menidurkannya dalam pelukan saya.  Bangun pada waktu malam untuk mendodoi Spiti, saya amat menghargai detik-detik ini.

Menikmati waktu dengan menjaga anak

Kadang-kadang ketika mendodoikan anak, saya dapat melihat matanya merenung pad ayahnya, ia begitu menenangkan hati.

Dan sebulan telah berlalu. Ia adalah bulan yang tidak dapat tidur, mengujakan, meletihkan dan lagi menggembirakan!

Saya akan memohon kerja beberapa bulan kemudian tetapi sementara waktu, saya ingin memanfaatkan masa ini sebaik mungkin dan sentiasa berada di samping bayi perempuan ini.

Ankit juga berkongsi mengenai isterinya, Akanksha dan cuti bersalin yang diberikan.

“Isteri saya sedang dalam tempoh cuti bersalin selama 6 bulan. Memandangkan minatnya, dia juga dinaikkan pangkat sebagai Pengurus beberapa hari selepas Spiti dilahirkan. Melihat kecemerlangannya dalam kerjaya dan keibuan, ia begitu membanggakan saya!

cuti jaga isteri bersalin

Tetapi pada masa yang sama apa yang mengecewakan saya ialah melihat bagaimana kebanyakan syarikat memberikan cuti paterniti yang begitu sekejap.

Ia bukan sahaja tentang betapa kurang hubungan bapa dengan anak tetapi lebih kepada mengurangkan tanggungjawab seorang ayah dalam memainkan tanggungjawabnya.

Stories Rakan Kongsi
6 Sikap Ibu Yang Mengganggu Perkembangan Nutrisi Si Manja, Jangan Terlalu Tegas!
6 Sikap Ibu Yang Mengganggu Perkembangan Nutrisi Si Manja, Jangan Terlalu Tegas!
Baby Signing Basics
Baby Signing Basics
5 ways to teach perseverance to children, according to Jack Ma
5 ways to teach perseverance to children, according to Jack Ma
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ia menjadikan kita lebih kaya daripada seorang ibu bapa. Langkah yang saya ambil bukanlah mudah- tidak ramai lelaki sanggup mengambil risiko hidup tanpa pekerjaan.

Tetapi saya berharap pada tahun-tahun akan datang keadaan akan berubah kerana kehidupan yang saya lalui dalam 1 bulan yang lalu adalah lebih memuaskan daripada semua tahun kesibukan saya,” kata Ankit lagi.

Cuti bersalin bagi wanita dan lelaki di Malaysia

Menurut Utusan Malaysia, tempoh cuti bersalin kini dilanjutkan daripada 90 hari kepada 98 hari manakala cuti paterniti lelaki dilanjutkan daripada tiga hari kepada tujuh hari.

Ini selepas Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 diluluskan di Dewan Rakyat setelah memperoleh sokongan ahli Dewan Rakyat melalui undian suara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim menjelaskan pindaan ini bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh yang mencukupi.

Tambahnya, pemberian cuti paterniti amat penting bagi menenangkan emosi isteri yang masih belum stabil, selain peranan penting yang dimainkan sebagai suami atau bapa yang bertanggungjawab untuk menjaga keluarga.

“Kementerian Sumber Manusia berpandangan adalah wajar pekerja lelaki yang berkahwin diberikan cuti paterniti supaya mereka dapat bersama-sama isteri menyambut kelahiran anak, menjaga isteri yang baru bersalin dan bayi yang baru dilahirkan serta menyelesaikan urusan tertentu seperti urusan pendaftaran anak,” katanya.

Semoga bermanfaat!

India Today, Utusan Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Resepi Sandwich Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap & Mengenyangkan, Bantu Turunkan Berat Badan

Baca juga: Makanan Berpantang Selepas Bersalin Czer/ Normal, Menu Ringkas Banyakkan Susu Badan

Baca juga: “Tak Reti Duduk Saja” Agak Mustahil Untuk Berpantang Penuh Bagi Wanita Yang Bekerjaya -Vivy Yusof

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tak Puas Cuti Bersalin Untuk Suami Hanya Seminggu, Lelaki Nekad Berhenti Kerja Sebab Nak Jaga Anak
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham