TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Hukum Telan Kahak Ketika Puasa, Batal Jika Sudah Keluar Dari Mulut Dan Ditelan Dengan Sengaja

5 min bacaan
Hukum Telan Kahak Ketika Puasa, Batal Jika Sudah Keluar Dari Mulut Dan Ditelan Dengan Sengaja

Hukum telan kahak ketika puasa boleh membatalkan puasa sekiranya ia sudah keluar dari mulut dan kemudian ditelan semula. Ini penjelasan Mufti

Bila berpuasa, kita akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan perkara yang boleh membatalkan puasa. Namun, bagaimana pula hukum telan kahak ketika puasa? Kadang-kadang, ia keluar secara tiba-tiba dan sukar untuk diluahkan.

Isi Kandungan

  • Hukum Telan Kahak Ketika Puasa 
  • Telan Kahak Ketika Puasa, Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Hukum Telan Kahak Ketika Puasa 

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan , menelan kahak ketika berpuasa tidak membatalkan puasa dengan syarat:

  • Kahak tersebut belum keluar dari mulut
  • Ia masih berada dalam tekak atau rongga hidung sebelum ditelan semula

Namun, jika kahak sudah sampai ke bahagian mulut dan kemudian ditelan dengan sengaja, maka ia boleh membatalkan puasa kerana sudah dianggap sebagai sesuatu yang dimasukkan ke dalam perut secara sedar.

Hal ini kerana, antara perkara yang membatalkan puasa ialah dengan memuntahkan atau mengeluarkan sesuatu dari dalam perut dengan sengaja di siang hari dalam bulan Ramadan.

Bahkan, Rasulullah S.A.W telah bersabda seperti mana dalam riwayat daripada Abu Hurairah tentang hukum muntah bagi orang yang berpuasa:

‌مَنْ ‌ذَرَعَهُ ‌الْقَيْءُ ‌فَلَا ‌قَضَاءَ ‌عَلَيْهِ، ‌وَمَنْ ‌اسْتَقَاءَ ‌فَعَلَيْهِ ‌الْقَضَاءُ

Maksudnya: Sesiapa yang muntah tanpa sengaja sedangkan dia berpuasa, maka tidak ada qada (puasa) baginya, dan sesiapa yang muntah dengan sengaja maka perlu dia wajib qada

Kahak pula ialah lendir yang dihasilkan oleh tekak dan paru-paru sebagai mekanisme pertahanan badan untuk mengeluarkan kuman atau bendasing dari sistem pernafasan. Ia boleh muncul disebabkan oleh:

  • Alahan
  • Jangkitan seperti selesema atau batuk
  • Asap rokok atau pencemaran udara

Kahak biasanya berada dalam mulut atau tekak sebelum diludah atau ditelan.

Secara umumnya, hukum mengeluarkan kahak sama ada dari otak atau dada tidak membatalkan puasa mengikut pandangan ulama mazhab Syafie.

Namun begitu, hukum puasa bagi orang yang menelan kahak pula berbeza sama ada selepas bersin atau batuk dan ia bergantung kepada kedudukan kahak itu berada iaitu:

1. Had Zahir

Had yang zahir bagi rongga mulut ialah mengikut kadar makhraj huruf (خ) dan (ح), manakala had batin bagi rongga ini berdasarkan makhraj huruf (ه) dan (ء).

Maka,, sekiranya lendir kahak tersebut berada pada had zahir atau pada kawasan mulut maka batal puasa seseorang itu jika ditelan kahak tersebut. Hal ini dinyatakan oleh Imam al-Syirbini di dalam karyanya al-Iqna’:

‌فَلَو ‌نزلت ‌من ‌دماغه ‌وحصلت ‌فِي ‌حد ‌الظَّاهِر ‌من ‌الْفَم وَهُوَ مخرج الْخَاء الْمُعْجَمَة وَكَذَا الْمُهْملَة على الرَّاجِح فِي الزَّوَائِد فليقطعها من مجْراهَا وليمجها إِن أمكن فَإِن تَركهَا مَعَ الْقُدْرَة على ذَلِك فوصلت الْجوف أفطر

Maksudnya: Sekiranya turun kahak daripada otak dan sampai kepada had zahir daripada mulut iaitu pada makraj huruf Kha’ (خ) begitu juga dengan makhraj Ha’ (ح) berdasarkan pendapat yang kuat, maka jangan dibiarkan kahak itu berjalan pada rongga mulut dan hendaklah mengeluarkannya jika dia mampu.

Dan sekiranya dia tidak mengeluarkan kahak itu sedangkan dia mampu untuk mengeluarkannya dan sampai pula kahak tersebut ke bahagian dalam maka puasanya adalah batal.

(Rujuk al-Iqna’ Fi Hil al-Alfaz Abi Syuja’: j1/h337)

2. Had Batin

Sekiranya didapati lebihan kahak berada pada had batin iaitu yang selain daripada bahagian zahir pada rongga mulut,  maka tidak batal puasa orang yang menelan kahak tersebut

Imam Nawawi telah menyatakan hukum tersebut di dalam karangannya:

إِنْ لَمْ تَحْصُلْ فِي حَدِّ الظَّاهِرِ مِنَ الْفَمِ، فَلَا تَضُرُّ، وَإِنْ حَصَلَتْ فِيهِ بِانْصِبَابِهَا مِنَ الدِّمَاغِ فِي الثُّقْبَةِ النَّافِذَةِ مِنْهُ إِلَى أَقْصَى الْفَمِ فَوْقَ الْحُلْقُومِ، نُظِرَ، إِنْ لَمْ يَقْدِرْ عَلَى صَرْفِهَا وَمَجِّهَا حَتَّى نَزَلَتْ إِلَى الْجَوْفِ. لَمْ تَضُرُّ

Maksudnya: Sekiranya kahak tidak sampai ke had zahir daripada mulut maka tidak memudaratkan puasa, dan sekiranya kahak itu sampai pada mulut dengan sebab kahak itu turun dari otak  melalui lubang yang kecil dari kepala sehingga ke bahagian dalam mulut iaitu  atas dari paras halkum, maka ia dilihat(berdasarkan beberapa keadaan).

Jika dia tidak mampu untuk mengeluar dan meludahkannya sehingga masuk ke bahagian dalam rongga, maka tidak memudaratkan puasanya.   

Telan Kahak Ketika Puasa, Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Jika kahak keluar ke bahagian mulut, sebaiknya:

  • Ludah ke dalam tisu atau sinki. Ini adalah tindakan terbaik untuk memastikan puasa kekal sah.
  • Berkumur dengan air. Jika terasa ada kahak di mulut, berkumur boleh membantu mengeluarkannya.
  • Elakkan menelan dengan sengaja. Jika boleh diludah, sebaiknya buang dan jangan menelan semula.

Menelan kahak tidak membatalkan puasa jika ia belum keluar dari mulut. Namun, jika sudah berada dalam mulut dan ditelan semula dengan sengaja, maka ia boleh membatalkan puasa.

Oleh itu, lebih baik buang kahak daripada menelannya untuk mengelakkan kekeliruan.

Sekarang, anda sudah tahu hukum sebenar! Pastikan puasa kita diterima dengan menjaga setiap perkara kecil, termasuk cara menguruskan kahak dengan betul.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda!

Stories Rakan Kongsi
Best Parks For Leisure and Adventure Within Klang Valley
Best Parks For Leisure and Adventure Within Klang Valley
Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?
Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?
The Baby Brand Every Malaysian Parent is Talking About — Don’t Be the Last to Try It
The Baby Brand Every Malaysian Parent is Talking About — Don’t Be the Last to Try It
Walau Bagaimana Lain Pun Cara Parenting Kita & Ibu Bapa Kita Dulu, Mesti Ada Satu Yang Sama, Ini Dia!
Walau Bagaimana Lain Pun Cara Parenting Kita & Ibu Bapa Kita Dulu, Mesti Ada Satu Yang Sama, Ini Dia!

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hukum Berus Gigi Ketika Puasa Mengikut Penjelasan Mufti WP & Ustaz Azhar Idrus

Baca juga: Swab Test Tak Batal Puasa, Tapi Korek Hidung Boleh Batal Puasa?

Baca juga: Hukum Cabut Gigi Bulan Puasa, Boleh Jadi Batal Jika Sengaja Tertelan Darah Atau Air Liur

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Hukum
  • /
  • Hukum Telan Kahak Ketika Puasa, Batal Jika Sudah Keluar Dari Mulut Dan Ditelan Dengan Sengaja
Kongsikan:
  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

    Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

    Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham