X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kesian Tengok Isteri Jaga Anak-Anak, Tapi Jamal Abdillah 'Berhajat' Tambah Dua Anak Lagi

3 min bacaan
Kesian Tengok Isteri Jaga Anak-Anak, Tapi Jamal Abdillah 'Berhajat' Tambah Dua Anak Lagi

Jamal Abdillah yang kini memiliki tiga anak bersama isteri mengakui agak penat menguruskan mereka, namun berhajat ingin tambah dua lagi anak

Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah menyatakan hasratnya untuk menambah dua anak lagi bersama dengan isteri tercinta, Zai Izzati Khiruddin.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Jamal Abdillah kongsi rasa kasihan melihat isteri uruskan tiga anak kecil di rumah
  • Jamal Abdillah target nak ada lima orang anak bersama isteri
  • Ada ambil pembantu rumah tetapi hilang

Pasangan itu kini memiliki tiga anak kecil yang masing-masing berusia tiga tahun, dua tahun serta bayi berusia dua bulan.

Jamal Abdillah kongsi rasa kasihan melihat isteri uruskan tiga anak kecil di rumah

Menurut pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu, walaupun penat menguruskan tiga anak kecil serentak namun dia dan isteri berasa seronok melayan kerenah anak-anak.

Jamal Abdillah

Jamal Abdillah berkata, bukan mudah untuk dia dan isteri menguruskan tiga anak yang masih kecil secara serentak.

Tambahnya, dia akui turut rasa terseksa melihat isteri menjaga tiga anak mereka. Walaupun dia turut membantu tetapi tidak terbantu. 

Katanya lagi, sewaktu ingin menyusukan, ketiga anaknya itu akan menangis. Jadi isterinya menyusukan badan manakala Jamal Abdillah pula bantu buatkan susu botol.

Jamal Abdillah target nak ada lima orang anak bersama isteri

Walaupun rasa penat melayan tiga kerenah anak kecil serentak tetapi dia masih berhasrat untuk menambah dua orang lagi anak bersama isteri.

Katanya, sasarannya adalah untuk memiliki lima cahaya mata bersama isteri tercinta.

Tambah Jamal lagi, walaupun rasa tertekan, tetapi dia dan isteri masih seronok menjaga dan menguruskan anak mereka kerana merasakan ada sesuatu untuk dibuat setiap hari.

Baginya, rasa penat yang dirasai akan hilang sebaik sahaja melihat anaknya ketawa, menyanyi atau buat apa sahaja.

Selain daripada tiga anak kecil, dia turut memiliki dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu yang masing-masing berusia 21 dan 16 tahun.

Jamal Abdillah

Ada ambil pembantu rumah tetapi hilang

Menurut Jamal, dia ada mengambil pembantu rumah untuk membantu isteri menguruskan anaknya.

Tetapi empat pembantu rumah yang diupah tersebut menghilangkan diri dalam masa setahun. Ekoran itu dia serik untuk mengambil pembantu rumah lagi. Untuk makluman, Jamal dan Zai berkahwin pada 1 April 2017.

Meriah tengok keluarga Jamal Abdillah sekarang. Semoga dimudah-mudahkan urusan pasangan ini dalam menguruskan cahaya mata mereka. Amin!

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Nak Tambah Anak Lagi? Tiru Cara Untuk Mengandung Ini!

Baca juga:  Rancang Tambah Anak? Makanlah Kacang Edamame, Ia Boleh Buat Anda Subur!

Baca juga: Belum Bersedia Tambah Anak Lagi? Ini Cara Mengira Waktu Subur Bagi Elak Kehamilan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nur Sofea

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Kesian Tengok Isteri Jaga Anak-Anak, Tapi Jamal Abdillah 'Berhajat' Tambah Dua Anak Lagi
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham